01/05/2024
Badan Pengurusan Bersama Menara Teega mengambil inisiatif untuk meningkatkan kadar penjimatan bil bulanan elektrik melalui projek penambahan panel solar di Teega Puteri Harbour. Berdasarkan pengalaman projek panel solar yang dilakukan sebelum ini, telah menunjukkan kadar penjimatan bil bulanan elektrik yang sangat memberangsangkan. Hal ini dapat dirujuk, melalui bil elektrik bulan Januari 2024 yang dikenakan sebanyak RM 34,121.08 manakala bil elektrik pada bulan Mac 2024 adalah sebanyak RM32,570.43, dimana penjimatan berlaku sebanyak RM 1,550.65. Jumlah tenaga yang diperolehi pada 26/03/2024 adalah sebanyak 202.00kWh manakala jumlah tenaga pada bulan Mac adalah sebanyak 4.81 MWh. Badan Pengurusan Bersama Menara Teega bercadang akan menjalankan projek penambahan infrastruktur panel solar sebanyak 70 keping. Pemasangan panel solar ini, telah memberikan banyak manfaat kepada komuniti serta alam sekitar sebagai salah satu tenaga alternatif terutamanya dari aspek mengurangkan kos perbelanjaan bil bulanan elektrik.