Etiqa Family Takaful by Arif Musyrif

Etiqa Family Takaful by Arif Musyrif Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Etiqa Family Takaful by Arif Musyrif, No51, Jalan Gunung Lambak 1, Taman Gunung Lambak, Kluang.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISKeutamaan Alim Dari Abidعَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ قَالَ ذُكِرَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلّ...
24/04/2025

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Keutamaan Alim Dari Abid

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ قَالَ ذُكِرَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلَانِ أَحَدُهُمَا عَابِدٌ وَالْآخَرُ عَالِمٌ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَاكُمْ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرَضِينَ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ

Daripada Abu Umamah Al Bahili RA ia berkata; "Dua orang disebutkan di sisi Rasulullah SAW, salah seorang adalah ahli ibadah dan seorang lagi yang berilmu, kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Keutamaan seorang alim (berilmu) dari seorang abid (ahli ibadah) seperti keutamaanku dari orang yang paling rendah di antara kalian, " kemudian baginda melanjutkan sabdanya: "Sesungguhnya Allah, Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi bahkan semut yang ada di dalam sarangnya sampai ikan paus, mereka akan mendoakan untuk orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia." (HR Tirmizi No: 2609) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Kedudukan orang yang berilmu (alim) dan mengajarkan ilmu adalah lebih baik berbanding seorang ahli ibadah (abid) yang tidak berilmu.

2. Perumpamaan orang berilmu seperti kedudukan Rasulullah, berbanding seorang abid tanpa ilmu, umpama perbandingan Rasulullah SAW dengan orang kebanyakan yang paling rendah.

3. Orang berilmu yang mengajarkan ilmu kepada orang lain, akan didoakan oleh penduduk langit dan bumi termasuk semut dan ikan di lautan, ini menunjukkan betapa luasnya manfaat ilmu, sampai makhluk yang kecil dan tersembunyi pun merasa kesan positifnya.

4. Alangkah beruntungnya ilmuan yang beramal dan mengajar kepada orang lain. Kata Al Fudlail bin Iyadl; "Seorang alim yang mengamalkan ilmunya dan mengajarkan ilmunya akan disebut-sebut oleh para Malaikat yang ada di langit."

5. Ilmu adalah asas kepada amal yang sahih. Tanpa ilmu, ibadah boleh tersasar. Sebab itu orang berilmu lebih utama kerana mereka membawa cahaya kepada orang lain.

Marilah kita sentiasa menuntut ilmu serta beramal dengannya. Ingatlah pesanan Saidina Muadz bin Jabal RA:

“Pelajarilah ilmu, sebab mempelajarinya kerana Allah adalah khashyah (rasa takut), menuntutnya adalah ibadah, mempelajarinya adalah tasbih, mencarinya adalah jihad, mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sedekah, menyerahkannya kepada ahlinya adalah sebagai taqarrub. Dia (ilmu) teman dekat ketika bersendirian dan sahabat dalam kesunyian.”







26hb Syawal 1446H
25hb April 2025

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

08/04/2025

FARAID vs PUSAKA

Suami meninggal, meninggalkan ibu, isteri dan anak lelaki..

▪️Ibu dapat 1/6.
▪️Isteri dapat 1/8.
▪️Anak lelaki dapat baki keseluruhan.

Adik-beradik suami terhalang oleh anak lelaki.

Walaupun anak lelaki itu bawah umur. Walaupun anak lelaki itu masih kecil. Walaupun anak itu masih janin yang belum dilahirkan. Dia tetap ada hak faraid dia.

Kalau tak tau pasal harta pusaka, janganlah tunjukkan sangat kejahilan tu.

Isteri ada hak untuk uruskan harta pusaka kerana ada anak yatim yang perlu ditunaikan haknya.

Selepas seseorang meninggal, adakah langsung tak boleh gunakan atau ambil harta dia walau sedikit?

Adakah semuanya akan terus automatik kena faraid?

Nak urus harta pusaka ada tertib dan aturannya.

Faraid itu proses yang paling akhir sekali.

Sebelum sampai ke faraid kena melalui proses pentadbiran dan pengurusan harta pusaka terlebih dahulu:

1️⃣ Belanja pengebumian.
2️⃣ Selesaikan hutang2 si mati.
3️⃣ Badal haji jika belum menunaikan haji.
4️⃣ Laksanakan wasiat jika ada (wasiat kepada bukan waris).
5️⃣ Laksanakan hibah jika ada.
6️⃣ Selesaikan urusan tuntutan harta sepencarian oleh isteri terlebih dahulu
7️⃣ Kos pengurusan termasuklah perbelanjaan yang berkaitan dalam menguruskan pusaka.

Dah tolak semua di atas bakinya barulah boleh DIFARAID.

Bahagian anak bawah umur, ibunya boleh jadi pentadbir dan pemegang amanah.

Tugas pentadbir termasuklah menguruskan bahagian anak bawah umur tersebut untuk urusan belanja harian, makan minum, urusan persekolahan dan sebagainya.

Tak semestinya kena tunggu 18 tahun baru boleh digunakan harta2 tu. Umur 18 tahun tu untuk proses tukar nama dari nama pentadbir kepada nama anak tu.

Tapi tak bermakna pentadbir tak boleh gunakan harta tu untuk urusan pembesaran dan perbelanjaan anak tersebut.

Sesungguhnya..

✅ Perebutan harta pusaka itu benar.

✅ Penganiayaan terhadap balu dan anak yatim itu benar.

✅ Persengketaan dan salah faham tentang harta pusaka itu benar.

✅ Kejahilan tentang faraid dan harta pusaka itu benar.

✅ Campurtangan dari waris2 yang tidak berkenaan itu juga benar.

Kita tidak akan faham jika kita sendiri tidak melaluinya.

Maka jangan tunggu nak terhantuk baru nak tergadah.

Belajar dan ambillah pengajaran dari pengalaman orang lain.

“Sesungguhnya orang2 yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)”
(Surah An-Nisa : ayat 10)

Jom buat perancangan kpd keluarga yg tersayang.😍

KLIK UNTUK INFO LANJUT:

Arif Musyrif

05/04/2025

*بـِـــــــــسْمِ اللٌٰه الرٌَحْمٰنِ الرٌَحِـــــــــيْمِ*
*اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.*
*┈••━━━•☆🇲🇾♥️🇵🇸☆•━━━••┈*
*: اللهم تدارك المسلمين🤲🏻*

☪️ Yaa Allah...🤲🏻 selamatkan saudara islam kami di Palestine.. Yaa Allah satu hati kami kuatkan barisan kami teguhkan iman kami.

Selamatkan pejuang pejuang agamaMu bantulah mereka selamatkanlah mereka..

Yaa Allah Yaa Aziz Yaa Jabbar Yaa Mutakabbir Yaa Muntaqim Yaa Dzal Jalali Wal ikram Yaa Hayyu Yaa Qayyum Yaa Allaah Tuhan yang memiliki kuasa kepimpinan dan kekuatan yang Maha Tinggi, Raja yang Maha Mulia lagi Maha Perkasa,

Yaa Allah Selamatkanlah Saudara- Saudara Kami di Gaza Palestine Yaa Allah Perkuatkan Saudara kami Hadapi Zioinis di Gaza Palestine.

Yaa Allah Perbaikilah segala keburukan, dan kembalikanlah cahaya kekuatan iman dan nur kebesaran dan Keberanian dan keagungan-Mu ke dalam jiwa saudara kami Di Gaza Palestine dan di mana saja mereka berada,

Yaa Allah tanamkanlah dalam hati para Zionis dan Anjing- Anjing suruhanya rasa takut dan takut tengok Saudara kami..

Yaa Allah mereka mengebom, dan membunuh kanak- kanak dan orang- orang yang tiada terdaya Ya Allah! Binasakanlah Zionis dengan caramu, Jangan sisakan seorang pun dari mereka.

Dan Menangkanlah Saudara kami keatas mereka, la haula wala' quwatta illa billah Yaa Allaah Tiada sesiapapun yang dapat menolong mereka melainkan engkau Yaa Allaah...

Arif Musyrif.

05/04/2025

*ADAKAH ANDA PERLU HIBAH?*

Perkataan “Hibah” selalu anda dengari kerana digunakan oleh ramai agen-agen seperti Agen Takaful & Agen Wasiat-Hibah.

Tetapi apa sebenarnya hibah tu?
Kenapa anda perlu hibah?
Apa kelebihan hibah?
Siapa yang perlu hibah?
*Adakah Hibah amat penting kpd anda?*

*APA ITU HIBAH?*

Hibah dlm Bahasa yg mudah adalah hadiah atau pemberian atas dasar sukarela & kasih-sayang. Namun dalam islam, ada Rukun2 & syarat2 yang mesti dipatuhi sebelum Pemberian itu dipanggil Hibah.

Antara Rukun2 & syarat2 hibah adalah pemberi hibah, penerima hibah, akad dan barang yang dihibahkan.

Secara ringkasnya, pemberi hibah mestilah berakal, cukup umur (baligh) dan pemilik sah barang yang hendak dihibahkan.

Untuk penerima p**a, tidak kira sesiapa sahaja samada islam atau tidak, namun berkeupayaan untuk memiliki barang tersebut. Nilai barangan yg ingin diberikan p**a tiada had.

Akad/Sighah Hibah perlu ada diantara pemberi dan penerima bagi menyempurnakan sesuatu pemberian Hibah.

Mematuhi Rukun2 & syarat2 Hibah amat penting sekali kerana Hibah yang sah tidak boleh dipertikaikan di Mahkamah. Maksudnya hibah yang sah tidak boleh dituntut oleh orang lain. Hibah ni juga tidak termasuk di dalam Pembahagian Pusaka Secara Faraid kerana Harta yg telah dihibahkan bukan lagi milik Pemberi Hibah.

*KENAPA ANDA PERLU HIBAH?*

Hibah ini perlu jika anda ingin memberikan harta kepada sesiapa sahaja samada waris atau bukan waris. Contoh bukan waris ialah anak angkat, anak susuan atau sesiapa sahaja yang bukan termasuk waris. Lagipun Hibah tidak menghadkan limit harta yg boleh diberi.

Sebaliknya Jika anda membuat wasiat, anda tidak boleh memberikan seluruh harta. Wasiat ada had limit iaitu hanya 1/3 Harta sahaja yg boleh diberikan, dan hanya boleh diberi kepada bukan waris jika Ianya tidak mahu dicabar.

*APA KELEBIHAN HIBAH?*

Seperti yang telah diterangkan di atas, antara kelebihan hibah ialah anda boleh memberikan harta anda kepada sesiapa sahaja tanpa had.

Selain itu juga, pemberian harta melalui hibah yang sah tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapapun walaupun cuba dicabar di Mahkamah.

Kelebihan yang lain ialah, anda boleh tentukan sendiri siapakah yang perlu menerima harta itu dan nilai yang hendak dihibahkan.

*SIAPA YANG PERLU BUAT HIBAH?*

Disini saya senaraikan ciri-ciri yang menyebabkan anda perlu laksanakan HIBAH.

✅ Pasangan yang membeli rumah secara bersama (Joint Loan)

✅ Pasangan yang mempunyai anak perempuan sahaja

✅ Pasangan yang mempunyai anak angkat

✅ Pasangan yang tidak mempunyai anak

✅ Golongan yang berpoligami

✅ Pasangan yang masih mempunyai ibu dan ayah

✅ Golongan yang sekian lama membujang

✅ Golongan yang mempunyai anak lelaki dan perempuan

✅ Pasangan yang mempunyai anak OKU@Istimewa

✅ Individu yang berkahwin semula selepas kematian pasangan atau perceraian

✅ Pasangan yg ingin memberi harta sama rata

✅ Individu yang akan menunaikan Ibadah Umrah dan Haji

✅ Ahli perniagaan

✅ Individu yang mempunyai harta melebihi RM2 Juta

Ciri-ciri yg disenaraikan diatas ini hanyalah sebagai panduan sahaja. Sebenarnya, anda sendirilah yg mengetahui pelbagai sebab lagi mengapa anda perlu laksanakan hibah.

*ADAKAH HIBAH PENTING BAGI ANDA?*

Sebenarnya anda sahaja yang boleh menentukan samada hibah itu sesuai untuk anda atau sebaliknya.

Tidak ada paksaan kerana hibah itu sendiri adalah pemberian secara sukarela tanpa timbal balik atau paksaan.

Jika anda tergolong di dalam ciri-ciri diatas, maka pada hemat saya, ANDA MEMANG PERLU MEMBUAT HIBAH di atas sebab-sebab yang telah dinyatakan.

Arif Musyrif.

السَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه Saudara/Saudari sekalian yang dirahmati Allah,  Di hari kemenangan in...
30/03/2025

السَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Saudara/Saudari sekalian yang dirahmati Allah,

Di hari kemenangan ini, dengan kerendahan hati, saya ingin mengucapkan:
*تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ، وَكُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ*
*"Semoga Allah menerima amalan kami dan kalian, serta semoga kita semua diberkati kebaikan setiap tahun."*

Sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ: *«مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ»*
*(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)*
*Maksudnya*: *"Barangsiapa berpuasa Ramadan dengan iman dan ikhlas, niscaya diampuni dosanya yang lalu."*

Di kesempatan mulia ini, saya *secara peribadi* ingin memohon maaf zahir dan batin atas segala kesilapan, kekurangan, atau kata-kata yang tidak disengaja menyentuh perasaan. Sebagaimana kita saling mengingatkan:
*أَلْقَلْبُ مِرْآةُ الْقَلْبِ*
*"Hati adalah cermin bagi hati yang lain."*
Semoga Allah menyucikan hati kita dan mengikat ukhuwah dalam redha-Nya.

Marilah kita syukuri Ramadan sebagai momentum memperbaiki diri. Semoga amal ibadah kita diterima, dosa diampuni, dan kehidupan setelahnya dipenuhi keberkatan.

*Selamat Hari Raya Aidilfitri!*
*عِيْدُ مُبَارَكْ – كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ*
*"Selamat Hari Raya yang diberkati – semoga kita senantiasa dalam kebaikan."*

Dengan tulus,
*ARIF MUSYRIF*

27/03/2025

Apa sahaja yang dikaitkan dengan al-Quran, ia menjadi mulia.

Malaikat Jibril عليه السلام menjadi perantara menurunkan al-Quran. Ia merupakan penghulu bagi para Malaikat.

Diturunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad ﷺ. Maka baginda menjadi penghulu segala Nabi dan Rasul.

Diturunkan al-Quran dalam bulan Ramadhan. Maka ia menjadi sebaik-baik bulan.

Diturunkan al-Quran pada malam al-Qadr. Maka ia menjadi sebaik-baik malam.

Orang yang mempelajari atau menghafal atau mengajarkan al-Quran. Maka ia termasuk sebaik-baik insan sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah ﷺ:

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

"Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya".

[ Hadith riwayat Bukhari dan lain-lain ]

Semoga kita mendapat kebaikan disebabkan al-Quran. Dan semoga al-Quran menjadi sahabat kita yang ia menjadi hujjah yang menolong kita di akhirat kelak, dan bukan p**a ia menjadi musuh kita yang ia menjadi hujjah ke atas keburukan kita. Hal ini sepertimana Sabdaan Rasulullah ﷺ:
.وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ

"..al-Quran merupakan hujjah (pembela) bagimu atau (boleh jadi ia bahkan) menuntut (melawan) dirimu."

[ Hadith riwayat Muslim dan lain-lain ]

"Sebuah Kisah Tentang Perlindungan & Harapan"Ahmad, seorang bapa kepada dua orang anak, hidup bahagia bersama keluargany...
26/03/2025

"Sebuah Kisah Tentang Perlindungan & Harapan"

Ahmad, seorang bapa kepada dua orang anak, hidup bahagia bersama keluarganya. Namun, satu hari, dia jatuh sakit secara tiba-tiba. Kos rawatan hospital semakin meningkat, dan tanpa perlindungan insurans, keluarganya terpaksa menggunakan semua simpanan mereka.

Di saat itu, Ahmad tersedar—jika dia mempunyai Etiqa Family Takaful, beban keluarganya pasti lebih ringan. Dia bukan sahaja dapat rawatan terbaik, malah anak-anaknya tidak perlu mengorbankan masa depan mereka kerana masalah kewangan.

Jangan tunggu sehingga terlambat. Lindungi diri dan keluarga anda dengan Etiqa Family Takaful hari ini!

15/01/2025

Kenyataan tentang hakikat diri merujuk kepada pengakuan atau refleksi yang jujur mengenai siapa kita sebenarnya. Ia melibatkan pemahaman terhadap kekuatan, kelemahan, nilai, emosi, matlamat, dan peranan kita dalam kehidupan. Hakikat diri boleh dinilai melalui beberapa aspek, seperti:

1. Identiti

Siapa diri anda?

Apakah nilai dan prinsip utama yang anda pegang?

2. Kekuatan dan Kelemahan

Apakah kekuatan unik anda yang membantu mencapai kejayaan?

Apakah kelemahan yang perlu diperbaiki?

3. Perasaan dan Emosi

Bagaimana anda menangani tekanan, kegembiraan, atau kesedihan?

Apakah perkara yang mencetuskan kebahagiaan atau kesedihan dalam hidup anda?

4. Matlamat dan Impian

Apakah matlamat utama anda dalam kehidupan ini?

Adakah anda sedang berusaha ke arah mencapai matlamat tersebut?

5. Tanggungjawab dan Peranan

Apakah tanggungjawab utama anda, sama ada sebagai anak, ibu bapa, pekerja, atau masyarakat?

Bagaimana anda melaksanakan peranan tersebut?

Hakikat diri bukanlah sesuatu yang statik tetapi sentiasa berkembang berdasarkan pengalaman, pembelajaran, dan refleksi. Adakah anda mencari panduan untuk mengenali hakikat diri anda lebih mendalam?

09/11/2024

Address

No51, Jalan Gunung Lambak 1, Taman Gunung Lambak
Kluang
86000

Telephone

+601121669327

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Etiqa Family Takaful by Arif Musyrif posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Etiqa Family Takaful by Arif Musyrif:

Share