24/05/2022
𝗧𝗜𝗣𝗦 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗞𝗨𝗡𝗖𝗜 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔
Terlintas mahu share posting sebab,baru-baru ni ada "client" minta pendapat tentang apa yang patut dia buat ketika ambil kunci untuk rumah pertamanya.
Ofcourse, TAHNIAH saya ucapkan , kerana beliau mampu memiliki Rumah pertamanya Pada Usia 24 Tahun !!
Bagus beli rumah muda-muda ni, boleh rancang kewangan dari awal sebelum terbelunggu dengan hutang-hutang lain, dapat "rate" interest yang rendah dari pihak bank, dan paling penting sekali.. boleh bebas Hutang sebelum Pencen! kalau ada Rezeki lebih, boleh beli Aset kedua atau ketiga juga.
So, ini adalah my "humble Opinion" bagi sesiapa yang baru mendapat "Kunci Rumah Pertama".
1. Bila dah dapat kunci, pastikan bilangan kunci cukup dan berfungsi. Masa jumpa wakil pemaju, pastikan semua dokumen lengkap dan isikan dengan betul. Tanya sekali tentang tempoh Defect Liability Period (waranti struktur bina) dan cara nak buat laporan.
2. Semak betul-betul apa yang boleh menyebabkan "waranti" dibatalkan sebelum membuat sebarang renovation.
3. Periksa rumah. Buat sendiri boleh. Ambil sticky tape dan tampal dekat mana nampak cat tak rata atau ada retakan. Pasang air full flow selama 1 jam untuk tengok saliran air ada tersumbat atau tidak. Cek Jubin lantai atau dinding jika ada dengan mengetuk perlahan dan dengar bunyi ketukan. Biasanya,kalau jubin yg kosong boleh tahu dari bunyi ketukan tadi.tapi, kalau langsung tidak tahu nak cek macam mana, jangan risau Sekarang ni dah ada khidmat home inspection oleh individu yang bertauliah. Untuk long term benefit, upah sahaja home inspector yang mahir dalam bidangnya. Harga biasanya ikut saiz rumah.
4. Untuk Rumah baru,(undercon), bahagian dalamnya memang kosong. Kos wiring, lampu, kipas dan aircon boleh sampai ribuan Ringgit. Deposit air dan elektrik untuk single phase pun dah RM 500 lebih. Nmahu pasang alat elektrikal ni, kena panggil kontraktor yang pakar dalam bidang elektrik. Jangan pakai ambil je kontraktor murah. Barang baik jarang harga murah. Tapi, ada juga Rumah baru (undercon) yang siap sedia dengan perabot dan alat elektrikal, tapi biasanya memang ada yang kena tambah juga. maklumlah Rumah baru.
5.Kalau beli rumah untuk duduk sendiri, tak perlu tumpukan kos untuk semua benda nak "custom made". Kalau nak custom pun, fokus kepada bahagian dapur dan walk in closet (jika ada). Memang di page-page decor nampak cantik, tapi kadang-kadang ia tidak praktikal untuk jangka masa panjang.
Contohnya nak hias bilik anak-anak. Berapa lama dia akan gunakan katil bentuk Power Rangers? Anak-anak ni cepat ubah selera. Kalau perabot tidak "custom", lebih mudah untuk ubah susunan bilik dalam masa 3 - 4 tahun. Untuk cat pun takde masalah. Rasa bosan, cat je lain.
Tapi ini cadangan untuk keluarga yang baru nak up. Simpanan dan kerja pun masih belum steady. Tapi jika duit dah berkepuk, takde masalah boss.
Beli rumah ni satu journey, soo jangan "Rushing" untuk "complete"kan rumah , lengkapkan apa yang perlu dulu, kawal kewangan anda.
Dulu, mungkin kita s**a ke kedai-kedai accessories kereta bagi lelaki, kedai-kedai make-up bagi wanita, tapi percayalah, selepas mempunyai rumah sendiri..kaki kita pandai rajin masuk kedai-kedai seperti ikea dan kedai perabot lain. perubahan hormon . hihi
Tapi ini pendapat saya sajalah. Orang lain, mungkin berbeza. Oh, dan ini nasihat untuk rumah duduk sendiri sahaja. Jika untuk pelaburan, lain lagi tekniknya, nanti ada kesempatan saya akan share juga "game strategy" beli rumah untuk pelaburan.