Rumah dapat & Hutang selesai - Tentera ONLY

Rumah dapat & Hutang selesai - Tentera ONLY kepakaran kami adalah membantu anda memiliki rumah sendiri dan menaik taraf kewangan anda dengan menyelesaikan hutang-hutang anda

Whatsapp 0138018669

Kelayakan LPPSA.---๐Ÿงพ "Cukup syarat ke belum tu? Jom semak sama-sama!"Ramai tanya: "Saya ni layak ke mohon loan LPPSA?"Ci...
21/06/2025

Kelayakan LPPSA.

---

๐Ÿงพ "Cukup syarat ke belum tu? Jom semak sama-sama!"

Ramai tanya: "Saya ni layak ke mohon loan LPPSA?"
Cikgu pun tanya. Ustazah pun tanya. Abang bomba, akak nurse, semua nak tahu. So jom kita check checklist dulu! โœ…

Syarat asas LPPSA (versi mudah hadam):

1. โœ… Warganegara Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

2. โœ… Penjawat awam tetap (bukan kontrak, bukan part time ok ๐Ÿ˜‚)

3. โœ… Disahkan jawatan (bukan โ€˜still trainingโ€™ ye)

4. โœ… Umur bawah 90 tahun masa habis bayar (kalau umur 40, nak bayar 50 tahun? Hmm sabar ya ๐Ÿ˜…)

5. โœ… Gaji cukup dan tak terlalu banyak komitmen lain (jangan gaji RM2k, hutang RM2.5k ๐Ÿ˜ฌ)

Tips sikit-sikit dari admin:
โžก๏ธ Kalau baru je disahkan jawatan, dah boleh start plan cari rumah idaman! ๐Ÿก
โžก๏ธ Jangan risau kalau tak faham bab teknikal, tanya je โ€” kita guide slow-slow.

---๐Ÿก APA ITU LPPSA?Ramai penjawat awam masih belum tahu sepenuhnya tentang LPPSA โ€“ satu peluang besar untuk beli rumah d...
11/06/2025

---

๐Ÿก APA ITU LPPSA?
Ramai penjawat awam masih belum tahu sepenuhnya tentang LPPSA โ€“ satu peluang besar untuk beli rumah dengan pembiayaan mudah & patuh syariah.

๐Ÿ”น LPPSA = Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
๐Ÿ”น Khas untuk penjawat awam tetap
๐Ÿ”น Gantikan sistem lama (pinjaman kerajaan) sejak 2016
๐Ÿ”น Boleh guna untuk beli rumah, bina rumah, beli tanah, ubah suai, atau bayar balik pinjaman bank

โœ… Kelebihan LPPSA:
โ€“ Tiada interest bank (guna konsep islamik โ€“ keuntungan tetap)
โ€“ Potongan terus dari gaji
โ€“ Perlindungan takaful disediakan
โ€“ Boleh mohon untuk rumah ke-2 (tertakluk syarat)

Kalau anda penjawat awam & sedang cari rumah, LPPSA boleh bantu anda miliki rumah idaman!

๐Ÿ“ฒ Berminat nak tahu rumah mana yang layak guna LPPSA?
WhatsApp Puan Elly terus: 011-32699674

๐Ÿก๐“๐€๐–๐€๐‘๐€๐ ๐Œ๐„๐๐€๐‘๐ˆ๐Š ๐”๐๐“๐”๐Š ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐€๐“๐Œ&๐†๐Ž๐•๐Ÿก๐๐€๐Š๐„๐‰ ๐๐„๐‹๐ˆ@๐๐”๐€๐“ ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ ๐‹๐Ž๐“ ๐๐€๐๐†๐‹๐Ž & ๐ƒ๐€๐๐€๐“ ๐Œ๐€๐‘๐Š๐”๐ ๐‘๐Œ๐Ÿ‘๐ŸŽ'๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ(๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฌ๐ž๐ญ๐ฅ๐ž ๐ก๐ฎ๐ญ๐š๐ง๐  ๐ฅ๐š๐ฆ๐š ๐๐ข...
28/02/2022

๐Ÿก๐“๐€๐–๐€๐‘๐€๐ ๐Œ๐„๐๐€๐‘๐ˆ๐Š ๐”๐๐“๐”๐Š ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐€๐“๐Œ&๐†๐Ž๐•๐Ÿก

๐๐€๐Š๐„๐‰ ๐๐„๐‹๐ˆ@๐๐”๐€๐“ ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ ๐‹๐Ž๐“ ๐๐€๐๐†๐‹๐Ž & ๐ƒ๐€๐๐€๐“ ๐Œ๐€๐‘๐Š๐”๐ ๐‘๐Œ๐Ÿ‘๐ŸŽ'๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ
(๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฌ๐ž๐ญ๐ฅ๐ž ๐ก๐ฎ๐ญ๐š๐ง๐  ๐ฅ๐š๐ฆ๐š ๐๐ข ๐ฌ๐ฅ๐ข๐ฉ ๐ ๐š๐ฃ๐ข)

=============================

๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐š ๐ง๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐๐€๐๐“๐€๐ˆ ๐“๐ˆ๐Œ๐”๐‘, ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘ ๐๐š๐ง ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐.

๐Ÿ. Bagi negeri TERENGGANU pembinaan banglo dalam kawasan JERTEH dan BESUT sahaja..

๐Ÿ. Sekiranya pembeli memiliki TANAH SENDIRI atau ingin membeli tanah untuk pembinaan banglo di negeri SELANGOR, NEGERI SEMBILAN dan PAHANG..proses loan tanah dan tukar hak milik akan DIURUSKAN OLEH PIHAK PEMAJU.

=============================

๐Ÿก ๐๐€๐Š๐„๐‰ ๐€ -
๐๐‘๐Ž๐’๐„๐’ ๐๐„๐‹๐ˆ ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡

๐Ÿ-๐๐ซ๐จ๐ฌ๐ž๐ฌ ๐‹๐จ๐š๐ง ๐“๐š๐ง๐š๐ก

A. Proses kelulusan loan tanah anggaran masa dlm 3-4 bulan..

B. Selepas kelulusan, pemaju akan prepare untuk tukar nama tanah..penyelesaian hutang akan dibuat setelah proses tukar nama selesai.

๐Ÿ.๐๐‘๐Ž๐’๐„๐’ ๐›๐ข๐ง๐š ๐ซ๐ฎ๐ฆ๐š๐ก

A) . Setelah 6 bulan dari tarikh pertukaran hak milik tanah..pemaju akan submit untuk proses loan rumah under lppsa( proses loan rumah maximum 3 bulan )

B) . Jangka masa siap binaan maximum 6 bulan bergantung pada arahan kerajaan dalam tempoh pendemik covid 19.

=============================

๐Ÿก ๐๐€๐Š๐„๐‰ ๐-
๐๐ˆ๐๐€ ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ ๐€๐“๐€๐’ ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐’๐„๐๐ƒ๐ˆ๐‘๐ˆ

A) lukis plan mengikut kehendak client ( tempoh bergantung atas persetujuan client)... Utk rumah under pakej plan rumah sudah siap tinggal majukan ke Pejabat bomba dan Pejabat indah water utk kelulusan.

B) proses submition ke majlis daerah, anggaran masa lebih kurang 2-3 bulan bergantung ke majlis daerah...

C) setelah plan lulus di majlis akan proses submit loan, anggaran masa 3-4 bulan...

D) setelah loan lulus proses bina rumah, anggaran masa 1 tahun bergantung kepada arahan kerajaan dalam tempoh pendemik covid 19.

=============================

๐Ÿ“๐๐„๐Œ๐๐„๐‹๐ˆ๐€๐ ๐ƒ๐ˆ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐’๐Š๐ˆ๐Œ ๐™๐„๐‘๐Ž ๐ƒ๐„๐๐Ž๐’๐ˆ๐“
๐Ÿ“๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€ ๐˜๐”๐‘๐€๐ ๐†๐”๐€๐Œ๐€๐
๐Ÿ“๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€ ๐๐Ž๐Ž๐Š๐ˆ๐๐†
๐Ÿ“๐“๐ˆ๐€๐ƒ๐€ ๐˜๐”๐‘๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐’๐„๐’
๐Ÿ“๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ% ๐๐ˆ๐๐‰๐€๐Œ๐€๐
๐Ÿ“๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€ ๐ƒ๐„๐๐Ž๐’๐ˆ๐“
๐Ÿ“๐๐‹๐€๐‚๐Š๐‹๐ˆ๐’๐“ ๐‹๐€๐˜๐€๐Š ๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐

๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ค๐ž๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฅ๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ญ ๐›๐ฎ๐ฅ๐ž๐ก
๐ค๐ฅ๐ข๐œ๐ค ๐๐ข๐ฌ๐ข๐ง๐ข ๐Ÿ“ฑ๐Ÿ“ฑ๐Ÿ“ฑ

www.wasap.my/+60193263699/binaRumahLotBanglo

www.wasap.my/+60193263699/binaRumahLotBanglo

www.wasap.my/+60193263699/binaRumahLotBanglo

assalammualaikum semua.lama tak buka page ni..lebih fokuskan penjualan secara depan2..melalui agent dan rekemen by custe...
05/07/2021

assalammualaikum semua.lama tak buka page ni..lebih fokuskan penjualan secara depan2..melalui agent dan rekemen by custemer sendiri...sejak pkp ni b*k sgt sop tuk buat jualan secara langsung...jd kembali buat jualan melalui fb blk la..
alhamdullilah..dpt kiriman dari custemer yg mana dah setle hutang dan rumah pun dah siap..sebagai staf jualan berita mcm ni la yg buat kami hilang penat selama ni..syurkur dapat membantu ramai org bukan sahaja dpt memliki rumha.bahkn setlekn hutang lama dan betulkn aliran kewangan pembeli

hai guys..sekiranya ada apa-apa pertanyaan just pm di mesenger..๐Ÿ˜Š
22/10/2020

hai guys..
sekiranya ada apa-apa pertanyaan just pm di mesenger..๐Ÿ˜Š

4 strategi buat duit dengan hartanah. Anda s**a yang mana satu?โ€œApa je game plan yang ada dalam pelaburan hartanah, ?โ€In...
22/10/2020

4 strategi buat duit dengan hartanah. Anda s**a yang mana satu?

โ€œApa je game plan yang ada dalam pelaburan hartanah, ?โ€

Ini soalan normal yang kerap ditanya oleh pelabur baru.

Dan korang tak payah segan silu. Semua orang pun bermula dari situ.

Hari ini, saya nak kongsikan ilmu pelaburan hartanah Tuan Amir Syahir yang elok pelabur baru hadamkan.

Ilmu adalah benih pendinding ketakutan dan kebodohan. Jadi, saya nak korang hadamkan perkongsian hebat ini supaya sebati dalam diri.

Pelaburan hartanah sebagai salah satu cabang perniagaan
Ramai yang menganggap harga rumah akan turun pada satu hari nanti.

Cuma, anggapan ini salah sama sekali (melainkan hartanah itu dijual bawah nilai pasaran).

Jadi, game plan menunggu boleh rugikan masa dan duit korang. Sebab harga hartanah akan terus meningkat setiap tahun. Tak mustahil rumah harga kurang RM100K sekarang, naik 2 kali ganda tahun depan.

Kalau terus menunggu, korang sendiri yang akan rugi. Kalau mulakan sekarang, ada lebih banyak peluang yang menanti.

Tapi, apakah strategi yang korang nak gunakan untuk capai matlamat dalam pelaburan ini?

4 strategi yang pelabur untung kaw-kaw
Ini ada 4 jenis strategi yang ramai pelabur gunakan untuk jana untung:

Strategi #1 : Konsep beli dan jual
Ini strategi yang ramai pelabur hartanah gunakan.

Cari dulu hartanah dengan harga yang berpatutan (harga murah). Kemudian, jual balik hartanah itu untuk dapatkan untung.

Ia sama dengan asas perniagaan yang biasa. Beli dengan harga murah, dan jual mahal untuk jana untung.

Ini antara contoh yang senang kita nak faham:

Cari rumah lelong yang kita mampu nak beli. Rumah lelong terkenal dengan harga yang cukup rendah, dan ia boleh dijual pada harga semasa. Cuma, korang kena cari ilmu tentang hartanah lelong dulu (termasuk cara kira CHKT) kalau nak untung dan tak nak rugi.
Beli rumah yang sedang dalam pembinaan (underconstruction). Biasanya, pemaju akan jual pada harga bawah nilai pasaran. Beli dulu, kemudian jual rumah ini bila dah siap dibina dan dapat kunci rumah.
Strategi #2 : Konsep beli, simpan, dan jual
Korang semua dah sedia maklum, yang harga hartanah akan terus meningkat dari masa ke semasa, kan?

Ini yang boleh korang buat. Cari dan beli hartanah dengan harga semasa (atau bawah harga pasaran), dan simpan dalam satu jangka masa tertentu. Kemudian, jual balik hartanah ini untuk menjana untung.

Korang boleh gunakan strategi ini. Tapi, buat kajian terlebih dulu.

Kaji kawasan hartanah yang korang beli itu ada potensi untuk naik harga atau tak. Contohnya, ada tak pembangunan baru (seperti LRT atau MRT) kat kawasan itu? Ini semua akan jadi sebab sesebuah harga hartanah meningkat.

Tak lupa juga. Korang boleh belajar ilmu CHKT. Sebab ada cukai yang kita kena bayar dalam sesebuah tempoh, bila kita nak jual balik hartanah yang dibeli.

Strategi #3 : Konsep beli, baik pulih, dan jual balik
Strategi ini sesuai kita pakai bila beli rumah lelong (atau rumah bawah nilai pasaran).

Pernah dengar tak ayat Wahid Senario ini?:

โ€œFUYOO. LUAR MACAM SETINGGAN. DALAM MACAM KONDO!โ€

Ada banyak rumah lelong yang dijual murah sebab banyak kerosakan atau terbiar tak terjaga. Tak lupa juga akibat daripada faktor bencana alam.

Korang boleh jana untung dengan beli rumah ini, baik pulih dulu kerosakan yang ada, dan jual balik dengan harga yang lebih mahal.

Strategi #4 : Konsep beli, simpan, dan dapatkan aliran tunai positif
Ini juga sebuah strategi yang paling ramai pelabur gunakan, dan ia boleh berikan untung berganda untuk jangka masa panjang.

Kita boleh beli rumah lelong (atau rumah bawah harga pasaran), kemudian kita sewakan.

Sebelum guna strategi ini, rangka dulu pelan tindakan dan kaji peningkatan harga hartanah kat kawasan rumah korang.

Dengan ini, korang akan tahu bila masa yang sesuai untuk jual hartanah itu, dan elakkan bayar CHKT yang tak patut.

Pada masa yang sama, kita akan minum air sambil menyelam. Sebab untung sewaan akan terus-menerus masuk dalam akaun bank korang setiap bulan, hingga tiba waktu korang jual hartanah itu.

Nasihat ini, wajib anda semat dalam hati
Ada banyak lagi strategi dan teknik pelaburan hatanah yang lain. Jadi, korang tak boleh ikut bulat-bulat game plan orang lain, dan orang lain p**a tak boleh ikut game plan korang.

Apa salahnya kita raikan perbezaan? Tak perlu nak cakap game plan kita bagus, dan orang lain tak.

Yang terbaik korang boleh buat, adalah menetapkan matlamat yang korang nak capai. Lain orang, dah tentu lain matlamat. Kemudian, belajar konsep, strategi, atau teknik yang bantu capai matlamat yang korang nakkan itu.

Selain itu, korang juga perlu sesuaikan ia dengan kapasiti ekonomi dan kekuatan kewangan korang sendiri.

Ya, cari ilmu dan belajar dulu. Baru korang boleh tahu nak jana untung, dan elak daripada rugi.

Pop**asi rakyat Malaysia semakin meningkat naik. Kalau tak berusaha nak beli sekurang-kurangnya sebuah hartanah, kasihan kat anak korang nanti. Persaingan dah tentu bertambah sengit pada masa depan.

Pelaburan hartanah tak sentiasa perlukan modal yang tinggi. Cukup sekadar korang tahu apa yang nak dibuat.

Kalau perniagaan lain ada potensi nak turun, hartanah p**a tak. Ia sentiasa akan meningkat pada masa depan.

Kawan sentiasa datang dan pergi dalam kehidupan kita. Jadi, mula berkawan dan ber-networking dengan orang yang berkongsi minat dan matlamat yang sama. Korang tak rugi apa-apa pun.

Orang yang beli banyak hartanah, adalah orang yang kejam?
Betul ke? Jadi, korang sanggup lagi menyewa sampai ke tua?

Bagi Tuan Amir, beliau sanggup lagi menyewa dengan tuan rumah bangsa Melayu. Kita masih ada peluang berunding dengan tentang hal berkaitan sewa rumah.

Kalau tak nak jadi penyewa sampai ke tua, mula ubah gaya hidup korang. Tambah dan jana pelbagai sumber pendapatan.

Ini tak. Asal tiba hari minggu, nak berjalan sana-sini. Habiskan duit gaji dengan beli benda yang kita tak perlu, dan akhirnya, menyesal kemudian hari.

Sementara masih muda ni, kawal perbelanjaan korang.

Kumpul duit untuk dibuat modal pelaburan hartanah, dan tangguhkan dulu kehendak korang. Berjimat cermat dalam berbelanja.

Lepas 5 tahun, keuntungan pelaburan korang tu boleh layan dan bayar kehendak korang. Kan lebih indah begitu?

โ€”

Kalau tak mulakan sekarang, sampai bila pun kita tak akan capai matlamat murni ini. Apatah lagi nak jadi kaya satu hari nanti.

Pengorbanan hari ini adalah modal untuk jana keuntungan pada masa depan.

saya harap, ilmu yang saya kongsi ini berikan manfaat berganda buat korang semua.

5 perkara tuan rumah kena tahu untuk usir penyewa bermasalahProses nak usir penyewa boleh jadi satu kerja yang berat bua...
13/08/2020

5 perkara tuan rumah kena tahu untuk usir penyewa bermasalah

Proses nak usir penyewa boleh jadi satu kerja yang berat buat seorang tuan rumah. Lagi-lagi kalau jenis yang senang emosional dan tak ada ketabahan mental.

Kalau mudah kalah dengan pujuk rayu penyewa, pelaburan korang ada potensi untuk hadapi masalah.

Tok nak kongsikan 5 tip Jeniffer Maughan ini, yang korang boleh gunakan untuk usir penyewa yang degil. Semoga ia membantu.

#1: Buat segera tanpa lengahkan masa
Kalau nak ikutkan, tak ada seorang pun nak hadap perkara ini. Tapi bila dah tak ada pilihan lain, kita terpaksa juga buat. Kalau tak, kita sendiri yang pening kepala nanti.

Ada sesetengah tuan rumah yang amalkan kaedah wait and see (tunggu dan lihat), dan menanam harapan supaya penyewa jelaskan sewa yang tertunggak dan berubah. Dan ini adalah masalah biasa yang pelabur baru buat.

Risau dan takut pasti akan cuba meracun fikiran kita. Tapi yang penting adalah cara kita atasi perasaan ini. Lagi lama kita tangguh, lagi susah nak usir. Elakkan tanam harapan palsu kat dalam minda kita sendiri.

Tuan rumah yang bijak akan jalankan proses pengusiran tanpa menangguh banyak masa. Dah sampai tarikh akhir seperti dalam notis? Terus buat tanpa tunggu lagi.

Biasanya yang amalkan sikap s**a bertangguh, mereka adalah golongan yang terpaksa hadapi kerugian. Dah banyak kes macam ini terjadi. Takkan kita nak ulang sekali lagi kan?

#2: Amalkan catit setiap perkara
Tak kira daripada notis pengusiran, hingga perbualan antara penyewa dan tuan rumah, pastikan kita rekod semua benda ini dalam satu nota khas.

Dokumentasi untuk segala perkara ini boleh jadi penyelamat si tuan rumah kemudian hari.

Kalau nak menang argumen dengan penyewa, kita kena ada bukti yang kukuh. Kalau tak ada, proses pengusiran akan jadi lebih s**ar nak dibuat. Ini belum kira lagi penyewa yang pandai manip**asi orang (yang cakap tak serupa bikin sebab nak lepaskan tekak sendiri).

Selain notis bertulis, kita boleh gunakan sebarang bentuk komunikasi yang berlaku (antara kita dan penyewa) dalam pelbagai medium yang ada. Ini termasuk emel, mesej (kat WhatsApp dan sebagainya), hingga ke perbualan telefon.

Catit dan buat nota ringkas setiap perbualan yang terjadi, sekali dengan masa dan tarikh ia berlaku. Korang boleh gunakan segala bukti ini kat mahkamah nanti (kalau-kalau terjadi kes yang berat).

#3: Ambil tahu segala langkah dan prosedur mengikut undang-undang
Semua negara ada undang-undang tersendiri. Ini termasuk bab hartanah, dan nak usir penyewa pun, ada undang-undang dan prosedur yang kita kena ikut.

Langkah pertama adalah kenal pasti dan fahamkan setiap isi kandungan perkara ini. Bila faham, lagi senang kita nak buat dan ambil tindakan yang sepatutnya.

Tetapkan satu deadline yang munasabah untuk selesaikan perkara ini secepat mungkin. Lagi cepat kita buat, lagi cepat penyewa degil itu dapat diusir dan bagi masalah kat kita.

#4: Dapatkan bantuan peguam yang ohsem
Jelas lagi nyata, peguam adalah pakar dalam bidang undang-undang. Dengan dapatkan bantuan mereka, lebih senang nak jalankan proses pengusiran penyewa tanpa sebarang (atau sikit) masalah.

Kongsikan segala maklumat terkini secara telus dan terperinci dengan peguam yang uruskan proses ini. Tak ada orang yang s**a turun naik mahkamah, dan selagi boleh, orang yang keras hati dan kepala pun akan elak perkara ni daripada berlaku.

Strategi yang terbaik adalah gunakan perundangan untuk menepis golongan seperti ini daripada menjadi raja. Kalau terbukti salah, hukuman mahkamah akan jatuh kat penyewa yang bermasalah ini.

#5: Sabar itu separuh daripada iman
Tok tak cakap p**a proses ini senang kita nak buat. Yang terbaik, latih diri untuk terus bersabar hadapi dan uruskan penyewa yang perangai tak semenggah ini.

Setiap tuan rumah sentiasa terdedah untuk bertembung dengan golongan ini, dan ia satu perkara yang diluar kawalan kita. Mula-mula nak menyewa, pijak semut pun tak mati. Dah mula menyewa, buat kita p**a sakit hati.

Jadi, ajar diri untuk bertabah dan elakkan buat perkara yang tak patut. Tok faham, sabar korang pun ada hadnya. Tapi, lebih baik korang bermain dalam bab undang-undang. Lagi hensem dan efektif gitu.

โ€”

Dunia ni, macam-macam perangai ada. Nak tak nak, kita kena hadap juga. Sebab kita tak mampu nak elak semua masalah.

Tapi, tak usah korang risau. Itu sebab korang baca segala ilmu dalam blog ini kan? In Shaa Allah, ia dapat membantu korang uruskan segala masalah dengan cemerlang.

Bagi Tok, masalah yang terjadi akan buatkan kita lebih pandai dan matang. Failure is always the best teacher. Setuju?

โ€œAnak muda, baca 20 nasihat ini kalau nak beli kereta dulu sebelum rumahโ€ โ€“ HarithMungkin ramai yang rasa susah nak buat...
12/08/2020

โ€œAnak muda, baca 20 nasihat ini kalau nak beli kereta dulu sebelum rumahโ€ โ€“ Harith

Mungkin ramai yang rasa susah nak buat keputusan muktamad, sama ada nak beli kereta atau rumah dulu.

Dilema ni dah lama menghantui rata-rata orang, lebih-lebih lagi anak muda yang baru dapat kerja.

Dah lama belajar, akhirnya graduate dan dapat kerja. Bila lagi masa terbaik nak beli kereta, kan?

Dulu, Tok pun fikir sama macam korang masa lepas graduate dulu.

Tapi lepas cari ilmu dan belajar dengan ramai otai, baru Tok faham kenapa orang muda patut mula beli rumah seawal yang mungkin.

Dan buat korang yang masih belum buat keputusan sama ada nak beli rumah atau kereta dulu, jemput hadamkan perkongsian ilmu Tuan Harith Faisal yang awesome ni.

Betul ke anda mampu tanggung sebiji kereta?
1. Walaupun beli rumah dulu satu perkara yang bagus, tak semestinya keputusan tu bagus untuk semua orang.

Tak boleh la nak kata kita betul, dan orang yang beli kereta tu, salah. Lain orang, lain keupayaan dan kehendak yang mereka nak capai, kan?

2. Dah memang mak bapak dia paksa beli. Kalau tak beli, akan dicop anak derhaka. Jadi, budak tu kena la beli jugak.

Cuba amalkan berfikir secara positif. Mungkin mak bapak dia kesian dan risau keselamatan anak dia tu. Lebih-lebih lagi kalau perempuan.

3. Mungkin juga sebab kat tempat kerja korang tu, takde servis Grab, Uber, atau sebarang pengangkutan awam yang lain. Jadi nak tak nak, memang kena beli kereta jugak.

Takkan nak keluar berjalan kaki dari rumah untuk ke tempat kerja? Memang confirm basah ketiak. Memang korang tak nampak handsome dan hot la kalau macam tu.

4. Kalau korang terkena situasi macam ni, relax. Korang masih lagi boleh beli rumah bila dah beli kereta.

Tapi, tengok jugak kereta apa yang korang beli, berapa takat gaji semasa korang, dan jugak rumah yang korang berimpian nak beli.

5. Saya ambil contoh gaji RM2,500 untuk fresh graduate yang baru mula bekerja.

Siapa yang baru dapat kerja dan dapat gaji macam ni, boleh kira beruntung. Boleh cakap, gaji tu kira tinggi jugak la. Sekarang ni, orang yang graduate level degree pun susah nak cecah RM2,000.

Beli apa yang anda mampu, bukan yang anda mahu
6. Katakan, bank benarkan maksimum DSR 50%. Bermakna, komitmen bulanan korang tak boleh lebih daripada :

RM2,500 X 50% =
RM1,250
Kalau korang pilih untuk beli kereta seperti Perodua Axia atau Proton Saga, anggaran ansuran bulanan yang korang kena bayar adalah sebanyak RM400.

Berapa baki yang tinggal bila jelaskan ansuran bulanan kereta korang tu? :

RM1,250 โ€“ RM400 =
RM850
7. Kalau ikutkan kiraan atas tadi, korang sebenarnya masih mampu untuk membeli rumah yang harganya sekitar RM188,000, dengan pembiayaan bank sebanyak 90%.

Tapi kalau korang cuba-cuba nak beli kondo mewah yang terletak sebelah KLCC, memang tak lepas la. Haha!

8. Satu kebaikan yang korang susah dapat dengan pembelian kereta tu adalah rekod CCRIS.

Bank susah nak luluskan permohonan loan rumah kalau korang tak pernah ada rekod meminjam dengan bank. Siapa yang tak pernah buat loan tu, sila take note.

9. Cara lain untuk korang cipta rekod CCRIS adalah dengan membuat ASB Financing.

Dan satu lagi, dengan apply kad kredit. Cara ni mungkin bahaya untuk orang yang berbelanja tak ingat dunia. Tapi kalau korang jenis yang berhemat, boleh cuba cara yang ini.

10. Fresh graduate la katakan. Tengah takde sebarang komitmen yang berat lagi. Baru nak kenal duniawi ni macam mana.

Bank p**ak, belum kenal korang ni siapa. Entah-entah, korang tergolong dalam jenis keturunan tak reti nak bayar hutang.

Apa punca bank tak bagi lepas loan rumah anda?
11. Dan atas sebab ni, bank nak tengok dulu perangai membayar hutang korang tu.

Kalau korang bayar ansuran kereta cantik (tak pernah lopong), bank takde sebab untuk pinjamkan korang duit untuk beli rumah. Faham tak?

12. Eh, bukan takat tu je bank nak tengok kat korang.

Korang ingat, bank senang-senang nak bagi pinjam duit kat korang? Ini bukan komitmen yang kecil anak. Dah la komitmen untuk loan rumah makan masa yang lama (35 tahun).

Kalau kereta yang takat 9 tahun tu, boleh cerita lagi. Sebab tu, ramai orang tak s**a beli rumah. Sebab memang korang kena hadap dan prepare macam-macam, agak leceh.

13. Beli kereta, tak payah letak down payment pun boleh je. Sebab tu, ramai fresh graduate pilih untuk beli kereta dulu.

Nak beli rumah? Nampak macam jauh sangat perjalanan, kabur dan samar-samar.

14. Nak beli rumah, simpanan kena konsisten. Setiap bulan, korang kena simpan lebih daripada amaun asnuran bulanan bakal rumah korang tu.

Nak beli rumah yang ansuran bulanan RM850, korang simpan la RM1,000.

15. Dah pakai kereta, korang kena sediakan diri untuk tanggung kos yang tinggi. Korang bukan takat kena bayar ansuran bulanan je tau.

Silap-silap, total yang korang kena tanggung bila pakai kereta boleh cecah hingga RM800. Dengan tol, minyak, parking semua tu.

Tukar liabiliti menjadi aset (yang buat duit untuk kita)?
16. Tapi kalau korang bijak dan rajin, korang boleh je buat side income dengan gunakan kereta tu.

Uber atau Grab, korang boleh buat masa hujung minggu. Dapat sebulan RM800 pun dah kira okay. Daripada liabiliti, kereta tu boleh ditukar menjadi aset.

17. Tak pun, korang buat bisnes online. Korang boleh gunakan kereta tu untuk angkut stok barangan bisnes, pergi hantar tempahan kat PosLaju, dan macam-macam lagi.

Baru la korang rasa tak rugi dan berbaloi pakai kereta tu. Banyak jasa dia kat korang, kan? Ye la, bantu korang cari rezeki yang halalan toyyiban.

18. Semua orang ada gaya hidup dan kehendak nafsu yang nak dituruti. Tak yang betul atau salah.

Beli kereta dulu, tak salah. Dan beli rumah dulu pun, bukan 100% tindakan yang paling betul.

19. Hakikatnya, ramai je yang dah beli kereta dulu dan masih mampu beli rumah lepas tu. Tapi biasanya, lambat sikit nak beli rumah kalau dah โ€˜terbeliโ€™ kereta dulu.

Bagi yang berkahwin p**ak, banyak lagi yang korang kena fikir. Makan minum anak bini, pastikan cukup dulu. Ini tanggungjawab utama yang korang kena jaga.

20. Sehabis boleh, elak beli kereta mahal kalau korang belum pernah beli rumah.

Kalau gaji besar, takde hal. Tapi yang gaji ciput tu, apa cerita? Kenapa kena menggatal nak pakai kereta mahal?

Gigih sangat nak pakai kereta mahal, tapi tak beli rumah lagi walaupun dah kerja selama 10 tahun. Haha!

โ€“ HF

โ€”

Mungkin korang tak rasa masalah akan timbul masa baru-baru dapat kereta. Tak pelik kalau korang boleh tersenyum lebar selama sebulan.

Tapi, muka korang pasti akan berubah kalau korang tak kawal kewangan korang dengan baik. Silap-silap, kereta tu p**ak yang makan tuan.

Kan lebih elok gunakan bajet untuk bayar ansuran bulanan tu, untuk jana lebih banyak pendapatan pada masa depan?

Tip jadi tuan rumah yang ohsem supaya penyewa sayang sampai bila-bila (dan buat untung pada masa yang sama)Dah jadi tang...
12/08/2020

Tip jadi tuan rumah yang ohsem supaya penyewa sayang sampai bila-bila (dan buat untung pada masa yang sama)

Dah jadi tanggungjawab seorang tuan rumah untuk menjaga dan melindungi aset korang tu.

Tapi, tak bermakna semua tuan rumah jenis โ€œkapitalisโ€ semata-mata. Ramai yang ingat tuan rumah adalah jenis manusia yang tahu nak kaut untung sewa je.

Tak semua macam tu. Ada je yang Tok kenal baik sangat melayan penyewa.

Dan kalau penyewa korang tu tak pernah buat masalah besar, tak rugi berbuat baik dengan mereka. Sebab korang sendiri yang akan untung nanti.

Nak jadi tuan rumah yang penyewa sayang sambil buat untung? Jom hadamkan perkongsian Sterling White yang Tok baca kat blog BiggerPockets ni.

Tip #1: Jadi proaktif dalam hal penyelenggaraan rumah
Kadang-kala, tindakan kecil kita akan berikan impak yang besar dekat mata penyewa.

Bila penyewa buat aduan untuk sebarang kerosakan kat rumah tu, buat dengan kadar segera. Tak guna pun menangguh kerja, sebab nak tak nak kena buat juga nanti.

Dan korang sendiri tahu. Kalau buat awal-awal, dah tentu boleh jimatkan banyak kos lain seperti masa dan juga tenaga. Setuju?

Tindakan segera korang akan menanam tanggapan, yang korang betul-betul serius nak bekalkan tempat tinggal yang berkualiti tinggi untuk mereka.

Bagitahu Tok. Siapa yang tak s**a dapat tuan rumah yang ohsem macam ni?

Tip #2: Ingat tarikh istimewa buat mereka
Tok cadangkan korang buat nota supaya tak terlupa tarikh istimewa buat penyewa korang.

Bila tiba tarikh yang istimewa buat mereka seperti hari jadi atau ulangtahun perkahwinan, ringankan tangan memberi hadiah, atau sekadar kad ucapan beserta kata-kata yang sweet.

Mungkin bagi sesetengah orang (penyewa), boleh jadi ini satu-satunya wish yang mereka dapat dalam hidup mereka. Tak semua orang bernasib baik, kan?

Tak rugi korang buat tip ni. Lagi-lagi kalau penyewa yang dah berkahwin.

Boleh je belanja pasangan itu tengok wayang atau sebagainya. Ingat tau. Lebih erat hubungan sesama mereka, lebih cerah peluang untuk mereka terus kekal menyewa dengan korang.

Tip #3: Amalkan sikap bertolak-ansur
Masalah tak pernah kenal erti masa.

Dan kalau kita tengah ada masalah pun, kita berharap orang lain boleh faham situasi kita, betul?

Sama juga dengan penyewa. Mungkin ada ahli keluarga mereka yang tengah sakit, hilang sumber pendapatan (kena buang kerja), atau lain-lain kecemasan.

Dan bila-bila yang korang mampu, bertolak-ansur dengan mereka. Tak rugi pun panjangkan tempoh masa bayar duit sewa kalau mereka benar-benar terdesak.

Tindakan seperti ini boleh berikan kesan positif yang berpanjangan untuk korang.

Nota: Cuma, korang kena berjaga-jaga. Ada sesetengah penyewa yang akan ambil kesempatan dengan niat baik korang tu.
Tip #4: Pulangkan deposit cepat-cepat
Majoriti penyewa bergantung dekat deposit mereka bila nak berpindah kat rumah lain.

Dan ini jadi masalah bila mereka berdepan dengan tuan rumah yang โ€œperangaiโ€ (jenis yang mencari alasan untuk tak p**angkan balik duit deposit).

Tak elok buat macam tu. Baik p**angkan duit deposit tu supaya dapat kekalkan nama bersih korang sebagai tuan rumah yang hensem dan ohsem.

Jangan pandang rendah dengan kuasa word mouth. Kalau korang nak tahu, ini satu โ€œsenjataโ€ yang dah lama bertapak dalam dunia pemasaran. Dan ia salah satu alat marketing yang sangat efektif tau.

Kalau prospek lain tahu korang ada perangai macam ni, boleh jadi susah nak dapat penyewa lepas ni. Malaysia ni kecik je. Pusing-pusing, kat situ juga.

Lagi-lagi dengan media sosial yang sedia ada sekarang. Senang-senang je nama korang buruk nanti.

Usulkan cek pada hari mereka nak berpindah (dan pastikan sebelum tu, rumah korang dalam keadaan yang baik dan tak ada sebarang kerosakan).

Tip #5: Tawarkan diskaun dekat kawan-kawan atau keluarga bekas penyewa
Tip ni berkait dengan tip sebelum ni (tip #4).

Ada penyewa yang nak berpindah, yang akan salurkan penyewa baru kat korang (akibat jadi tuan rumah yang ohsem selama mereka menyewa dengan korang).

Bila jadi macam ni, tak rugi bagi diskaun dekat penyewa baru tu. Mungkin diskaun berupa kos moving-in yang lebih rendah, atau lain-lain mengikut kapasiti masing-masing.

Dan buat bekas penyewa p**a, boleh kita bagi referral fee atau finderโ€™s fee, atas usaha mereka berikan korang penyewa baru.

Senang kerja korang. Tak payah gunakan banyak masa untuk cari penyewa baru.

Tok yakin ramai orang pernah dengar ayat ni:

โ€œKalau kita mudahkan urusan orang lain, tentu Allah S.W.T akan mudahkan urusan kita sebagai balasan.โ€

Tip #6: Tawarkan dekat penyewa untuk beli rumah kita
Kalau penyewa korang nak berhenti menyewa sebab nak beli rumah, apa kata tawarkan rumah korang untuk mereka beli?

Korang masih boleh buat perjanjian yang win-win dengan mereka. Di samping memberi mereka peluang untuk menjalankan kehidupan baru sebagai seorang tuan rumah p**a.

Untung-untung, korang boleh jimatkan banyak kos seperti kos bayar ejen dan sebagainya. Kalau pembeli dah ada depan mata, kan bertambah senang kerja kita?

Dan mana tahu rezeki korang kat situ. Belum cuba, belum tahu.

Dah tentu ini bergantung kat portfolio pelaburan hartanah korang. Tak logik p**a kalau nak jual rumah kalau ada seunit saja. Kalau ada banyak, baru buat tip ini ya.

Tip #7: Kongsikan ilmu pelaburan hartanah dengan mereka
Korang sendiri dah tahu pasal kelebihan pelaburan hartanah.

Dan tak salah kongsikan ilmu berguna ini dekat penyewa korang. Mana tahu, satu hari nanti korang boleh berurusan bersama-sama dalam pelaburan ini.

Bertambah-tambah senarai networking korang. Tambahan p**a, korang dah kenal antara satu sama lain. Kan bagus macam tu?

Bila berkongsi ilmu yang baik, tak mustahil rezeki korang akan bertambah lagi pada masa depan.

Cuma, pastikan penyewa tak buat sublet unit korang tu. Itu makan tuan namanya. Haha.

โ€”

Tak semua tuan rumah bernasib baik dapat penyewa yang berkualiti. Kalau jenis yang ketegaq nauzubillah tu, buang karan je layan baik-baik.

Yang penting, tahu batas dalam setiap perbuatan dan tindakan yang korang ambil. Elakkan jadi terlampau baik hati yang akhirnya memakan diri sendiri.

Bila dapat yang baik tu, hargai mereka sebaik mungkin. Sebab itu salah satu rezeki yang Allah S.W.T bagi kat kita.

โ€œSelain harga, ini 5 perkara saya tengok sebelum beli rumah untuk keluargaโ€ Banyak benda yang nak kena fikir bila nak be...
12/08/2020

โ€œSelain harga, ini 5 perkara saya tengok sebelum beli rumah untuk keluargaโ€

Banyak benda yang nak kena fikir bila nak beli rumah untuk duduk sendiri bersama keluarga.

Daripada sekolah hingga ke pusat membeli-belah, semua ini termasuk sebagai perkara yang akan dikaji oleh pembeli.

Yang penting, rumah tu mesti lengkap dan ada pelbagai kemudahan, dan juga suasana yang harmoni untuk besarkan anak-anak.

Mungkin bagi yang pertama kali nak beli rumah, korang tak tau kat mana nak mula.

Jangan risau. Kalau korang serius nak tau, jemput hadamkan 5 perkara yang wajib korang kaji ini sekarang.

#1 : Apa yang paling penting untuk anda tengok dan kaji?
Boleh kata, ini adalah soalan yang rata-rata pembeli akan tanya dulu sebelum buat keputusan membeli.

Korang boleh tanya diri sendiri dengan soalan ni:

โ€œKorang nak ke duduk dekat tempat yang selalu berlaku kes rompak, atau yang kejadian jenayah lain yang kerap berlaku?โ€

Tujuan utama rumah kediaman, adalah sebagai tempat perlindungan daripada panas, hujan, dan bahaya dunia luar untuk korang sekeluarga.

Jadi, apa guna kalau korang sendiri rasa tak selamat untuk tinggal dekat situ?

#2 : Berapa banyak ruang parking yang ada untuk satu rumah?
Kalau korang beli rumah landed, mungkin pada mulanya, ini takkan jadi masalah buat korang.

Tapi kalau dah lama sikit, lagi-lagi untuk pasangan suami isteri yang dua-duanya bekerja dan mempunyai keluarga yang besar, isu parking akan menjadi faktor yang penting yang korang akan fikirkan bila nak beli rumah.

Sesetengah pemaju sedia maklum dengan keperluan ni dan akan sediakan lebih daripada satu parking lot, dan sesetengah lagi (mungkin) akan ambil kesempatan dengan menjual ruang parking lebihan pada harga yang tertentu.

Apapun di zaman yang serba serbi memerlukan kenderaan ini, parking adalah faktor penting yang kita akan tengok.

#3 : JMB (Joint Management Body)
Bagi mereka yang tak biasa dengan rumah strata, JMB ni adalah Joint Management Body, satu badan yang dipertanggungjawabkan untuk jaga kawasan tempat tinggal dan persekitarannya.

Kenapa pentingnya melihat kepada JMB ni?

Sebabnya, JMB yang aktif akan menyumbang kepada persekitaran dan keadaan rumah yang terjaga dan terurus pada masa sekarang dan ke depan.

#4 : Kepadatan penduduk
Orang kata lags ramai lagi meriah kan? Kalau daripada segi pemilihan rumah terutamanya bagi yang berkeluarga, kalau terlalu ramai akan nampak sesak dan sibuk.

Terutamanya dalam kawasan bandar, susah untuk kita kenal semua orang yang tinggal berdekatan dengan kita.

Kepadatan yang tinggi juga menyumbang kepada masalah lain seperti trafik yang teruk, lebih-lebih laga bagi kawasan yang tiada akses kepada kemudahan awam.

Tapi, jaga-jaga. Kepadatan penduduk yang rendag juga ada keburukannya, antaranya bila skiรขt, kena akan kana boyar maintenance fi yang lebih mahal.

#5: Kemudahan fasiliti yang ada berdekatan
Bagi yang ada anak kecik, faktor seperti nurseri dan tadika adalah faktor terbesar dalam menentukan pemilihan rumah.

Tapi bukan itu je kemudahan yang diambil kira. Kemudahan lain seperti surau, tempat permainan, dan taman rekreasi boleh menjadi โ€˜pemanisโ€™ dalam pemilihan sesebuah rumah.

Dan kalau korang beli rumah kategori subsale, pastikan korang check betul-betul setiap inci ruang yang ada dalam unit yang korang nak beli tu. Tengok kalau ada sebarang kerosakan.

Antara soalan yang korang boleh jawab adalah :

Adakah unit tu diselenggara dengan baik?
Adakah unit tu lengkap dengan kemudahan yang baik?
Ada ke sebarang kerosakan yang ada kat dalam unit tu?
Siapa yang s**a bayar duit maintenance, tapi keadaan rumah atau kawasan rumah tak dijaga dengan baik?

โ€”

Beli rumah untuk duduk sendiri, memang tak sama macam nak beli rumah untuk tujuan pelaburan.

Banyak benda yang korang kena ambil kira dan kaji dulu. Ini memang Tok tak nafikan.

Tak guna jugak kalau korang sekeluarga sendiri rasa tak selamat bila menghuni rumah tu. Jadi, pastikan korang kaji betul-betul faktor paling penting ni sebelum apa-apa hal.

Address

Ipoh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah dapat & Hutang selesai - Tentera ONLY posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share