29/09/2021
8 perkara penting yang anda mesti baca sebelum buat re-finance rumah dan penyatuan komitmen
1. Gaji kasar sebaiknya melebihi RM 3000 (jika loan seorang).
Kos yang terlibat untuk buat refinance adalah legal fee, valuation fee dan insurans/takaful. Ketiga-tiga kos ini boleh absorb dalam loan. . Kebanyakkan bank boleh absorb.
Hanya ada beberapa bank yang tak absorb.
2. Banyak bank yang tawarkan interest rate lebih rendah daripada yang anda tahu.
Contoh, anda tahu Bank A tawarkan interest rate 3.5%, tapi sebenarnya Bank B boleh tawarkan 2.9% - 3.1%.
Namun, tak semestinya semua bank sesuai untuk profil kewangan dan gaji anda. Setiap bank ada syarat dan kriteria berbeza. Jangan pelik jika Bank A boleh luluskan tetapi bank B reject loan anda.
3. Rumah sebaiknya sudah dibeli melebihi 4 tahun.
Jika baru dibeli 3 tahun lepas, market value belum naik tinggi, manakala baki hutang masih banyak.
Contoh, anda beli RM400,000 pada tahun 2018.
Baki hutang pada 2021 p**a RM375,000.
Market value baru sahaja naik kepada RM430,000 selepas 3 tahun.
Bank tawarkan maksimum pembiayaan 90% daripada market value.
RM 430,000 market value x 90% = RM 387,000.
RM 387,000 (max refinance) - RM 375,000 (baki loan) = RM 12,000 (cash bersih).
Belum berbaloi jika anda nak buat refinance.
Tapi jika anda masih mahu refinance, boleh sahaja.
4. Tiada tunggakan melebihi 2 bulan dalam CCRIS/CTOS.
Tunggakan satu bulan masih boleh refinance. Pastikan tiada saman, tiada SAA (Special Attention Account), tiada AKPK, dan tiada Legal Action (tindakan mahkamah).
Jika ada rekod bayaran tidak bayar hutang seperti motor, coway, bil, telco dan lain-lain selain institusi bank, masih ada bank yang anda boleh cuba. Buat survey atau lebih mudah carilah consultant.
Jika anda ada rekod seperti diatas dalam CCRIS atau CTOS, anda masih boleh cuba apply housing loan/ refinance dengan syarat, dalam CCRIS atau CTOS anda, ada pinjaman lain seperti kereta, kad kredit atau ptptn dengan rekod pembayaran yang baik.
Jika anda langsung tiada rekod pinjaman seperti kereta, kad kredit atau ptptn dengan rekod bayaran yang baik dengan bank sekarang, bank pasti akan check CTOS anda dan sekiranya bank nampak rekod tidak baik anda seperti hutang motor, coway, bil, telco dan lain-lain selain institusi bank, pasti bank akan reject application anda.
5. Rumah sudah berstatus individu/strata. Jika masih Master title tetap boleh refinance. Tetapi pilihan bank tidak banyak.
Sekiranya rumah anda master title kurang 10 tahun (tahun rumah dibeli daripada developer, bukan daripada owner), masih banyak bank boleh buat refinance.
Sekiranya rumah anda status master title melebihi 10 tahun (tahun rumah dibeli daripada developer bukan owner), tidak banyak bank boleh buat refinance.
Jika developer sudah isukan strata, tetapi belum buat MOT, anda masih boleh buat refinance.
Jika developer sudah bankrap dan belum ada strata atau belum diisukan strata, hanya beberapa bank boleh buat refinance.
Jika anda tanya setiap satu bank pasti memakan masa, lebih baik anda dapatkan bantuan consultant.
6. Anda kena faham konsep refinance.
Ada beza antara Refinance biasa vs Refinance & Penyatuan Hutang.
Di sini anda kena tahu satu perkara, ada bank yang menawarkan program refinance hartanah biasa sahaja, dan ada bank yang menawarkan program Refinance Hartanah & Penyatuan Hutang.
7. Refinance biasa konsepnya ialah bank selesaikan hutang lama anda dengan bank sekarang dan kemudian berikan cash bersih sahaja. Jika anda ada hutang ingin selesaikan, anda kena selesaikan hutang sendiri.
Contoh, anda ingin tutup hutang kereta berbaki RM30,000 yang bulanannya RM800.
Dalam kiraan DSR untuk refinance biasa, bank akan tetap kira komitmen kereta RM800 meskipun sudah terang-terang anda nak selesaikan hutang kereta RM30,000 selepas dapat cash bersih.
8. Refinance Debt Console, bank yang akan selesaikan hutang lama dengan bank sekarang.
Kemudian Bank selesaikan hutang anda yang lain seperti kereta, personal loan, kad kredit dll.
(Anda boleh pilih hutang apa yang ingin bank selesaikan, hutang apa yang anda rasa tak mahu bank selesaikan.
Anda tak semestnya wajib selesaikan semua hutang lain selain rumah sekarang.)
Terakhir, bank berikan anda cash bersih. Tak perlu selesaikan hutang sendiri.
Berminat nak refinance?
Hubungi Saya Affif @ John
0197771736
wa.link/u534c1