06/07/2023
5 Tips pelaburan hartanah untuk newbie!
1. Ketahui kos yang terlibat
Sejujurnya, pelaburan hartanah tidak murah. Hartanah memerlukan modal yang tinggi untuk dibeli, maka sesetengah pembeli perlu menyimpan kewangan mereka selama beberapa tahun. Tetapi jika anda mempunyai dana atau sanggup mengambil pinjaman, ianya pasti membuahkan hasil.
Namun, ia bukan semudah beli hartanah dan secara automatik anda akan bina pelaburan yang kukuh. Jadi tips pertama pelaburan hartanah untuk newbie adalah untuk mengetahui kos tambahan yang perlu diambil kira: penyelenggaraan asas, pemeliharaan tahunan, penambahbaikan, serta perbelanjaan seperti utiliti dan cukai.
2. Pilih jenis hartanah
Jadi, anda mempunyai simpanan yang cukup untuk pelaburan hartanah. Sekarang untuk tips pelburan hartanah kedua, anda mesti memutuskan jenis hartanah untuk dilaburkan. Anda boleh memilih hartanah komersial atau kediaman untuk membina pelaburan hartanah anda.
Anda boleh menjadi tuan tanah dan menyewa rumah atau apartmen. Ggunakan hartanah anda sebagai Airbnb, sewa percutian, atau sewakan kepada pengguna lain untuk bina pendapatan anda dari pelaburan hartanah.
Oleh itu, sebelum memilih hartanah, tentukan apa rancangan anda dan apa tujuan hartanah tersebut.
3. Pergi lihat kawasan
Untuk penyewaan kediaman atau percutian, kawasan yang terbaik untuk pelaburan hartanah anda harus dikelilingi dengan kemudahan seperti sekolah, kedai serbaneka, pusat beli belah, pengangkutan awam, dan lain-lain.
Teliti persaingan di sekeliling kawasan yang anda mahukan, dan tentukan sama ada hartanah yang anda pilih berada di tempat utama untuk tujuannya. Kawasan yang anda mahukan mungkin punyai pelbagai hartanah lain yang lebih murah berbanding dengan yang anda mahukan.
Pertimbangkan komuniti, berdekatan dengan tarikan popular dan faktor cara hidup. Untuk penyewaan perniagaan, periksa penduduk, tempat letak kenderaan dan demografi kawasan ini.
4. Lindungi diri
Modal sudah ada, anda sudah pilih jenis hartanah dan kawasan yang anda mahukan, tips pelaburan hartanah seterusnya adalah untuk ketahui jenis insurans untuk melindungi hartanah anda. Kenali harga-harga bagi setiap insurans yang boleh diambil untuk melindungi hartanah anda.
Dengan adanya perlindungan insurans untuk hartanah anda, anda tidak perlu pening kepala jikalau apa-apa terjadi kepada hartanah anda.
Selain dari perlindungan insurans, pilih ejen dan agensi yang berwibawa untuk bantu anda membuat pilihan terbaik dalam pelaburan hartanah anda
5. Beli hartanah untuk jangka masa panjang
Tujuannya adalah untuk menjual hartanah anda dengan harga lebih daripada berapa yang anda bayar. Bina nilai hartanah anda dengan membuat peningkatan atau penambahan yang mudah.
Apabila anda menambah nilai hartanah, anda dapat menjualnya dengan lebih banyak lagi, dan usaha anda akan membuahkan hasil.
Sebelum anda membuat pilihan untuk menjual hartanah anda, seeloknya anda buat penilaian untuk ketahui berapa harga pasarannya kini. Cari penilai yang bertauliah untuk bantu anda menilai hartanah anda sebelum anda menjual.