KakiProperty

KakiProperty Sahabat Hartanah Anda. t.me/kakipropertylisting

Kenaikan kadar duti setem untuk sewaan atau pajakan berkuatkausa 1 Januari 2025.Jangan p**a nanti terkejut bila nak memp...
08/01/2025

Kenaikan kadar duti setem untuk sewaan atau pajakan berkuatkausa 1 Januari 2025.

Jangan p**a nanti terkejut bila nak memperbaharui perjanjian sewa/ pajakan atau nak bayar duti setem untuk perjanjian sewa/ pajakan yang baru.

Jika desripsi surat cara
i - Bayaran sewa tetap atau
ii - Bayaran sewa berbeza atau
iii - terdapat pindaan ke atas perjanjian sewa/ pajakan asal

Pengiraan kadar duti atas sewa mengikut formula baharu.

Kenaikan Duti Setem dan Penalti Lewat Penyeteman 2025.Apa yang harus anda tahu?
08/01/2025

Kenaikan Duti Setem dan Penalti Lewat Penyeteman 2025.

Apa yang harus anda tahu?

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan kenaikan duti setem untuk surat cara sewa/ pajakan yang telah berkuatkuasa sejak 1 Januari 2025 lalu.

Tahniah Hafizi!Kami dengan rasa bangga mengucapkan tahniah kepada Hafizi Hartanah atas kenaikan pangkat beliau ke jawata...
07/01/2025

Tahniah Hafizi!

Kami dengan rasa bangga mengucapkan tahniah kepada Hafizi Hartanah atas kenaikan pangkat beliau ke jawatan Team Sales Manager (TSM) di Chester Properties Empire 778!

Hafizi telah membuktikan dirinya sebagai seorang pemimpin yang berkaliber melalui kerja keras, dedikasi, dan pencapaian luar biasa dalam industri hartanah. Dengan pengalaman lebih 6 tahun sebagai Perunding Hartanah, beliau telah berjaya membantu ramai klien mencapai impian pemilikan hartanah mereka.

Beliau juga dikenali kerana kebolehannya membimbing dan menginspirasikan rakan ejen untuk mencapai potensi terbaik mereka, sekaligus memenuhi kriteria ketat TSE (Team, Sales & Experience) dalam KP Empire.

Tahniah sekali lagi Hafizi Solehin atas kejayaan ini! Semoga terus cemerlang dalam membawa pasukan KP Empire & Chester Properties Empire 778 ke tahap yang lebih tinggi.

💪👏 Terus maju dan berjaya!

With the great power comes great responsibility 🤲 InsyaAllah

Najib Mohamed
Group Sales Manager
Empire 778

23/07/2024

"Tunggu gaji naik nanti baru saya beli rumah"

Waktu gaji naik nanti harga rumah pun dah naik berkali ganda.

Kenaikan gaji dan harga rumah di Malaysia tak setara.

Adakah nanti lebih ramai yang menyewa?

Tapi... nak menyewa dengan siapa?

Sudah pasti, ada yang masih membelinya.

“Jangan tunggu untuk beli rumah, sebaliknya beli rumah dan tunggu”1. Beli rumah pada harga yang kita ‘mampu’ sahaja pada...
23/07/2024

“Jangan tunggu untuk beli rumah, sebaliknya beli rumah dan tunggu”

1. Beli rumah pada harga yang kita ‘mampu’ sahaja pada ketika ini mengikut scale gaji kita.

2. Be realistic di dalam memilih rumah. Mulakan dengan yang kecil sebelum membeli your dream house.

3. Apabila gaji anda mula meningkat dan nilai rumah ‘kecil’ yang anda beli sebelumnya turut meningkat, ketika itulah baru anda mula mencari your dream house.

4. Menyimpanlah untuk dana pembelian rumah kerana harga rumah tidak akan jatuh disebabkan oleh kos-kos bagi pembinaan rumah. Jangan mengharapkan dana di Akaun 2 EPF anda.


TIPS  #2 BUAT DUIT CEPAT-CEPATPastikan anda mempunyai pendapatan. Ini yang paling penting. Lebih-lebih lagi, yang ingin ...
29/01/2024

TIPS #2 BUAT DUIT CEPAT-CEPAT

Pastikan anda mempunyai pendapatan. Ini yang paling penting. Lebih-lebih lagi, yang ingin membeli rumah dengan menggunakan pinjaman bank.

Kalau anda banyak duit dan beli secara cash, itu lain cerita. Banyaknya duit nak beli cash.

Untuk graduan baru, cepat cari kerja. Dapat gaji, simpan. Susun payslip cantik-cantik.

Selalunya pekerja kerajaan berstatus tetap, tidak mempunyai masalah untuk membuat pinjaman perumahan. Lebih-lebih lagi dalam pinjaman perumahan kerajaan.

Pekerja swasta yang berstatus tetap dan bekerja dalam syarikat yang stabil pun tidak mempunyai masalah untuk membuat pinjaman.

Kerana gaji anda sentiasa masuk akhir bulan. Penyata slip gaji pun anda, berserta dengan carumah KWSP dan sebagainya.

Untuk perkerja berstatus ‘kontrak’, yang mempunyai slip gaji dan caruman KWSP, pun sebenarnya tidak mempunyai masalah. Tetapi, mungkin pihak bank akan memerlukan lebih banyak dokumen, jumlah simpanan yang banyak.

Jika anda seorang usahawan, bukan makan gaji tetapi tukang beri gaji, anda perlu ada akaun semasa dan akaun yang teratur supaya dapat membuktikan kepada bank yang anda mempunyai pendapatan daripada perniagaan.

Saranan saya kepada anda, masa yang muda yang persiakan. Cuba cari alternatif untuk tambahkan pendapatan, di samping menimba ilmu dan kemahiran survival.

Kita tidak tahu apa yang akan terjadi dengan kerjaya kita dan pendapatan kita di masa hadapan. Lagipun, pendapatan akan jadi lebih banyak.

Wah banyak jimat! Letak sampah-sampah je.. Simen tebal seinci di. Nasib baik tak terhempap tuan rumah.
29/01/2024

Wah banyak jimat! Letak sampah-sampah je.. Simen tebal seinci di. Nasib baik tak terhempap tuan rumah.

TIPS  #1 PERSEDIAAN MENTALPerkara paling penting untuk membeli hartanah ialah memahami kedudukan anda sekarang dan apa m...
24/01/2024

TIPS #1 PERSEDIAAN MENTAL

Perkara paling penting untuk membeli hartanah ialah memahami kedudukan anda sekarang dan apa matlamat kewangan anda.

Adakah ia sudah stabil atau masih tunggang langgang?

Maksud stabil, anda dapat membayar komitmen secara teratur, mempunyai pendapatan, simpanan dan bersedia untuk membeli hartanah.

Dengan mengetahui keadaan kewangan anda juga akan memberikan anda satu keadaan yang lebih tenang dalam membuat sesuatu keputusan dalam pembelian ini.

Ianya juga akan memberikan anda peluang untuk melakukan tindakan-tindakan yang perlu diambil dalam memiliki rumah pertama.

PENYEWA KELUARGA DARI NERAKA tinggalkan tunggakan bil elektrik RM 21,894.03‼️‼️Dahsyat betul tunggakkan nya! Sure ada ya...
17/01/2024

PENYEWA KELUARGA DARI NERAKA tinggalkan tunggakan bil elektrik RM 21,894.03‼️‼️

Dahsyat betul tunggakkan nya! Sure ada yang tanya, TNB tak potong ke bekalan elektrik ke rumah tu? Jawapan oleh TNB diruangan Komen di bawah....

Die silap kat apartment rental. 100% abg min sure. Kalau die sewa flat jer pun, dah ok.. sewa flat baru 500.. die single...
16/01/2024

Die silap kat apartment rental. 100% abg min sure. Kalau die sewa flat jer pun, dah ok.. sewa flat baru 500.. die single. Bilik sure ada lebih. Ada lebihan 1000 kat situ. Campur lebihan yg ada. 1400 tu.

Betul-betul nak jual cepat. Agent/ owner berlari-lari ambil gambar 😂
31/12/2023

Betul-betul nak jual cepat. Agent/ owner berlari-lari ambil gambar 😂

08/12/2023

Staf ‘gomen’ hampir muflis, masa sihat buat pinjaman peribadi RM430K.. Kini cuti tanpa gaji sebab sakit, tak boleh bayar hutang 😔

Address

Kuala Lumpur
58100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KakiProperty posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KakiProperty:

Share

Category