15/05/2026
Tahun 2000.
KDNK China cuma sekitar USD1.2 trilion.
Amerika ketika itu lebih kurang USD10 trilion.
Jurangnya terlalu besar sampai ramai pakar Barat masa tu anggap China hanya akan jadi “factory murah dunia” selamanya.
Hari ini?
Ekonomi China sudah melebihi USD18 trilion. Amerika p**a sekitar USD30 trilion.
Dalam masa hanya lebih kurang 25 tahun, China menambah hampir USD17 trilion nilai ekonomi.
Itu bukan pertumbuhan biasa.
Itu pertumbuhan paling agresif dalam sejarah moden manusia untuk sebuah negara bersaiz besar.
Sebab itu bila Jeffrey Sachs datang ke Beijing baru baru ini dan berkata:
“Aku tidak risau tentang ekonomi China.”
Ayat itu sebenarnya berat.
Sebab Jeffrey Sachs bukan influencer TikTok ekonomi.
Dia antara ahli ekonomi paling terkenal di dunia dan pernah terlibat dalam banyak projek pembangunan ekonomi global.
Dan point yang dia sebut sebenarnya tepat.
Ramai orang di luar China masih melihat negara itu melalui lensa tahun 2005.
Hakikatnya, China tahun 2026 sudah berubah jauh.
China sekarang menghasilkan lebih 30 peratus output manufacturing dunia.
Amerika sekitar 15 peratus.
Maksudnya, hampir satu pertiga barang industri dunia datang dari China.
Bukan sekadar baju murah atau barang plastik.
Tetapi:
Mesin industri.
Battery EV.
Solar panel.
Drone.
Rail technology.
Rare earth processing.
Robotik.
Komponen elektronik.
Chemical engineering.
Shipbuilding.
Contoh paling mudah ialah industri EV.
Tahun 2025, BYD menjual lebih banyak EV daripada Tesla secara global.
China juga menguasai lebih 70 peratus pengeluaran bateri lithium ion dunia.
CATL, syarikat bateri China, sekarang supply kepada banyak pengeluar automotif global termasuk Tesla, BMW dan Mercedes.
Dalam sektor solar p**a lebih gila.
Lebih 80 peratus solar panel dunia datang dari China.
Mereka bukan sekadar jual murah.
Mereka control keseluruhan supply chain.
Silicon refining.
Wafer.
Cell.
Module.
Semua ada.
Sebab itu Jeffrey Sachs sebut tentang “fundamentals”.
Asas ekonomi.
Ramai orang terlalu fokus pada property crash China sampai lupa satu benda besar.
China sedang transition daripada property driven economy kepada advanced industrial economy.
Memang painful.
Memang perlahan.
Tetapi itu memang direction mereka.
Kalau tengok data R&D, China sekarang membelanjakan lebih USD500 bilion setahun untuk Research & Development.
Kedua tertinggi di dunia selepas Amerika.
Mereka juga menghasilkan jutaan graduan STEM setiap tahun.
Engineering.
AI.
Material science.
Physics.
Manufacturing automation.
Ini benda yang ramai tak nampak sebab semua orang sibuk tengok headline sensasi.
“China collapse.”
“China doomed.”
“China bubble.”
Tetapi dalam masa sama, China:
Bina high speed rail paling panjang dunia.
Bina pelabuhan terbesar dunia.
Bina power grid terbesar dunia.
Bina renewable infrastructure terbesar dunia.
Dan mereka buat semua itu sambil masih menjadi antara pengeksport terbesar dunia.
Adakah China ada masalah?
Sudah tentu.
Youth unemployment tinggi.
Pop**ation aging semakin serius.
Debt local government besar.
Property sector masih belum stabil sepenuhnya.
Tetapi jangan confuse antara “slowdown” dengan “collapse”.
Amerika sendiri pernah melalui:
Dotcom crash.
2008 financial crisis.
COVID recession.
Ekonomi besar memang ada cycle.
Yang penting ialah asas negara itu.
Dan inilah point Jeffrey Sachs.
China masih ada:
Manufacturing power.
Technological capacity.
Infrastructure scale.
Supply chain dominance.
Engineering talent.
State planning capability.
Negara itu bukan sempurna.
Tetapi kalau dunia masih memandang China sebagai “kilang barang murah”…
Dunia sebenarnya sudah tertinggal beberapa chapter.
Dan mungkin itu sebab sebenar kenapa Barat sekarang semakin gelisah.
Bukan sebab China lemah.
Tetapi sebab China semakin kuat.