24/06/2020
APA MAKLUMAT YANG BOLEH DAPAT DARI LAPORAN CCRIS?
A β OUTSTANDING LOANS
Merujuk kepada rekod senarai pinjaman anda contohnya pinjaman perumahan, sewa beli kereta, PTPTN, kad kredit, pinjaman peribadi, overdraf, pajakan emas dan lain-lain.
B β SPECIAL ATTENTION ACCOUNT (SAA)
SAA adalah hutang-hutang yang belum dijelaskan yang di masih bawah pemerhatian pihak bank. Jika anda ada rekod di sini, maka semua pinjaman baru tidak akan diluluskan kecuali anda bayar/langsaikan pinjaman tersebut.
C β APPLICATION FOR CREDIT
Menunjukkan permohonan pinjaman yang sedang diproses & dipertimbangkan beserta jumlah pinjaman yang diminta.
D β TOTAL OUTSTANDING BALANCE
Adalah jumlah baki pinjaman anda yang terkini.
E β LIMIT
Merujuk kepada jumlah had pinjaman-pinjaman anda contohnya kad kredit dengan limit RM30K.
F β INSTALLMENT IN ARREAR IN LAST 12 MONTHS
Menunjukkan berapa banyak kali anda lambat membayar installment anda dalam 12 bulan terkini. Angka 0 (kosong) menunjukkan tiada tunggakan pembayaran. Angka β1β menunjukkan 1 bulan lambat bayar/tidak bayar, β2β bermakna 2 bulan lambat/tidak bayar, dan seterusnya. Saya pernah lihat kes yang berangka β70β
KENAPA PERLU TAHU STATUS & JAGA CCRIS ANDA?
Katakan anda baru selesai submit loan rumah anda, perkara pertama yang bank akan lakukan selepas anda submit loan application anda pada mereka adalah, mereka lihat CCRIS anda. CCRIS anda menunjukkan kedisiplinan anda membayar hutang. Jika rekod anda cantik & elok, maka mudahlah loan diluluskan. Jika ada tunggakan 1 bulan dan ke atas, maka peluang anda untuk dapat loan tersebut agak rendah atau tiada langsung.
Sumber: Najib Mohamed