Agen Hartanah Johor

Agen Hartanah Johor Bantu pemilik rumah di Johor jual rumah cepat, selamat & ikut harga pasaran.

Semalam masa tengok live pengumuman RMK13, PMX umum nak bina 1 juta rumah mampu milik dlm tempoh 2025 - 2035. Fuhh… bole...
02/08/2025

Semalam masa tengok live pengumuman RMK13, PMX umum nak bina 1 juta rumah mampu milik dlm tempoh 2025 - 2035.

Fuhh… boleh tahan besar figure tu… average 100k unit setahan..

Bila dengar news macam ni, boleh la bagi “nafas” sikit kat orang yang dah lama menyewa, baru kahwin, atau yang tengah struggle nak beli rumah sendiri… lega rasanya

Tapi dalam rasa lega tu, terus teringat satu berita yang sampai sekarang pun entah apa khabar berita agaknya. Kes kat Rantau, Negeri Sembilan ada satu projek rumah mampu milik… kalau korang nak tau.. try google sendiri he he..

Project tu start tahun 2017. Serius, dah 7 tahun. Tapi rumah… tak siap-siap.. tak nampak bayang. Ada 700 lebih pembeli yg dah bayar tiap2 bulan, ada yang start bayar masa anak masih tadika. Sekarang anak tu maybe dah sekolah menengah dah… tapi rumah?.. hurmm... Progress katanya 0.2% je…

Kalau 2-3 tahun pertama okay la. Tapi masuk tahun keempat, kelima… hati mula rasa lain. Duit tetap keluar tiap bulan, mana nak bayar sewa lagi.. nak bayar instalment bulan2 lagi..tapi rumah tak nampak bayang…

So bila PMX announce nak bina 1 juta unit rumah mampu milik ni.. dalam kepala terus terlintas …yang lama pun tak settle2 lagi, macam mana kita nak kejar yang baru?

Sebab sekarang ni macam semua pihak yang uruskan rumah mampu milik jalan sendiri.. nafsi2 dengan projek masing2. Tapi tak ada satu tempat pun yang betul2 anak muda yang tgh cari rumah ni boleh rujuk secara berpusat.

Mungkin dah sampai masa ada satu sistem yang betul-betul telus. Dashboard ke, portal ke yang boleh orang tengok sendiri rumah dia progress sampai mana. Dah siap ke belum. Siapa urus. Boleh masuk bila. Tak perlu tunggu ayat “kami akan maklumkan kemudian”. Orang cuma nak tahu. Itu je.

Sebab rumah ni kan… bukan benda main2 bang. Rumah tu tempat nak mula hidup. Bila rumah tergantung, hidup pun rasa stuck stress.... penat bermain dengan emosi...

Kepada pihak yang bertanggungjawab.. fikir-fikirkanlah.. kawal selia dlm perlaksanaan perancangan sangat penting supaya trend projek rumah mampu milik yang "sakit tenat" ni tak berterusan di amsa2 yg mendatang..

Apa-apa pun, kita tetap sangka baik & semoga apa yang PMX umum tadi berjalan lancar & dapat sokongan dari pelbagai pihak sepanjang tempoh yang disasarkan, inshaAllah.
Roslin
Ejen Hartanah Berdaftar IQI Realty

“𝗟𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸 𝗲𝗷𝗲𝗻, 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝘁𝘂 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝘀𝗲𝗻𝘆𝗮𝗽 𝘁𝗮𝗸 𝘂𝗽𝗱𝗮𝘁𝗲 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴?” 🤔Kalau anda nak jual rumah, ini antara kesilapan paling m...
30/07/2025

“𝗟𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸 𝗲𝗷𝗲𝗻, 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝘁𝘂 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝘀𝗲𝗻𝘆𝗮𝗽 𝘁𝗮𝗸 𝘂𝗽𝗱𝗮𝘁𝗲 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴?” 🤔
Kalau anda nak jual rumah, ini antara kesilapan paling menyakitkan yang ramai orang tak sedar…
Baru-baru ni saya jumpa 𝗽𝗲𝗻𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝗧𝗠 𝗦𝗸𝘂𝗱𝗮𝗶, Puan Nur Huda – nak bincang tentang perancangan jual rumahnya di 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐥𝐞𝐤 JB.
Lokasi rumah tu memang strategik, 5 minit ke EDL → terus ke CIQ JB.
Tengah sembang, dia tanya:

“𝗠𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗲𝗷𝗲𝗻 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝘁𝘂 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹𝟮 𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗰𝗹𝗶𝗲𝗻𝘁 𝗱𝗶𝗮?”

Bila saya tanya balik apa matlamat dia jual rumah, dia terus jawab:

“Nak jual cepat, tapi tak nak jadi macam kawan saya – lepas lantik ejen terus senyap, takde update langsung.”

Itulah moment saya explain satu benda penting:
𝗩𝗔𝗟𝗨𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗢𝗦𝗜𝗧𝗜𝗢𝗡.

📌 Maksudnya?
✅ 𝗡𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 yang ejen tu bawa
✅ Cara ejen bantu 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵, bukan sekadar iklankan
✅ 𝗦𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 & 𝗽𝗿𝗼𝘀𝗲𝘀 yang jelas
✅ Dan paling penting 𝘁𝗮𝗵𝗮𝗽 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 yang dibina
🚫 Ada ejen tunggu buyer datang.
✅ Ada ejen yang urus A sampai Z dari semak harga, susun strategi, update iklan mingguan, hingga ke urusan lawyer & bank.
💡 Owner tak perlu 10 ejen. Owner cuma perlu 1 ejen yang faham rumah dia.
Bukan yang janji “Boleh jual cepat, puan jangan risau…”
Tapi yang tanya dulu:

“Apa matlamat sebenar puan nak jual rumah ni?”
“Buyer macam mana yang sesuai dgn rumah saya?”
“Apa risiko yang kita nak elakkan?”

🎯 Soalan sebenar bukan “boleh jual cepat ke tak?”,
tapi “𝗔𝗽𝗮 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗸𝗮𝗹𝗮𝘂 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗹𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸 𝗲𝗷𝗲𝗻 𝗻𝗶?”
Sebenarnya ramai je agen kat luar sana yang jaga client dalam urusan jualan rumah.. cuma sebagai owner rumah kena peka sebelum berurusan dengan ejen.. inshallah ada je yang ok sebab masing2 nak jaga survival dalam industri ini..
Kalau anda rasa info ni bermanfaat & mungkin boleh elakkan anda atu siap2 shj diluar sana dari silap pilih ejen…

Tag atau share pada kawan yang tengah plan nak jual rumah.

Kadang2 satu info macam ni boleh selamatkan dari keputusan yang "makan" hati dikemudian ahri…
Roslinsah Ab Rahim
IQI Realty | REN19089
Agensi Hartanah Berdaftar

🎯“Tenant Kena Bayar Lebih RM11K Hanya untuk Sambung Sewa Rumah?” — Isu Viral Yang Ramai Tak Tahu Cerita Sebenar!Baru-bar...
22/07/2025

🎯“Tenant Kena Bayar Lebih RM11K Hanya untuk Sambung Sewa Rumah?” — Isu Viral Yang Ramai Tak Tahu Cerita Sebenar!

Baru-baru ni viral satu luahan penyewa yang kerja Singapura — katanya dia sambung sewa rumah yang sama, tapi tetap kena bayar komisen ejen RM11,000! 😱

Katanya,

“Saya tak pindah pun. Kenapa kena bayar lagi?”

Isu ni jadi makin panas bila media besar macam New Straits Times pun siarkan. Ramai rasa marah & tertipu.

Tapi… betul ke ejen boleh buat macam tu?

📌 5 Perkara Penting Yang Owner & Penyewa Wajib Tahu:

✅ Komisen ejen hanya sekali je – masa mula-mula sewa.
Renewal tak perlu bayar lagi melainkan ada servis tambahan.

🧾 Kalau ejen caj, mesti ada resit rasmi atau self-invoice.
Kalau takde, boleh dipertikai.

🔍 Semak dulu ejen tu berdaftar ke tak.
Boleh check nombor REN kat 👉 https://f.mtr.cool/fnxegxhgdm

⚠️ Owner pun jangan cuai.
Jangan serah kunci tanpa ada perjanjian hitam putih.

🤝 Ejen yang betul-betul profesional akan bantu, bukan ambil kesempatan.
Jangan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.

💬 Apa Pengajarannya?
Benda ni bukan sekadar isu "duit komisen", tapi soal kepercayaan & integriti. Kalau dibiarkan, makin ramai jadi mangsa — terutamanya penyewa yang kerja Singapura dan terdesak nak cari rumah.

📣 Pernah kena situasi macam ni? Atau ada kawan yang pernah kena?
Tolong share post ni. Kita sebarkan info ni supaya lebih ramai tahu hak masing-masing.

👇 Tinggalkan komen kalau nak tahu lebih lanjut pasal hak penyewa & owner. Sama2lah kita jaga nama baik industri hartanah di Johor.

Roslinsah Ab Rahim
REN19089 | IQI Realty
Agensi Hartanah Berdaftar

Ramai orang, bila nak jual rumah… terus fikir..... bang letak la harga tinggi sikit… boleh kita untung lebih.Tapi realit...
13/07/2025

Ramai orang, bila nak jual rumah… terus fikir..... bang letak la harga tinggi sikit… boleh kita untung lebih.

Tapi realitinya… bila harga tu jauh sangat dari harga pasaran, buyer terus lari hilang lenyap senyap macam tu je.

Boleh jadi mereka ni fikir, ‘Rumah ni overpriced…harga keras... Ni mesti owner ni susah nak runding ni…’ ataupun… Rumah ni lama sangat tak terjual... boleh jadi ada problem agaknya.

Padahal… mungkin rumah tu okay je. Cuma silapnya satu jer... salah letak harga.

So… apa patut buat?

Simple je.

Start dengan buat semakan harga dulu.. ikut jenis rumah, lokasi… dan keadaan terkini rumah tu... kita check berapa previous 6 month transaksi jualan rumah area rumah dulu.. bukan susah pun, contact je agen.. benda FREE, apa nak risau.. modal air liur jer...

Kalau rumah tu dah lebih 10 tahun, tapi elok… cat baru, kemas, tak bocor, harga pun "KENA" dengan market buyer akan nampak....‘Eh… rumah ni nampak berbaloi... boleh try ni..

Sebab bila first impression dah ngam…
dan harga p**a masuk akal buyer lebih confident nak beli.

Kalau korang tengah fikir nak jual rumah… tapi tak pasti harga semasa…
komen je: *‘Semak Harga’* atau DM terus.
Saya boleh bantu tengokkan.... no pressure… free jer

“𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩, 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐦𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐣𝐞 𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢. 𝐏𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥.”Jarang sangat or...
12/07/2025

“𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩, 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐦𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐣𝐞 𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢. 𝐏𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥.”
Jarang sangat orang jual rumah lebih dari sekali. Sebab tu 𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐚𝐤 𝐭𝐚𝐮 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐬𝐮𝐧𝐠 apa nak buat bila tiba masa nak jual rumah.

✅ Tak tau nak tentukan harga

✅ Tak tau buyer macam mana layak loan

✅ Tak tau proses dari mula sampai selesai
𝐀𝐤𝐡𝐢𝐫𝐧𝐲𝐚?

✅ Jual murah sangat sebab takut takde orang beli

✅ Penat entertain buyer, tapi akhirnya tak jadi

✅ Rasa serik nak jual rumah lagi

Jual rumah ni normally sekali je… tapi kesan dia bertahun-tahun.

Kalau langkahnya betul – syukur alhamdulillah.

Tapi Kalau SILAP LANGKAH – pedihnya seumur hidup.. melekat dalam kepala..

Jadi, kalau anda ada rumah sendiri dan mungkin akan jual satu hari nanti...Tak rugi simpan ilmu dari awal. Prepare awal siap-siap.

📥 Benda 𝐅𝐑𝐄𝐄 buat apa nak risau kan…

📥 Saya dah sediakan 𝐏𝐚𝐧𝐝𝐮𝐚𝐧 & 𝐂𝐡𝐞𝐜𝐤𝐥𝐢𝐬𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐜𝐮𝐦𝐚 khas untuk bantu pemilik rumah di Johor elak tersilap langkah.

𝐊𝐥𝐢𝐤 𝐬𝐢𝐧𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 :
👉http://www.wasap.my/60167559655/PanduanChecklistPERCUMA

📌 𝐑𝐨𝐬𝐥𝐢𝐧𝐬𝐚𝐡 𝐁𝐢𝐧 𝐀𝐛 𝐑𝐚𝐡𝐢𝐦
𝐀𝐠𝐞𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 | 𝐑𝐄𝐍𝟏𝟗𝟎𝟖𝟗
𝐈𝐐𝐈 𝐑𝐄𝐀𝐋𝐓𝐘
📞 016-755 9655
🌐 www.jauharproperty.com


31/10/2024

Salah Sangka Pembeli Kereta.

Ramai pembeli kereta sangka bila dah beli, kereta jadi dia punya. Mungkin dia lupa, kehadiran 'Orang ke-3' dalam proses jual beli tersebut, iaitu Bank.

Ramai yang lupa, masa nak beli, duit tak cukup nak bayar harga tunai, jadi guna duit Bank dulu.

Bank pinjamkan duit dia, bayar pada Penjual. Maknanya, awak HUTANG DUIT dengan Bank bukan HUTANG KERETA.

Sebab tu kalau hari ini awak beli kereta pakai duit Bank, esok awak nak bayar balik dengan kereta yang sama nilai, bank takkan terima. Dia nak duit dia balik, dia bukan nak kereta. Awak yang nak sangat kereta tu.

Kena jelas dan selalu ingat, awak BERHUTANG DUIT dengan Bank, dan kereta itu HANYALAH CAGARAN.

Bila hutang tertunggak, Bank akan ambil balik 'Barang Cagaran' iaitu kereta tersebut.

Setelah kereta ambil kembali (ditarik) oleh pihak bank, awak ada 2 pilihan samada nak tebus atau nak surrender.

Kalau nak tebus, biasanya kena bayar jumlah tertunggak berserta kos tarik dan parking sepanjang dalam jagaan pihak bank.

(Tapi jangan tak tau, ada perjanjian yang mewajibkan pembeli bayar 'full payment' sekiranya kereta sudah ditarik. Hati-hati terutama yang 'loan credit'.)

Sekiranya surrender atau gagal tebus balik dalam tempoh 21 hari (biasanya), maka Bank akan membuat lelongan.

Setelah dilelong, maka awak tak ada kaitan lagi dengan kereta tersebut, tetapi hutang yang dibuat diawal pembelian tadi, TETAP MILIK AWAK.

Awak Pemilik Hutang, itu sudah pasti.
Awak Pemilik Kereta, itu belum tentu.

Kredit : Ishraaf Mazlan

𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚𝐧𝐚𝐡: 𝐊𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐣𝐮 𝐄𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐫𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚?Kenapa harga hartanah tetap tinggi walaupun ekonomi tak menen...
16/10/2024

𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚𝐧𝐚𝐡: 𝐊𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐣𝐮 𝐄𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐫𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚?
Kenapa harga hartanah tetap tinggi walaupun ekonomi tak menentu? 🤔
Ada sebab tersirat di sebalik keputusan pemaju untuk tidak menurunkan harga hartanah mereka.

Adakah kerana kos pembinaan? Permintaan? Atau strategi pelaburan jangka panjang? 🏗️💼

Jom kita bongkar isu ini dan fahami apa yang sebenarnya berlaku di pasaran hartanah hari ini! 💬💸

Address

6, Jalan Pertama, Pusat Perdagangan Danga Utama
Johor Bahru
81200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Agen Hartanah Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Agen Hartanah Johor:

Share