Saya Mampu Rumah Baru

Saya Mampu Rumah Baru Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Saya Mampu Rumah Baru, Property developer, 1, Jalan 11/108c, Taman Sungai Besi, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Penyelesaian Lengkap Salutan Cat dan Pembinaan Nippon Paint: Pencetus perubahan untuk industri pemaju dan pembinaan
29/05/2023

Penyelesaian Lengkap Salutan Cat dan Pembinaan Nippon Paint: Pencetus perubahan untuk industri pemaju dan pembinaan

Dari konkrit asas hingga perincian permukaan, langkah baharu Nippon Paint bakal meningkatkan kecekapan pembinaan, kualiti dan perincian permukaan untuk kontraktor, pembina dan pemaju profesional.

CCC Rumah (Sijil Penyiapan dan Pematuhan) dan CFO (Sijil Kelayakan Menduduki)
27/05/2023

CCC Rumah (Sijil Penyiapan dan Pematuhan) dan CFO (Sijil Kelayakan Menduduki)

Mengapakah CCC atau Sijil Penyiapan dan Pematuhan penting bagi pemilik rumah? Di sini, kami melihat secara terperinci perakuan sijil ini, bagaimana ia berbeza dengan CFO (Sijil Perakuan Kelayakan Menduduki), dan siapakah orang yang menyerahkan prinsipal (PSP)?

MRTT vs MLTT: Apakah 4 Perbezaannya Di Malaysia?
23/05/2023

MRTT vs MLTT: Apakah 4 Perbezaannya Di Malaysia?

MRTT dan MLTT sama-sama melindungi hartanah anda, tapi ia berbeza cara pembayaran, kadar caruman dan kadar litupan. Jom tengok 6 perbezaan dan persamaan dua jenis insurans takaful Islam untuk hartanah di Malaysia ni

Inilah Kenapa Report CCRIS Dan CTOS Sangat Penting!
19/05/2023

Inilah Kenapa Report CCRIS Dan CTOS Sangat Penting!

Apa bende la yang nama CCRIS ngan CTOS ni? Jom kite chekidout pasal report-report yang penting sangat tu, serius tak rugi pun korang tambah ilmu ni.

Kadar Asas Standard (SBR): Apa Yang Anda Perlu Tahu?
13/05/2023

Kadar Asas Standard (SBR): Apa Yang Anda Perlu Tahu?

SBR bergerak selari dengan OPR, sebarang perubahan terhadap kadar faedah pinjaman hanya akan berlaku sekiranya OPR dinaikkan atau diturunkan. Ketahui lebih lanjut tentang Kadar Asas Standard sekarang!

Apakah yang perlu anda lakukan selepas ubah suai rumah?
11/05/2023

Apakah yang perlu anda lakukan selepas ubah suai rumah?

Selepas pengubahsuaian rumah anda siap, tiba masanya untuk memulakan kehidupan dan mencipta kenangan di dalam ruang baharu ini! Tetapi sebelum itu, sediakan pembersih vakum dan semua alat pencuci. Banyak pembersihan yang perlu dilakukan! Atau mungkinkah ada nombor yang boleh dihubungi untuk menolong...

2023 Gaji verses Rumah yg Anda Mampu
08/05/2023

2023 Gaji verses Rumah yg Anda Mampu

𝐌𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐧𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐥𝐢 𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡? 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚 𝐜𝐨𝐬𝐭 𝐤𝐞𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐧𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢?So harini saya nak share sikit proses jual beli ruma...
07/11/2022

𝐌𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐧𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐥𝐢 𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡? 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚 𝐜𝐨𝐬𝐭 𝐤𝐞𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐧𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢?

So harini saya nak share sikit proses jual beli rumah (subsale)😄

Proses yang saya akan share ni adalah untuk rumah subsale.

Rumah subsale ni rumah yang kita beli dengan owner, rumah secondhand la. Untuk details tentang jenis rumah boleh refer thread bawah ni

Dan proses ni diantara PEMBELI dan PENJUAL (owner).

𝟏. 𝐁𝐨𝐨𝐤𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐋𝐨𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐛𝐦𝐢𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧

Lepas dah view rumah dan confirm nak beli, benda pertama yang korang kena buat untuk book rumah tersebut adalah sign Agreement to Purchase (ATP)

Dan bayar 3.18% dari harga rumah sebagai earnest deposit.

Contoh: harga rumah RM300,000
So earnest deposit 3.18% = RM9540

Biasa dengar 10% deposit, ni kenapa 3.18% pulak? Haa kejap lagi kat bawah akan explain.

*sepanjang sharing ni saya akan guna contoh rumah RM300,000 sahaja.

Lepastu akan submit loan ke bank. Banker akan buat kerja selama 14 hari dan beri keputusan sama ada loan lepas atau tidak.

Kalau loan tak lepas? Jangan risau earnest deposit akan dipulangkan sepenuhnya kepada pembeli.

*untuk rumah pertama, bawah RM500K, boleh dapat 100% loan

𝟐. 𝐒𝐚𝐥𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐏𝐮𝐫𝐜𝐡𝐚𝐬𝐞 𝐀𝐠𝐫𝐞𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭 (𝐒𝐏𝐀)

Lepas loan dah lulus, lawyer akan buatkan SPA.

SPA adalah perjanjian di antara pembeli dan penjual. Lawyer akan explain setiap clause kat dalam SPA.

Lepas dah sign, pembeli perlu buat bayaran baki deposit 6.18% dari harga rumah

6.18% = RM20,460

Termasuk earnest deposit sewaktu booking tadi, pembeli sudah membayar sebanyak RM30,000 iaitu 10% deposit.

Jadi perlu bayar lagi RM270,000 kepada owner dalam bentuk loan.

Untuk lawyer, pembeli perlu bayar:

Legal fees: ~1.7% = RM5,100
Stamp duty:
(1% x RM100k) + (2% x RM200k)
= RM1000+RM4000
= RM5000

Total = RM10,100

Tapi untuk rumah pertama, bawah RM500,000, RM300,000 yang pertama dapat pengecualian stamp duty.

So rumah bawah RM300k macam dalam contoh ni tak kena caj stamp duty.

𝟑. 𝐋𝐨𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐫𝐞𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭 (𝐋𝐀)

Yang seterusnya, loan agreement. Kalau SPA antara pembeli dan penjual, LA ni perjanjian antara pembeli dengan bank yang dia buat loan.

Sama macam SPA, lawyer yang akan sediakan LA. Jadi ada bayaran legal fees dan juga stamp duty.

Legal fees: ~1.7% = RM5,100
Stamp duty: 0.5% = RM1,500
Total = RM6,600

*stamp duty untuk LA fix rate 0.5%

Kemudian, bank akan lantik valuer untuk value rumah yang kita beli. Sebab bank tak akan bagi loan lebih dari market value rumah tersebut.

Kat sini pembeli perlu bayar valuer
0.5% = RM1,500

𝟒. 𝐏𝐫𝐨𝐬𝐞𝐬 𝐭𝐮𝐤𝐚𝐫 𝐧𝐚𝐦𝐚

Ok so kat sini adalah proses paling lama. Tempoh proses tu bergantung pada banyak faktor. Kalau aku cerita kat thread ni, nanti jadi terlalu panjang

Tapi secara ringkasnya boleh refer gambar di bawah. Freehold dan leasehold itu adalah title rumah.

Saya bagi takat ni je la dulu eh. Kalau ramai support post saya kali ni saya akan share lagi sambungannya untuk tips yg TERAKHIR dan 𝐘𝐆 𝐏𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆 .

Kalau rasa sharing ni bermanfaat boleh la tolong like dan share ye. Terima kasih !! 😊😊

Apakah Kadar Dasar Semalaman (OPR) Dan Kesannya Kepada Anda?OPR ni sangatlah penting dalam dasar monetari Malaysia. Ia a...
07/11/2022

Apakah Kadar Dasar Semalaman (OPR) Dan Kesannya Kepada Anda?

OPR ni sangatlah penting dalam dasar monetari Malaysia. Ia akan memberi kesan kepada pelbagai ukuran kewangan seperti kadar deposit, kadar pinjaman, pertukaran matawang asing, dan sudah pastilah faedah pembiayaan perumahan.
Tapi, apakah sebenarnya OPR dan maksudnya dalam konteks pinjaman perumahan dan pemilikan hartanah?
Apa Perubahan OPR Terkini dan Mengapa Ia Berlaku?
Pada 3 November 2022, Bank Negara Malaysia mengumumkan kenaikan OPR sebanyak 0.25% kepada 2.75%, ini dilakukan selepas ia dinaikkan kepada 2.50% pada September lalu.
Untuk konteks, berikut adalah perubahan OPR yang berlaku sebelum ini:

🟢 8 September 2022 – Kenaikan Kadar OPR sebanyak 25bps kepada 2.50%
🟢 6 Julai 2022 – Kenaikan Kadar OPR sebanyak 25 bps kepada 2.25%
🟢 11 Mei 2022 – Kenaikan Kadar OPR sebanyak 25 bps kepada 2.00%
🟢 7 Julai 2020 – Potongan Kadar OPR sebanyak 25 bps kepada 1.75% (terendah dalam sejarah)
🟢 5 Mei 2020 – Potongan Kadar OPR sebanyak 50 bps kepada 2.00 %
🟢 3 Mac 2020 – Potongan Kadar OPR sebanyak 25 bps kepada 2.50%
🟢 22 Januari 2020 – Potongan kadar OPR sebanyak 25 bps kepada 2.75%

**bps – basic points (mata asas)

PEMILIK RUMAH PERLU TAHU !! Boleh ke apply MLTT semasa dalam perlindungan MRTT?Ambil sekarang sebab:1) melengkapkan keku...
06/11/2022

PEMILIK RUMAH PERLU TAHU !!

Boleh ke apply MLTT semasa dalam perlindungan MRTT?

Ambil sekarang sebab:
1) melengkapkan kekurangan MRTT yg tak cover loan amount rumah

2) harga bulanan MLTT akan based umur skrng, kalau ambil umur akan datang atau lagi 10 tahun nanti dah jadi mahal 😊





Address

1, Jalan 11/108c, Taman Sungai Besi, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
57100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Saya Mampu Rumah Baru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Saya Mampu Rumah Baru:

Share