Ir. Dr. Hamizi Hamdan

  • Home
  • Ir. Dr. Hamizi Hamdan

Ir. Dr. Hamizi Hamdan 1. Perunding hartanah
2. Perunding pembiayaan hartanah sektor awam (LPPSA)
3. Perunding takaful
4. Perancang harta pusaka Islam

hamizi.me
semuahartanah.com
tinyurl.com/rentraininghub Seorang perunding hartanah sejak 2010 dan perunding untuk pembiayaan LPPSA sejak 2021

25/08/2026

Untuk makluman, saya dah lama tak ambil lagi property listing rumah low cost selain poskod KL.
Tapi kalau nak saya recommend ejen lain saya boleh bagi.

24/08/2026

Saya beli sebuah rumah apartmen daripada pemaju pada tahun 2016, sekitar harga RM250K.
Semasa saya menandatangani offer letter saya lihat MLTT hanya cover 6 tahun sahaja. Sedangkan pinjaman saya selama 32 tahun.
Saya tanya banker, selepas 6 tahun apa jadi? Dia jawab "U tiada coverage lagi. Kena pandai-pandai ambil insurans luar".
Bila apartmen itu siap pada 2019, MLTT saya tinggal 3 tahun sahaja lagi. Rupanya 3 tahun pembinaan pun dah bergerak.
Dan pada 2022, sepatutnya MLTT telah habis. Maksudnya jika berlaku kematian selepas tamat MLTT, waris kena segera jual supaya tidak dilelong. Tetapi untuk proses faraid akan ambil masa setahun dua, jadi waris kena sambung bayar bulanan sementara itu untuk elak dilelong.
Berita baiknya, 2020 saya dah berjaya jual dan dah dapat hasil jualan. Alhamdulillah. Selamat.
Soalan saya: Anda yang buat loan bank ni ada baca tak polisi insurans (MRTA, MLTA) @ takaful (MRTT, MLTT) anda tulis apa? Takut anda mati masih waris kena sambung bayar je.

23/08/2026

Saya nak share pasal ilmu pentadbiran dan pengagihan harta pusaka Islam.
Umum tahu kalau orang Islam meninggal dunia, hartanya akan digelar pusaka dan akan diagihkan kepada waris melalui kaedah faraid.
Waris faraid ada beberapa lapisan. Yang terutama bagi setiap orang adalah ibu, bapa, pasangan (suami/isteri) dan anak-anak.
Ia akan jadi lebih kompleks bila si mati tiada anak lelaki (semua anak perempuan), tidak pernah berkahwin dan ibubapa telah meninggal dunia, dan waris-waris itu p**a meninggal dunia (kena baca waris berikut).
Ok itu yang umum tahu sedikit sebanyak.
Yang umum tak tahu adalah jika mereka dah uruskan semuanya semasa mereka hidup, ia tak akan jadi masalah pun.
1. Urusan pengkebumian (mati pun pakai duit) kena selesai dahulu
2. Hutang dunia/akhirat kena langsaikan
3. Rumah samada dihibah kepada pasangan atau buat perjanjian asset perolehan bersama. Jadi rumah tak akan termasuk dalam harta nak difaraid
4. Sebahagian asset (tak lebih 1/3) diberi kepada bukan waris faraid (jika ada anak angkat atau keluarga yang masih belum Islam) ataupun gunakan membuat kebajikan yang pahalanya berpanjangan
5. Kalau banyak asset boleh consider buat amanah hayat untuk anak-anak misalnya. Bukan bagi harta sekaligus lepas tu depa enjoy, habis pun sekaligus
6. Takaful hibah boleh assign kepada pemegang amanah untuk tujuan seperti No. 5 di atas
7. Baki harta boleh difaraid. Faraid adalah paling bawah hierarki apabila ada wasiat. Cuma syarat tidak lebih 1/3 harta boleh dibagi kepada sesiapa dan jika wasiat berkehendak pembahagian samarata atau tak ikut faraid, maka ia mesti dapat persetujuan semua waris faraid dahulu sebelum dilaksana
Anda dapat ilmu baru? Jangan lupa LIKE & SHARE.

23/08/2026

Biasa kalau check property market value ni bila dapat info daripada penjual saya akan check balik. Bila tak cukup saya tak kacau mortgage consultant.
Tak cukup info ini masalahnya ada dua. Pertama dapat value rendah atau kedua dapat value tinggi.
Dapat value rendah merugikan penjual. Dapat value tinggi syok sekarang je, nanti bila dapat pembeli, dan depa buat loan, bila penilai pergi site visit, value tak dapat macam dibagi awal-awal dulu. Pembeli tak dapat loan yang dia nak, kena topup, pembeli tak nak proceed dan refund deposit.
Saya tak guna spesifik banker sebab semua bank ni ada requirement berbeza. Takde masa saya nak ambik tahu satu-persatu. Lepas tu p**a client (pembeli) bukan semestinya memenuhi kriteria bank tu.
Kalau pakai mortgage consultant ni senang. Depa panel dengan banyak bank. Depa pun specialist, tengok dokumen client je depa dah tahu bank mana boleh lulus mudah bank mana tak payah cuba lah buang masa.
Kalau mintak value dengan mortgage consultant pun tak payah risau sebab depa direct dengan valuer yang panel banyak bank. Takdelah kita risau nanti value kita ranya dulu tak dapat p**ak bila kita nak apply loan (selagi info diberi tu tepat lah - seperti cerita di awal tadi).

Saya jarang-jaranglah nak buat rumah low cost. Ini ada sebiji. Last price RM160K, MV RM180K.
22/08/2026

Saya jarang-jaranglah nak buat rumah low cost. Ini ada sebiji. Last price RM160K, MV RM180K.

Explore Flat for Sale for RM 165,000 in Pangsapuri Selayang Mulia, Selayang, Selangor. 650 sq.ft, 3 Bedroom, 2 Bathroom, Leasehold, Parking, Lift, ID 115441733. Find your next property on Mudah.my.

Harga bawah RM100K dari harga pasaran. Nak buat mark-up loan pun boleh. Kita tolong owner perlukan duit segera.
22/08/2026

Harga bawah RM100K dari harga pasaran. Nak buat mark-up loan pun boleh. Kita tolong owner perlukan duit segera.

Explore Condominium for Sale for RM 480,000 in Puncak 7 Residence, Shah Alam, Selangor. 1166 sq.ft, 3 Bedroom, 3 Bathroom, Leasehold, Parking, Security, Lift, Swimming Pool, Playground, Gymnasium, Sauna, Minimart, Jogging Track, Squash Court, ID 115442171. Find your next property on Mudah.my.

22/08/2026

Marah orang. Harga RM1.2 Juta dikata rumah murah. 😁
Murah maksudnya relatif berbanding rumah seumpamanya. Hehehe.
Sat lagi saya post rumah yang murah harga marhaen.
Ada yang owner letgo RM100K bawah harga pasaran di Shah Alam.
Baca post selepas ini.

Lagi satu freehold tanpa sekatan. Murah-murah. Cantik owner renovate. ☺️
22/08/2026

Lagi satu freehold tanpa sekatan. Murah-murah. Cantik owner renovate. ☺️

Explore 3-storey Terraced House for Sale for RM 1,210,000 Teres 3 Tingkat Corner Lot, Taman Nadayu 92, Kajang in Kajang, Selangor. 3989 sq.ft, 5 Bedroom, 4 Bathroom, Freehold, Security, Swimming Pool, Playground, Club house, Jogging Track, ID 115441982. Find your next property on Mudah.my.

Freehold tanpa sekatan. Murah-murah. 😁
22/08/2026

Freehold tanpa sekatan. Murah-murah. 😁

Explore 2-storey Terraced House for Sale for RM 1,200,000 Double Storey Link House Corner Lot Taman TTDI Grove, Kajang in Kajang, Selangor. 4230 sq.ft, 5 Bedroom, 4 Bathroom, Freehold, Security, Playground, Jogging Track, ID 115441744. Find your next property on Mudah.my.

22/08/2026

Hari ini mandom sikit tak tahu apa nak post pasal property.
Nak share listing murah lah sat lagi. 😁

Address


Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60124383769

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ir. Dr. Hamizi Hamdan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ir. Dr. Hamizi Hamdan:

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed Realtor/realty Service?

Share