20/10/2020
𝙍𝙐𝙈𝘼𝙃 𝘾𝙊𝙉𝙎𝙀𝙉𝙏
Sudah bertekad untuk membeli rumah idaman? Tertarik dengan keadaan rumah, susun atur rumah dan lokasi yang ditawarkan. Earnest Deposit juga dah disediakan.
Tahukah anda, mengenai status rumah tersebut sama ada ianya 𝐹𝑟𝑒𝑒ℎ𝑜𝑙𝑑, 𝐿𝑒𝑎𝑠𝑒ℎ𝑜𝑙𝑑, 𝑅𝑒𝑧𝑎𝑏 𝑀𝑒𝑙𝑎𝑦𝑢 atau sebagainya?
Ini kerana ianya berkait rapat dengan consent (Kebenaran) dalam urusan jual beli rumah dan hartanah. Ia juga memberi kesan terhadap tempoh masa (timeline) penjualan hartanah dari awal sehingga selesai.
Jika hartanah tersebut berstatus Leasehold (pajakan), ada satu ketetapan yang biasa kita baca ada pada geran iaitu;
"𝑇𝑎𝑛𝑎ℎ 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑏𝑒𝑟𝑖 𝑚𝑖𝑙𝑖𝑘 𝑖𝑛𝑖 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑏𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑑𝑖𝑝𝑖𝑛𝑑𝑎ℎ 𝑚𝑖𝑙𝑖𝑘, 𝑑𝑖𝑝𝑎𝑗𝑎𝑘 𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑑𝑖𝑔𝑎𝑑𝑎𝑖 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑖𝑛𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑏𝑒𝑛𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑃𝑖ℎ𝑎𝑘 𝐵𝑒𝑟𝑘𝑢𝑎𝑠𝑎 𝑁𝑒𝑔𝑒𝑟𝑖"
Jelaslah ketetapan yang perlu dilalui untuk sebuah hartanah yang mempunyai sekatan kepentingan perlu mendapatkan consent bagi segala proses pindahmilik, gadaian dan pajakan. Hanya dengan consent yang diperolehi setelah memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri atau Pihak Pejabat Tanah membolehkan urusan-urusan penjualan rumah dan hartanah tersebut boleh diteruskan.
Dalam proses jual beli hartanah yang mempunyai sekatan, dua jenis consent (kebenaran) dalam urusan jual beli rumah dan hartanah yang biasanya diperlukan adalah:-
1. 𝐂𝐨𝐧𝐬𝐞𝐧𝐭 𝐭𝐨 𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐟𝐞𝐫 (𝐊𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤)
Consent to Transfer - bermaksud kebenaran pindahmilik suatu hartanah dari satu pihak kepada pihak yang lain. Dalam proses jual beli rumah, kedua-dua pihak ini merujuk kepada penjual dan pembeli. Proses ini biasanya diselesaikan oleh pihak peguam yang dilantik. Apabila permohonan diluluskan, satu blanket consent akan dikeluarkan bagi meneruskan proses urusan transaksi.
Kebiasaannya, proses permohonan Kebenaran Pindahmilik ini memakan masa lebih kurang 3 bulan atau 6 bulan dari tarikh pihak peguam menghantar permohonan. 3 bulan di Pejabat Tanah & 3 bulan jika melibatkan Pejabat SUK Perumahan. Boleh jadi juga proses tersebut memakan masa yang lebih lama terutama melibatkan urusan pertukaran status tanah dari pegangan bumiputera kepada bukan bumiputera.
Untuk mempercepatkan proses, adalah disarankan supaya, penjual dan pemilik bumiputera menjual rumah atau hartanah mereka kepada bumiputera sahaja untuk mengelakkan sebarang kesukaran dalam urusan penjualan.
2. 𝐂𝐨𝐧𝐬𝐞𝐧𝐭 𝐭𝐨 𝐂𝐡𝐚𝐫𝐠𝐞 (𝐊𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐆𝐚𝐝𝐚𝐢𝐚𝐧)
Consent to Charge p**a bermaksud kebenaran gadaian. Gadaian ini adalah bagi transaksi jual beli rumah yang menggunakan pembiayaan atau pinjaman bank atau kerajaan. Gadaian ini adalah bagi memelihara hak dan kepentingan pihak pemberi pinjaman/pembiayaan iaitu bank atau kerajaan (LPPSA) agar wang yang telah mereka keluarkan dapat diperolehi semula dengan jadual pembayaran yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Pinjaman.
Dalam ertikata lain, pihak pemberi pinjaman akan memasukkan nama mereka dalam geran sedia ada dan mempunyai hak untuk melakukan apa sahaja apabila pembeli melanggar syarat-syarat dan ketetapan dalam Perjajian Pinjaman seperti menyita rumah dan hartanah atau melelong hartanah tersebut.
𝗔𝗽𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗱𝗼𝗸𝘂𝗺𝗲𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗸𝗮𝗻?
Untuk permohonan consent kepada Pihak Berkuasa Negeri, beberapa dokumen yang perlu dikemukakan adalah:-
i. Borang Permohonan Kebenaran Pindah milik dan gadaian yang telah diisi dan ditandatangani.
ii. Salinan sijil carian rasmi (geran tanah) yang diakui sah
iii. Salinan diakui sah Surat Perjanjian Jual Beli
iv. Salinan diakui sah surat pinjaman bank dari bank kepada pembeli
v. Salinan Kad Pengenalan pembeli dan penjual yang diakui sah
vii. Salinan resit cukai tanah dan cukai pintu tahun semasa yang diakui sah
viii. Wang bayaran permohonan.
Setelah permohonan consent diluluskan, transaksi penjualan seterusnya dalam proses jual-beli boleh diteruskan. Ini menunjukkan bahawa, permohonan consent ini adalah merupakan perkara utama yang perlu dijelaskan dalam uusan jual-beli rumah dan hartanah.
Semoga info yang disampaikan bermanfaat.