16/10/2021
8 TIPS NAK LULUS PEMBIAYAAN BANK DENGAN MUDAH
Ada banyak sebab bank tak luluskan pinjaman korang, dan ada banyak sebab bank senang nak luluskan pinjaman perumahan korang.. So harini Ahyat nak recap balik tips dari sahabat saya iaitu Bella Leana. Beliau sebenarnya ada banyak sgt tips2 yg best berkaitan pembiayaan bank. Harini kita kongsi sikit tips yg sesuai utk & semua! Jom kita sama2 cekidaut tips ini :
1. SAVINGS YANG MENCUKUPI DALAM AKAUN
Bank sangat s**a kalau korang ada saving yang cukup.. How to define cukup?? Saving atleast 6 mths instalment.. Nak lagi cun saving korang melebihi setahun instalment.. Lagi cun melecun, saving sama dengan instalment untuk 3tahun..
Attached kan buku TH/ASB yang dah di update (Latest updated) ataupun akaun saving selain daripada bank yang korang apply tu..
2. BAKI YANG SUFFICIENT DALAM AKAUN BANK
Pastikan ada sufficient balance sementara nak menunggu gaji bulan depan.. Apa yang dimaksudkan dengan sufficient —> esok nak gaji, hari ni still ada RM50.. Jangan lah lagi 15 hari nak gaji, baki duit ada lagi RM12.38.. Sedih dan haru.. Bank pun takut nak approve kan.. Kalau korang asingkan duit korang tu kat acc yang lain, boleh lah attachedkan sekali..
3. PENGGUNAAN KAD KREDIT
Bagi yang menggunakan kad kredit tu tak salah.. tapi jangan guna credit card sehingga 70% daripada credit limit.. Dan jangan asyik bayar minimum payment sahaja (5%), kalau boleh bayar lah lebih sikit.. Kalau bayar semua pun bagus untuk korang punya scoring. okay?
4. CCRIS CUN MELECUN
Maksud cun melecun ni ialah record ccris korang hanya nampak nombor “0” sahaja.. Elakkan ada no selain daripada “0”. Kalau boleh, cek hire purchase korang, make sure tahu bila due date untuk bayaran instalment bulanan korang.. Bayar awal sebelum due date.. Selain daripada tu korang kene cek jugak di ccris item no 2 “special attention acc” kalau ada tersenarai, make sure korang setelkan dulu, kalau dah setel tolong attached kan sekali released letter..
5. ELAKKAN PAJAK EMAS
Bila dalam ccris korang ada record an-rahnu (pajak di bank) ia akan menyumbang ke arah negative.. Ia akan menurunkan score untuk loan korang approved.. Jangan tanya kenapa, sebabnya Ahyat pun takde jawapan yang sahih.. Tapi, berdasarkan pengalaman, benda ni memang effect pada korang punya scoring..
6. LAMPIRKAN SEKALI LETTER OFFER
Atau statement bayaran yang paling latest untuk setiap loan yang korang dah pernah apply.. Kenapa? Mudah bagi banker nak buat recommendation dari segi pengiraan DSR.
7. DOKUMEN YANG LENGKAP DAN TERKINI
Bukan setakat basic documentation sahaja yang engkorang hantar.. Kalau boleh, segala tok nenek documents yang mendatangkan income korang bagi sekali.. Yang related sahaja tau.. Jangan pulak korang bagi dokumen sijil kursus kawen korang tu.. Lepas tu make sure dokumen tu updated.. Jangan lah bagi yang outdated pulak ok..
8. SEMAK KELAYAKAN ANDA
Make sure sebelum korang nak pegi beli rumah, korang dah consult a few banker (atleast 3 different banks) untuk cek kelayakan korang. Jangan main beli je.. Nanti kang tak dapat loan, korang jugak yang susah.. Setuju?
So inilah antara tips2 yg memudahkan engkorang dpt loan / pembiayaan bank. SO, APA PENDAPAT KORANG? BERMANFAAT TAK TIPS INI? ADA TIPS LAIN? JOM KONGSI SIKIT PENGALAMAN ENGKORANG NK APPLY LOAN BANK