Raihan Mahzan

Raihan Mahzan Advocates & Solicitor of High Court Malaya

Harini, attend kes permohonan lelongan, siasatan kali pertama.Siasatan ni adalah proses atau prosedur yang kita akan lal...
27/10/2025

Harini, attend kes permohonan lelongan, siasatan kali pertama.

Siasatan ni adalah proses atau prosedur yang kita akan lalui sebelum Perintah Jualan direkodkan. Korum kehadiran untuk siasatan harini terdiri daripada Peguam, Pegawai Bank dan juga Penggadai, dan siasatan di jalankan di hadapan Pegawai Pej Tanah.

Lepas habis siasatan, sempat bincang beberapa issue dengan Pegawai Pej Tanah, dan juga Pegawai Bank yang hadir. Saya difahamkan, harga hartanah sekarang telah di manipulate oleh pihak-pihak tak bertanggungjawab.

Ada certain kes, pihak jurunilai meletakkan nilai semasa hartanah bukan pada harga sebenar. Contoh :-

- Nilai hartanah Rm250k
- Laporan Penilaian oleh jurunilai Rm270k
- SPA sign Rm25Ok
- Loan approved ikut laporan penilaian
- Cashback - Rm20k

Ni kerja orang tak dak tanggungjawab. Benda-benda macam ni akan merosakkan nilai hartanah satu hari nanti. Para lawyer conveyancing, banker bahagian approval loan dan agen hartanah, PLEASE DON'T NORMALIZE IT.

GARNISHEE PROCEEDING adalah tindakan mengutip hutang dari pihak ke 3.Jika Ali berhutang dengan Bank XX, dan Ali tidak me...
02/08/2025

GARNISHEE PROCEEDING adalah tindakan mengutip hutang dari pihak ke 3.

Jika Ali berhutang dengan Bank XX, dan Ali tidak membayar hutang tersebut dengan cara yang telah dipersetujui, Bank XX berhak untuk menuntut hutang tersebut melalui akaun bank milik Ali di bank-bank lain yang Ali memiliki akaun di bank tersebut. Gerun tak bunyi? Haaa. Rasanya mcm sama gerun juga dengan tindakan kebankrapan.

Oleh itu, jika anda ada mana2 hutang tertunggak, berusahalah untuk buat bayaran walaupun amaun kecil. Hutang bukan duit percuma😁

Ia tetap menjadi tanggungjawab untuk di selesaikan.

Harini bicara pembahagian pusaka bagi anakguam di Pej Pusaka Anak Bukit Alor Setar, Kedah.Alhamdulillah, bicara berjalan...
19/06/2025

Harini bicara pembahagian pusaka bagi anakguam di Pej Pusaka Anak Bukit Alor Setar, Kedah.
Alhamdulillah, bicara berjalan dengan lancar dan sempurna.

Kes ini saya failkan permohonan untuk pembahagian pusaka (Borang A) & pembatalan pemegang amanah (Borang P) pada 27 Mei 2025, dan pada hari ini, dah selesai bicara bagi kedua-dua permohonan tersebut.

Alhamdulillah, 10 🌟 saya bagi untuk Pej Pusaka (JKPTG) kerana service yang sangat efficient dan reliable.

Semoga selepas ini saya ada lagi peluang mengendalikan urusan pembahagian pusaka. Nak buat pusaka, ingat lawyer Raihan Mahzan ☺️

Address

Alor Setar

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Raihan Mahzan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share