01/06/2026
Ramai orang dah menyewa bertahun-tahun.
�Setiap bulan keluarkan duit bayar untuk tempat tinggal.
�Sampai hari ni masih belum ada rumah sendiri.
Sesetengah orang tu memang susah sikit nak beli sebab gaji kecil.
Tapi ramai juga yang bergaji besar tak beli rumah lagi.
Sedangkan kalau dikira balik, jumlah sewa tu kadang-kadang hampir sama dengan ansuran rumah.
Kenapa ramai masih memilih untuk menyewa?
Antara benda yang saya nampak sepanjang jadi perunding hartanah ialah, ramai orang lebih utamakan lifestyle dan nama kawasan berbanding beli aset sendiri.
Mereka nak duduk di kawasan yang nampak eksklusif.�
Macam KLCC, Mont Kiara atau Bangsar.
Memang benda ni tak salah. Kawasan-kawasan ni selesa dan ada standard tersendiri.
Kadar sewa dekat kawasan macam ni tinggi sebab permintaan kuat daripada golongan expat.
Golongan expat ni, syarikat yang tanggung kos sewa, jadi mereka tak rasa beban sangat.
Untuk rakyat tempatan p**a, kalau terlalu lama menyewa tanpa beli aset sendiri, risikonya besar sebab:
�❇️ Harga sewa boleh naik dari tahun ke tahun.
�❇️ Harga rumah pun terus meningkat.
�❇️ Bila umur makin bertambah, tempoh pinjaman makin pendek. Akhirnya ansuran bulanan jadi lebih tinggi.
Sebab tu ramai orang yang dulu tangguh beli rumah akhirnya menyesal bila tengok harga rumah yang mereka s**a dulu dah naik.
Saya tak pernah dengar orang cakap:�
‘Nasib baik aku tunggu, harga rumah KL dah makin murah.’
Yang saya selalu dengar:�
‘Kalaulah aku beli masa harga dulu…’
Kalau korang tengah cari rumah yang berbaloi dekat KL, boleh PM saya. Saya bantu explain pilihan yang sesuai ikut bajet dan situasi korang.