RA Property Deals

RA Property Deals Mengurus proses jual/beli/pajakan/sewa hartanah, tidak terhad kepada khidmat mendapatkan Market Valu

TERES DUA TINGKAT, TAMAN UNIVERSITI SEMELING,  SUNGAI  PETANI, UNTUK DIJUALHARGA JUALAN : RM 275K (NEGO) ===============...
15/02/2022

TERES DUA TINGKAT, TAMAN UNIVERSITI SEMELING, SUNGAI PETANI, UNTUK DIJUAL

HARGA JUALAN : RM 275K (NEGO)
==========================

spesifikasi:
» Jenis rumah : Teres 2 tingkat
» Jenis pegangan : Leasehold (baki lagi 84 tahun)
* Bumi lot
» Keluasan tanah : 1400sqft
» Bilik tidur : 5
» Bilik air : 4
» Bilangan parking: 2
=========================
Kemudahan :
* 2km ke Pondok Polis Semeling
* 2km ke Pekan Semeling
* 4km ke Pekan Bedong
* 6km ke UiTM Merbok
* 15km ke Pusat Bandar Sungai Petani
* 16km ke Plaza Tol Sg Petani Utara
* 22km ke Tanjong Dawai
* Berdekatan Masjid
» Taska
» Bank
» Kawasan perumahan yang tenang dan kejiranan yang baik.
* Berdekatan dengan Taman Permainan, Medan Selera, Kedai Makan & Kedai Runcit
=========================
Easy access to :
* Jalan Semeling - Sungai Petani
===========================
HARGA JUALAN : RM 275k (NEGO)
===========================
~ Deposit 10% (3% booking dan 7% semasa sign SPA)
~ Urusan pinjaman dan guaman akan diuruskan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya :

Ramlan Ali
www.wasap.my/60125585550

(RAMLAN ALI)
0125585550
Perunding Hartanah
AS Properties ( N ) Bhd
VE (1) 0362/1

Buy | Sell | Rent - Residential | New Development | Land | Commercial

26/05/2021

PENGECUALIAN CKHT MASIH BERLANGSUNG SEHINGGA PENGHUJUNG TAHUN 2021
Ada di antara anda yang mungkin risau dikenakan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) jika anda melupuskan atau menjual rumah kediaman dalam tahun ini.
Kenapa anda perlu risau sedangkan anda BOLEH memohon dpd pihak LHDN untuk MENGECUALIKAN CKHT tersebut sehingga 3 buah rumah jika anda jual atau lupuskan rumah anda dalam tahun ini (sehingga 31-12-2021).
Yang mustahak, anda perlu menghantar serah Borang CKHT 1A dan juga Borang CKHT 3 untuk memohon pengecualian tersebut.
Jika kurang pasti, tanyalah Peguam Hartanah yang berpengalaman dan mahir dalam bidang ini atau anda boleh je terus menghubungi pihak LHDN untuk maklumat lanjut.
Jika perlukan bantuan, anda boleh hubungi saya.

23/05/2021

Sedikit info untuk kita berkenan *KAVEAT*

FAHAMI ITU KAVEAT PERSENDIRIAN?

Kaveat Persendirian adalah suatu proses permohonan yang boleh di buat oleh mana-mana indidvidu di pejabat tanah untuk menghalang sebarang urusan dilakukan ke atas hakmilik tanah yang berkenaan. Ia boleh didaftarkan/ dimasukkan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan atau berkepentingan terhadap hakmilik tanah tersebut, walaupun tanah tersebut bukan miliknya.

Contohnya adalah orang yang telah membuat sebahagian pembayaran deposit untuk pembelian Hartanah tersebut atau orang yang mempunyai perjanjian pajakan yang didaftarkan ke atas tanah tersebut.

Permohonan untuk memasukkan kaveat persendirian boleh dibuat di pejabat tanah yang berkenaan dengan mengemukakan borang khas berserta surat akuan berkanun yang ditandatangani oleh pemohon yang menyatakan secara jelas alasan untuk kaveat dimasukkan berserta bukti yang menunjukkan pengkaveat mempunyai kepentingan ke atas tanah tersebut dan ada bayaran pendaftaran sebanyak RM320 (bagi negeri Selangor) yang perlu dibayar oleh pemohon untuk mendaftarkan kaveat tersebut.

Apabila hakmilik anda telah dimasukkan kaveat, maka anda tidak boleh menjual, menggadai atau menyewakan tanah tersebut atau apa juga urusan pindahmilik kepentingan sehinggalah kaveat tersebut dikeluarkan atau secara automatiknya tamat tempoh.

Kaveat persendirian akan terbatal dengan sendirinya selepas tempoh 6 tahun.

BAGAIMANA KAVEAT PERSENDIRIAN BOLEH DIPOTONG / DILEPASKAN?

Pemotongan Kaveat dalah satu urusan untuk membenarkan urusniaga dijalankan semula ke atas hartanah tersebut setelah kaveat dipotong/dilepaskan. Hanya pihak-pihak berkepentingan (pemilik, pembeli, pengadai, pemajak dan pembeli lelong) boleh memohon untuk urusan ini.

Pemohon perlu mengemukakan perkara-perkara berikut:-

1) Borang 19H
2) Surat Permohonan Rasmi
3) Carian Persendirian Hakmilik berkaitan
4) Salinan Kad Pengenalan
5) Bayaran Fi sebanyak RM220.00

Tempoh pemotongan kaveat ini adalah 60 hari dari tarikh notis pemotongan disampaikan kepada pengkaveat. Jika penyampaian notis tidak berjaya, tambahan 30 hari lagi diperlukan untuk mewartakan pemotongan kaveat ini.

Pemotongan kaveat ini akan segera dilakukan apabila telah sampai tempoh 60 hari atau 90 hari yang dikuatkuasakan.

Pengkaveat boleh menghalang urusan ini hanya dengan mendapatkan perintah mahkamah sahaja. Sebarang surat menyurat sama sekali tidak akan dilayan.

18/05/2021
15/02/2021

KENAPA REN PERLU LAKUKAN PROSES "FILTERING" SEBELUM MELAKUKAN VIEWING?
Mungkin ada di kalangan bakal-bakal pembeli hartanah yang tertanya-tanya, kenapa Perunding Hartanah (REN) perlu melakukan proses "FILTERING" atau bahasa mudahnya "menyaring" sebelum membawa bakal-bakal pembeli ini melakukan lawatan atau "viewing" ke hartanah yang ingin mereka beli tadi.
Filtering adalah proses yang WAJIB dibuat oleh REN untuk memastikan bahawa bakal pembeli itu LAYAK untuk membeli hartanah tersebut.
Layak bermaksud pembeli tersebut tidak menghadapi masalah kewangan, MAMPU untuk membayar harga jual secara tunai atau melalui pinjaman (loan instalments) dan mampu untuk meneruskan kelangsungan hidup setelah memiliki rumah tersebut.
So, jangan lah marah jika REN buat soal selidik dan bertanyakan kepada anda berapakah gaji bulanan anda, apakah komitmen bulanan yang anda ada, adakah nama anda pernah disenarai hitamkan dan macam-macam lagi soalan yang diajukan sebelum mereka benar-benar yakin dan berpuas hati untuk membawa anda meninjau hartanah yang mereka iklankan.
Alasan nya "simple". Semua ini dilakukan demi untuk memastikan bahawa masa anda dan masa mereka melakukan viewing tadi tidak terbuang menjadi sia-sia, anda berpijak di bumi nyata dan tidak terlalu "berkhayal" memikirkan adakah anda MAMPU untuk memiliki mahligai idaman yang anda impikan atau hajat anda perlu di "adjust" mengikut tahap kemampuan anda.
Kalau dah buat Filtering dan mendapati bahawa tahap kemampuan anda tidak sesuai dengan harga rumah tersebut, REN tadi boleh cadangkan kepada anda rumah-rumah lain yang lebih sesuai mengikut bajet anda dan boleh anda consider.
Kan lebih baik jika anda DAH TAHU yang anda benar-benar MAMPU daripada anda terus TERBELENGGU dengan DILEMA dan NAFSU.
TAK GITU?

copy WA

10/02/2021
NO. ATS : N 01720RUMAH UNTUK DIJUAL (EXCLUSIVE) ==========================TAMAN RESAK, CHANGLUNHARGA JUALAN : RM 318K (N...
06/02/2021

NO. ATS : N 01720

RUMAH UNTUK DIJUAL (EXCLUSIVE)
==========================
TAMAN RESAK, CHANGLUN
HARGA JUALAN : RM 318K (NEGO)
==========================

Spesifikasi:
» Semi D
» Freehold
» Bumi Lot
» Keluasan tanah : 2594sqft
» Bilik tidur : 3
» Bilik air : 2
» Bilangan parking : 2
» Standard Unit
=========================

Kemudahan :
» SK Dato Wan Kemara
» SMK Changlun
» Universiti Utara Malaysia
» Kolej Matrikulasi Kedah
» Pasaraya C Mart
» Stesyen minyak (Petronas / Shell / Caltex)
» Balai Polis Changlun
» Masjid Changlun
» Sekolah Menengah Integrasi iKUPS
» Surau
» Lot kedai
» KFC, Marrybrown, Pizza Hut
» BSN
» Maybank
» Klinik Kesihatan
» Pasar Tani Kekal Changlun, pasar malam

https://www.facebook.com/109557110688811/posts/253883519589502/

========================

===========================
HARGA JUALAN : RM 318K
===========================
~ Deposit 10% (3% booking dan 7% semasa sign SPA)
~ Urusan pinjaman dan guaman akan diuruskan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya :
www.wasap.my/60125585550/SEMIDTAMANRESAKCHANGLUN318K

RAMLAN ALI
0125585550
Perunding Hartanah
AS Properties ( N ) Sdn Bhd
VE (1) 0362/1

Facebook : RA Property Deals

Buy | Sell | Rent - Residential | New Development | Land | Commercial

28/01/2021

Boleh ke Jual atau Beli Lebih Tinggi dari Nilai Pasaran (NP)?
================================|
Kita sambung persoalan semalam... boleh ke nak jual lebih tinggi dari nilai pasaran?
Atau..
Boleh ke nak beli lebih dari nilai pasaran?
Jawapannya... Boleh. Tiada siapa yang boleh halang anda jual atau beli lebih dari nilai pasaran (market value).
Tetapi pertamanya kita perlu tahu dulu apa dan siapa yang akan menetapkan nilai pasaran ni.
Secara amnya mengikut definisi... nilai pasaran ialah nilai di mana suatu transaksi hartanah berlaku di antara pembeli dan penjual dengan 'rela hati' (tiada paksaan) atau biasa disebut 'willing buyer and willing seller' dan tiada pengaruh luar serta masing-masing bertindak dengan mempunyai pengetahuan dan sedar akan transaksi yang ingin dilaksanakan.
Jadi.. jika ada paksaan (dalam beberapa bentuk) berlaku.. ianya tidak dikira nilai pasaran.
Jika salah satu pihak 'dipengaruhi' untuk melakukan transaksi sama ada dari pihak luar atau diri sendiri atas sebab tertentu... juga tidak dikira sebagai nilai pasaran.
Dan beberapa sebab lain yang mana faktor-faktor inilah antaranya diambilkira dalam penentuan nilai pasaran.
Siapa p**a yang menentukan nilai pasaran ini?
Di Malaysia.. ia dilakukan oleh penilai bertauliah yang berdaftar dengan LPPEH. Dan setiap bank mempunyai panel penilai mereka sendiri dalam mendapatkan nasihat tentang nilai pasaran ini.

Kembali kepada persoalan utama.. bolehkah menjual atau membeli lebih tinggi daripada nilai pasaran yang ditetapkan oleh Penilai atau bank?
Boleh tetapi anda akan berhadapan beberapa situasi..
1. Jika anda penjual. Anda akan berhadapan kesukaran untuk mendapatkan pembeli kerana kebiasaannya pembeli akan berpandukan nilai pasaran (yang dinasihatkan oleh ejen hartanah/bank/penilai) sebelum meneruskan keputusan membeli.

2. Jika anda pembeli. Anda akan berhadapan kesukaran mendapatkan pinjaman kerana bank akan berdasarkan nilai pasaran dalam meluluskan pinjaman anda.

Kelulusan bank untuk pinjaman adalah berdasarkan Suratcara Perjanjian Jualbeli (SPA) atau Penilaian, mengikut mana yang lebih rendah.
Dalam situasi apakah yang biasanya pembeli sanggup membeli hartanah lebih dari nilai pasaran? Terdapat beberapa situasi, antaranya:-
1. Rumah bersebelahan kerana ingin membuat sambungan terus rumah sedia ada.
2. Terdapat 'sentimental value'. Contoh rumah yang dahulunya dijual oleh ayah kerana terdesak. Kemudian anak ingin membeli semula selepas beberapa tahun kerana ingin menghadiahkan semula kepada ayah.
3. Persaingan. Dalam keadaan tertentu terdapat pembeli yang sanggup membayar lebih dari NP untuk mendapatkan hartanah yang diingini. Mungkin kerana ada perancangan tertentu, tidak banyak pilihan hartanah serupa dan sebagainya.
4. Ubahsuai 'major'. Sesetengah ubahsuai rumah yang dilakukan dengan banyak mungkin tidak dapat menepati NP yang diberikan oleh bank. Namun ada kemungkinan terdapat pembeli yang sanggup membayar lebih kerana tertarik dengan ubahsuai tersebut dan merasakan berbaloi dengan apa yang dibayar walaupun lebih tinggi dari NP.
5. Belian 'Lock Stock and Barrel'. Maksudnya pembelian rumah berserta segala isinya. Dalam kes seperti ini biasanya NP adalah lebih rendah dari permintaan. Sepertimana No. 4 di atas.. terdapat kemungkinan pembeli yang juga sanggup membayar lebih untuk mendapatkan segala yang ada seperti perabot, peralatan elektrik dan sebagaimana yang tidak termasuk dalam penilaian.
6. 'Feng Shui'. Dalam sesetengah masyarakat yang percaya kepada perkara ini mereka sanggup membayar lebih untuk mendapatkan hartanah berkenaan jika dikatakan baik walaupun ianya beratus ribu atau mungkin berjuta lebih tinggi dari Nilai Pasaran.

Untuk yang sanggup membeli dalam situasi ini, anda perlu menyediakan wang tambahan untuk menampung lebihan harga dari pembiayaan. Sesetengah mereka yang membeli di dalam situasi ini adalah pembeli tunai atau mempunyai tunai yg banyak dan tahu apa yang mereka lakukan. Membayar lebih dari NP tidak menjadi masalah bagi mereka.

Kesimp**annya..
Jika anda penjual.. anda perlu tahu apa yang perlu dilakukan dan kesannya jika ingin menjual lebih dari NP.
Jika anda pembeli.. anda perlu tahu kesannya jika ingin mendapatkan pinjaman melainkan anda membeli tunai.
Dan jika anda Perunding Hartanah (REN) anda harus tahu dalam sesetengah keadaan.. tidak semestinya mesti menjual pada Nilai Pasaran kerana ada kemungkinan terdapat pembeli yang sanggup membayar lebih jika terdapat 'NILAI' yang lebih untuk diri mereka.

Semoga bermanfaat. Sekian.

SETIAP ORANG ADA "KEMAHIRAN" DAN SKIL NYA TERSENDIRI Dalam urusan jual-beli hartanah, kita perlukan kemahiran, pengalama...
10/01/2021

SETIAP ORANG ADA "KEMAHIRAN" DAN SKIL NYA TERSENDIRI
Dalam urusan jual-beli hartanah, kita perlukan kemahiran, pengalaman dan skil untuk mengelakkan kita daripada tertipu dan tersilap langkah.
Sebab tu wujudnya profesion Ejen atau Perunding Hartanah dan juga Peguam untuk membantu anda dalam urusan tersebut.
Bukan senang nak dapatkan bakal pembeli yang berminat. Apatah lagi memastikan urusan jual-beli hartanah tersebut dapat diselesaikan tanpa sebarang masalah hinggalah anda mendapat harga jual yang diingini dan kunci rumah dapat diserahkan kepada pembeli.
Sebagai penjual, bila anda nak dapatkan khidmat Ejen atau Perunding Hartanah untuk membantu anda, fahami lah bahawa mereka perlu mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk memastikan yang penjualan hartanah anda berjaya.
Bila nak dapatkan khidmat nasihat Peguam dan perkhidmatan guaman mereka p**a, fahamilah bahawa bukan mudah untuk mereka mengendalikan urusan jual-beli dari mula hingga selesai.
Bukan mudah mahupun murah untuk mereka menjalani liku-liku kehidupan bergelar mahasiswa undang-undang selama 6 tahun demi untuk menggenggam segulung Ijazah bagi melayakkan mereka menjadi seorang Peguambela dan Peguamcara.
Bukan mudah juga untuk mereka mengutip pengalaman bertahun-tahun bagi melengkapkan diri mereka agar menjadi yang terbaik.
Jadi, sudah tentulah ada kos yang anda perlu bayar untuk mendapatkan khidmat mereka.
Sudah tentulah kos tersebut sangat berpatutan dengan apa yang telah mereka korbankan dan usahakan.
Dan sudah semestinya lah mereka melakukan semua urusan tersebut dengan sempurna sebab mereka juga ingin menjaga reputasi dan nama baik mereka.
Oleh yang demikian, hargailah apa yang telah mereka lakukan berdasarkan kepada kemahiran, pengalaman, ilmu dan skil yang mereka ada.
Semoga urusan kita semua dipermudahkan.

NO. ATS : N 002748RUMAH SEMI- D UNTUK DIJUAL==========================TAMAN INDERA 2, JITRAHarga Jualan : RM475,000=====...
25/12/2020

NO. ATS : N 002748

RUMAH SEMI- D UNTUK DIJUAL
==========================
TAMAN INDERA 2, JITRA
Harga Jualan : RM475,000
==========================

Spesifikasi:
» Teres 2 tingkat
» Freehold
» Bumi Lot
» Lot tengah
» Berhadapan dengan rumah.
» Keluasan tanah: 2,332 sq.ft.
» Bilik tidur : 4
» Bilik air : 3
» Bilangan parking : 2

========================
Kemudahan / berdekatan :
» Berdekatan Pekan Tanah Merah / Pekan Bandar Darulaman.
» Restoran Tok Keramat
» Maybank
» Pasaraya Cmart dan Yawata
» Secret Recipe
» Petronas & Shell
» Kawasan Perindustrian Darulaman
» Kedai Serbaneka 2.10
» Politeknik Sultan Abdul Halim ( Jitra )
» KFC
» IKBN
» Kedai Serbaneka 24 jam.
» IPG Darul Aman.
» Sekolah Menengah
» Pejabat Pendidikan Kubang Pasu
===========================
Easy access to :
» Lebuhraya Utara Selatan ( PLUS )
===========================
HARGA JUALAN : RM475K ( NEGO )
===========================
~ Deposit 10% (3% booking dan 7% semasa sign S&P)
~ Urusan pinjaman dan guaman akan diuruskan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya :
http://www.wasap.my/60125585550/tmnindera2

RAMLAN ALI
0125585550
Perunding Hartanah
AS Properties ( N ) Sdn Bhd
VE (1) 0362/1

Facebook : RA Property Deals

Buy | Sell | Rent - Residential | New Development | Land | Commercial

Address

Lot 21-1 Jalan LTIC 3, Kompleks Perniagaan Lomg Island Trade Centre, Seberang Jalan Putra Mergong
Alor Setar
06150

Telephone

+60125585550

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RA Property Deals posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to RA Property Deals:

Share

Category