13/01/2025
ππππ πππππππ πππππ πππππΌ π½πΌππΌπ ππππ½πππ ππππΌπ
Ramai yang masih keliru nak beli rumah dulu atau kereta atau kahwin atau atau. Tapi pada yang belum ada komitmen, mungkin boleh baca ni π€π».
1. Jaga Kerja
Kerja elok2 dengan ada perancangan untuk membeli rumah. Jika perlu tambah income dengan join jadi Agent. At least kena 1 tahun ke atas jika di Malaysia dan kerja di Singapore 2 tahun ke atas.
2. Buat Tabungan/Simpanan duit
Ikut pakar kewangan, asingkan 10% gaji. Simpanlah 3-6bulan Gaji, selepas 3-6 bulan baru 12 bulan gaji. Tujuan simpanan untuk emergency dan keperluan kita jika berlaku musibah. Andai kata sudah membeli rumah, tiba2 kita tiada sumber pendapatan, tabungan/simpanan akan menyelamatkan kita.
3. Jaga CTOS & CCRIS
Lebih baik tiada CCRIS dari ada tapi menyusahkan diri. Maksud dekat sini, jika kita ada komitmen dengan mana2 entiti sama ada bank atau kedai, perlu jaga rekod pembayaran bulanan, jangan tertunggak. Kebiasaan Rakyat Malaysia gemar tertunggak Motor, Coway, PTPTN dan Etc sehingga dikenakan CTOS. Jadi, berjaga-jaga dengan hutang sendiri.
4. Beli rumah pertama
Harga Rumah bawah 500K, masih layak untuk apply π―% loan di bawah skim SJKP (Skim Jaminan Kredit Perumahan). Banyak manfaat yang anda boleh dapat dari skim ni.