22/12/2023
Salam,
Saya dan keluarga ke Hong Kong 2 minggu lepas dan sempat berbual dengan beberapa orang lokal.
Banyak yg boleh dikongsikan tetapi saya hanya nak fokus mengenai hartanah di Hong Kong
Kesimpulan yg saya dapat:
Harga rumah sangat mahal. Majoriti rakyat HK hanya mampu menyewa lot2 apartment kecil bersaiz 300kps hingga 600 kps.
Berapa kosnya?
Sukar mahu dipercayai, sebagai contoh rumah bersaiz 500kps harus dibayar antara HK12,000 hingga HK18,000 bersamaan lebih kurang RM8,000 ke RM9,000 sebulan.
Sebagai perbandingan dibandar2 besar di Malaysia khususnya KL rumah bersaiz paling kecil adalah 650 kps disewa antara RM500 hingga RM1,000 sahaja.
Majoriti rakyat Hong Kong tinggal di apartment kecil walaupun terdapat juga kondo mewah.
Pemilikan rumah di HK bagi majoriti rakyatnya bermakna anak dan cucu perlu menyambung hutang datuknya yang bernilai jutaan HK semasa membeli rumah.
Jadi yang memiliki rumah di HK adalah pelabur2 hartanah dahulu yg menyewakan lot2 apartment kepada penyewa2 dan menjadi kaya raya.
Adakah situasi di HK akan berlaku di bandar2 besar di Malaysia dalam 10 ke 20 tahun lagi. Saya rasa tidak dengan faktor2 positif yg ada.
Walaupun begitu, pemilikan rumah di Malaysia adalah satu pelaburan yg baik terutama bagi pembeli pertama yg berharsat mendiami sendiri rumahnya.
Sekian Terima kasih