BUKIT BESI

BUKIT BESI Assalamualaikum.. Selamat mengetahui sejarah Bukit Besi, Dungun, Terengganu.

Air terjun buatan, Tasik Puteri Bukit BesiDulunya Bukit Besi merupakan lombong biji besi terbesar di Asia Tenggara sekit...
23/05/2023

Air terjun buatan, Tasik Puteri Bukit Besi
Dulunya Bukit Besi merupakan lombong biji besi terbesar di Asia Tenggara sekitar tahun 1960-1964. Lebih 2 juta tan besi besi dikeluarkan setahun. Air yang mengalir ini hasil dari takungan air lombong dan air ini limpahan air tasik bukannya sungai.
Sungguhpun ia sebuah tasik, airnya sentiasa jernih kebiruan.
Ini adalah salah satu tempat tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.
Tapak perkhemahan, tandas dan surau disediakan secara percuma.
Kira² 30 minit perjalanan dari pusat bandar Dungun.

DUNGUN – Muzium Bukit Besi yang memaparkan sejarah perlombongan bijih besi terbesar di Asia Tenggara mula dibuka untuk a...
23/05/2023

DUNGUN – Muzium Bukit Besi yang memaparkan sejarah perlombongan bijih besi terbesar di Asia Tenggara mula dibuka untuk awam.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Razali Idris berkata, muzium terbabit menghimpunkan koleksi khazanah dan maklumat lengkap perlombongan bijih besi di kawasan tersebut yang pernah beroperasi hampir 60 tahun bermula tahun 1916.
“Kemasukan ke muzium ini adalah percuma bagi tempoh dua bulan ini hingga akhir tahun.
“Ia dibuka dari pukul 9 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali Jumaat,” katanya pada pra perasmian Muzium Bukit Besi di sini hari ini.
Razali berkata, selain lawatan galeri, pakej pelancongan tersebut turut merangkumi lawatan ke monumen perlombongan bijih besi yang terpelihara di Bukit Besi termasuk stesen simpanan bahan letupan, simpanan bijih besi, peleburan bijih besi dan kolam renang.
Tambah beliau, pengunjung akan dibawa ke mengunjungi monumen terbabit dengan menaiki bas dan penerangan daripada pegawai muzium.
“Kita harap pembukaan Muzium Bukit Besi ini dapat menyokong pakej pelancongan Bukit Besi selain memberi faedah ekonomi dan sosial kepada masyarakat setempat,” katanya.
Sewaktu zaman kegemilangannya, Bukit Besi muncul antara bandar paling maju di Terengganu dengan lengkap infrastruktur sebelum operasi perlombongan bijih besi ditutup sepenuhnya pada tahun 1971.

LOKASI MENARIK DI BANDAR BERSEJARAH BUKIT BESI DUNGUN TERENGGANU.. TASIK PUTERI~Tasik Puteri atau dulunya lebih dikenali...
15/05/2023

LOKASI MENARIK DI BANDAR BERSEJARAH BUKIT BESI DUNGUN TERENGGANU..

TASIK PUTERI~
Tasik Puteri atau dulunya lebih dikenali dengan nama Tasik Bukit Besi terletak kira-kira 3 km dari Bandar Bukit Besi. Perjalanan dari Bandar Dungun mengambil masa selama 30 minit dengan jarak perjalanan ialah 33 km. Sekiranya anda datang dari arah Bandar Kuala Terengganu, jarak Tasik Puteri dengan Bandar Kuala Terengganu ialah kira-kira 77 km dan mengambil masa selama 1 jam untuk ke sini.

Tasik Puteri yang mempunyai keluasan 131 ha merupakan kawasan bersejarah dengan kawasan tinggalan lombong bijih besi yang merupakan lombong bijih besi yang terbesar di Asia Tenggara pada suatu masa dulu. Ia adalah tasik buatan yang terbentuk dari Sungai Besul yang disekat dan menghasilkan takungan air. Sumber air inilah yang digunakan bagi menjalankan aktiviti membersih bijih besi.

Tasik Puteri kini merupakan produk pelancongan yang sedang diberi tumpuan oleh KETENGAH untuk dimajukan. Tasik yang tenang dan keindahan alam sekitar menjadikan Tasik Puteri ini amat sesuai untuk mereka berehat bersama keluarga pada hari minggu.

Address

LOT 2098 TAMAN SELESA
Dungun
23400

Telephone

+601162163255

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BUKIT BESI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to BUKIT BESI:

Share

Category