26/08/2026
π ISU SETINGGAN DI KOTA KINABALU β BUKAN SETAKAT PASAL RUMAH, TAPI PASAL TANAH & MASA DEPAN BANDAR
Kalau kita pusing-pusing sekitar Kota Kinabalu dan kawasan pinggir bandar, isu setinggan ni memang bukan benda baru bah.
Ada kawasan yang sudah diduduki bertahun-tahun, rumah makin bertambah, jalan masuk makin padat, sampah pun jadi masalah. Tapi dari sudut hartanah, ada satu perkara yang ramai urang selalu lupa:
Tanah yang diduduki belum tentu tanah yang dimiliki.
Bila sesuatu kawasan berkembang tanpa perancangan yang teratur, kesannya bukan kepada penghuni saja. Pemilik tanah, jiran sebelah, pembeli, developer dan nilai hartanah di kawasan sekitar pun boleh terkesan.
Contohnya, tanah yang sebenarnya mempunyai potensi pembangunan mungkin susah mau dijual atau dibangunkan kalau sudah ada pendudukan tidak terancang. Pembeli pun akan lebih berhati-hati sebab mau periksa akses, sempadan tanah, status geran, pendudukan sedia ada dan risiko pertikaian.
Sebab tu kalau mau beli tanah di sekitar KK, jangan tengok harga murah saja bah.
π Periksa geran dan pemilik berdaftar.
π Pastikan sempadan tanah betul.
π Tengok keadaan sebenar di tapak.
π Periksa akses masuk.
π Kenal pasti kalau ada rumah atau pihak lain yang sedang menduduki tanah.
π Fahami perancangan dan potensi pembangunan kawasan.
Bagi pemilik tanah p**a, jangan tunggu sampai bertahun-tahun baru mau tengok keadaan tanah sendiri. Tanah kosong yang lama tidak dipantau boleh membawa masalah yang jauh lebih susah diselesaikan kemudian.
Isu setinggan memang isu sosial yang kompleks dan perlu diselesaikan secara berperikemanusiaan. Tapi dalam masa yang sama, hak pemilikan tanah, keselamatan penduduk dan perancangan bandar pun perlu dijaga.
KK makin berkembang bah.
Kalau kita mau bandar yang lebih teratur dan nilai hartanah yang sihat untuk jangka panjang, isu macam ni memang perlu ditangani dengan perancangan yang betul β bukan tunggu sampai masalah sudah terlalu besar.