06/08/2023
Salaam Takziah buat keluarga mangsa
Saya telah diajukan agar memberi pendapat berdasarkan pengalaman menguruskan kes kemalangan jalanraya.
Berkaitan isu pokok tumbang ini.Ada beberapa point yg perlu dilihat.
1) Samada pokok tumbang dalam keadaan bencana alam (contoh ribut petir, gempa bumi) atau tidak
- Sekiranya kejadian berlaku dalam apa yg diistilahkan bencana alam. Maka pihak insurans pemilik laluan tidak membayar gantirugi. Sekiranya berlaku dalam keadaan normal. Maka pihak insurans pemilik laluan wajib menjawab tuntutan gantirugi mangsa / waris mangsa
2) Sekiranya kejadian berlaku dalam keadaan bencana alam TETAPI keadaan pokok sudah tua / reput / berpenyakit yg merosakkan sistem tunjang tumbuhan. Maka dalam keadaan ini mangsa / waris mangsa boleh mengemukakan tuntutan malah saman terhadap pemilik laluan
Tetapi dengan syarat pihak pendakwaan perlu membuktikan pokok itu dalam keadaan sedemikian.
Saya mengesyorkan memanggil pakar tumbuhan terutamanya dalam bidang Arborikultur untuk tujuan pembuktian di mahkamah.
Isu pokok tumbang dan ranting besar patah bukanlah satu isu yg perlu dipandang ringan. Banyak kes terutama ketika hujan lebat dan angin kencang.
Bagi pihak dan saya menggesa agar pihak pemilik laluan berikan tumpuan yg lebih serius terhadap masalah ini.
Buat keluarga Arwah.
Al Fatihah
Semoga mendapat pembelaan sewajarnya.
Jika tidak didunia, sudah tentu diakhirat
Buat pihak kerajaan
Ini lah sebabnya beberapa akta berkaitan keselamatan dan penyelenggaraan jalanraya perlu digubal semula secara segera.
Hentikan berpolitik bila memegang jawatan di kementerian
Anda diposisi memberikan perkhidmatan untuk semua
Lando Zawawi
Pengasas Ikatan Silaturrahim Brotherhood Malaysia
Pengasas Persatuan Mangsa Kemalangan Jalanraya Malaysia