24/10/2025
Kisah loan SJKP..
Sebenarnya sepanjang saya jadi ejen hartanah, saya jarang jual rumah high end atau rumah yang mahal mahal. Client saya pon banyak yang dari golongan B40.
Ramai yang rasa mustahil nak beli rumah sebab kerja sendiri. Tak ada slip gaji, akaun bank pun kejap masuk kejap keluar. Income tax p**a tak declare.
Ada yang kerja tapi bos tak carum kwsp. Ada juga yang carum kwsp tapi gaji dapat cash dan macam macam kisah lagi.
Terus rasa… “confirm bank tak lulus.”
Tapi tahu tak?
Ramai client saya yang berjaya beli rumah guna loan SJKP ni.
Ada yang joint loan suami isteri, ada yang buat atas nama seorang sahaja.
Skim ni khas untuk orang yang:
- Buat Grab, Foodpanda, Lalamove (ada payment voucher, gaji masuk bank)
- Berniaga kecil-kecilan (ada ssm, ada akaun bank yang aktif -better akaun company)
- Freelance, part-timer, kerja sendiri
Tak ada slip gaji pun boleh apply sebab kerajaan jamin pinjaman ni melalui SJKP.
Bank pun lebih yakin nak luluskan.
Antara kelebihan Skim SJKP ni:
✅ Pinjaman sampai 100% (tak perlu bayar deposit!)
✅ Kadar faedah kompetitif macam loan biasa
✅ Boleh mohon untuk rumah pertama
✅ Dan yang best, bantu golongan B40 & M40 capai impian ada rumah sendiri
Kalau selama ni rasa kerja sendiri tak layak beli rumah — jangan risau, ubah mindset tu sekarang.
Yang penting, tahu jalan dan sedia dokumen yang betul.
Dah boleh pelan pelan start bina profile yang bagus.
Saya dah bantu ramai klien guna skim ni dan benda ni proven.
Cuma kena tahu syarat dan bank mana yang sesuai dengan profile kita.
Amm
017-254 3437
- Nilai Harta