House For Sale Ipoh, Perak.

House For Sale Ipoh, Perak. All about property

23/11/2025
30/10/2025

Duit Sewa Masuk Macam Air. Tapi Bila Surat LHDN Datang, Baru Tahu Air Tu Boleh Bawa Banjir 😂

Setiap bulan akaun bank bunyi “duit masuk”.
RM1,500. RM1,500. RM1,500.

Rasa lega. Rasa bijak sebab rumah yang dulu pening nak bayar, sekarang orang lain bayarkan.

Tapi satu pagi, datang surat putih.
Logo LHDN besar atas kiri.

Zafran buka perlahan, jantung laju macam baru dapat saman.

“Notis Taksiran Pendapatan Sewa.”

Dia gelak kecil. “Eh, sewa pun kena cukai ke?”

Ramai yang sama macam Zafran.

Ingat cukai ni untuk orang makan gaji je.
Padahal ikut Akta Cukai Pendapatan 1967, Perenggan 4(d), hasil sewa pun dikira pendapatan boleh cukai.

Maksudnya, kalau rumah kau disewakan, tak kisah satu unit atau lima, pendapatan tu wajib dilapor masa isi e-Filing.

Tapi jangan panik.

Bukan semua duit sewa tu kena cukai.
Yang dikira cuma untung bersih selepas tolak semua kos yang dibenarkan.

Contohnya:
• Cukai pintu dan cukai tanah
• Faedah pinjaman rumah (bahagian faedah je)
• Insurans kebakaran
• Kos pembaikan biasa (contoh tukar paip, baiki wiring, cat semula)
• Yuran pengurusan dan ejen cari penyewa
• Kos renew perjanjian sewa

Kalau setahun kau dapat RM18,000, tapi kos semua tu RM8,000, yang LHDN akan kira cuma RM10,000.

Dan kadar cukai ikut kadar individu progresif, 0% hingga 30% bergantung pendapatan tahunan.

Kalau rumah tu p**a kau urus macam homestay, ada check in check out, tukar cadar, bersihkan setiap minggu, itu dah kira pendapatan perniagaan di bawah Perenggan 4(a).

Dan cara kira dia lain.

Ramai juga silap bab ni, renovation besar macam tambah dapur, tukar jubin, bina pagar semua tu tak boleh tolak.

Itu “penambahbaikan”, bukan “pembaikan”.

Satu lagi yang ramai tak tahu, kalau rumah masih kosong, belum disewa, semua kos masa tu tak boleh dituntut.

Hanya kos selepas ada penyewa baru boleh kira. 😂😂😂

Dan kalau fikir nak sembunyikan sebab “rumah tu atas nama sendiri je”, hati-hati.

LHDN boleh kesan daripada perjanjian sewa yang dimatikan setem, rekod cukai pintu, dan laporan ejen hartanah berdaftar.

Kalau kantoi tak lapor, boleh kena penalti sampai 45% daripada cukai tertunggak. Menangis di bucu katil laaa !

Sewa rumah memang nampak senang.
Tapi bila tak faham undang-undang, benda kecil boleh jadi beban besar.

Cukai ni bukan nak menghukum.

Dia cuma nak ambil bahagian yang adil (entah la adil ke tak, hehehe)

Kalau kita kira betul dan lapor betul, tak ada apa nak takut.

Zafran senyum lepas tu.
Dia buka laptop, isi e-Filing dengan tenang. Kopi brand SOL El Salvador pun masih panas.

Kalau kau pun tengah sewakan rumah,
fahamkan cerita ni betul-betul.

Jangan tunggu “hantu cukai” datang baru nak buka fail lama.

Ilmu kecil ni boleh selamatkan ribu ringgit dan bila malam boleh tidur lena.

ps : kalau bermanfaat, jemput follow untuk dapat info2 best lagi.

💬 Ramai fikir Bajet 2026 ni cuma angka dan ucapan panjang di Parlimen.Tapi kalau tengok betul-betul, ada berita baik bes...
11/10/2025

💬 Ramai fikir Bajet 2026 ni cuma angka dan ucapan panjang di Parlimen.
Tapi kalau tengok betul-betul, ada berita baik besar untuk rakyat —
terutamanya yang masih menyewa atau baru nak bina kehidupan sendiri. 🏠✨

Scroll sikit… sebab ni memang peluang yang ramai tak sedar 👇

💡 1️⃣ Rumah Pertama – Bebas Duti Setem Hingga 2027!
Rumah bawah RM500,000 tak perlu bayar duti setem.
Kalau rumah RM400,000, jimat sampai RM7,000–RM8,000! 💰
➡️ Maksudnya, dua tahun ke depan ni masa terbaik nak beli rumah pertama.

💡 2️⃣ Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) Diperluas!
Dulu, kerja sendiri susah nak dapat pinjaman sebab tiada slip gaji tetap.
Sekarang kerajaan sedia jamin pinjaman untuk:
👷‍♂️ Pekerja gig
🛍️ Peniaga kecil
💻 Freelancer

Kalau anda dalam golongan ni — peluang dah terbuka luas! 🙌

💡 3️⃣ Rumah Mampu Milik Diperbanyak!
Kerajaan terus fokus bantu B40 & M40 melalui PR1MA, SPNB & PPA1M.
Rumah akan dibina di lokasi strategik, jadi tak perlu lagi pilih antara “jauh tapi murah” atau “dekat tapi mahal”. 🏘️

💡 4️⃣ Model ‘Build-Then-Sell’ Diperkenal Semula!
Pemaju kena siapkan sebahagian besar projek sebelum boleh jual.
Tujuannya — nak elak projek terbengkalai.
🏗️ Tak ada lagi kisah rumah separuh siap yang tersadai bertahun-tahun.

💡 5️⃣ Bahan Binaan Dikecualikan SST!
Kos bahan binaan turun = harga rumah lebih terkawal.
Pemaju tak perlu naikkan harga, pembeli pun lega. 😄

💡 6️⃣ Had Pinjaman LPPSA Dinaikkan ke RM1 Juta!
🎉 Khas untuk penjawat awam.
Sekarang boleh beli rumah kedua tanpa perlu selesaikan pinjaman lama,
asalkan jumlah keseluruhan tak lebih RM1 juta.
Pilihan makin luas, rumah makin selesa.

🔥 Kesimp**an:
Bajet kali ni bukan sekadar angka, tapi mesej jelas:
➡️ “Kerajaan nak kembalikan keyakinan rakyat untuk miliki rumah sendiri.”

Bukan saja bantu beli, tapi pastikan rumah siap, harga stabil, dan semua golongan ada peluang.

🏡 Mungkin inilah masa terbaik untuk mula bina kehidupan sendiri.

Harga simen turun, harga rumah turut turun ke?
19/04/2023

Harga simen turun, harga rumah turut turun ke?

28/02/2022

IPOH - Tiga daerah luar bandar di negeri ini bakal menikmati akses jalur lebar gentian optik baharu pada tahun ini menerusi Inisiatif Jalinan Digital Negara (Jendela).

28/02/2022

IPOH – Ipoh menjadi tempat pilihan untuk didiami mendahului empat lagi lokasi di Malaysia apabila merekodkan jumlah pembelian rumah tertinggi tahun lalu. Data transaksi kediaman PropertyGuru DataSense menunjukkan sebanyak 527 transaksi dengan harga median RM296,00. Empat lokasi lain ialah Klang se...

Address

Ipoh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when House For Sale Ipoh, Perak. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share