26/07/2026
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ "๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐โ
TI Properties Sdn. Bhd. (TI Properties) berjaya mengumpulkan sebanyak 108 beg darah menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) "Setitis Kebaikan, Hadiah Kehidupan" yang berlangsung di Elysium, Menara Utara, Kuala Terengganu Drawbridge.
Program tahunan ini dianjurkan dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu sebagai usaha menyokong keperluan bekalan darah hospital bagi membantu pesakit yang memerlukan rawatan.
Program ini turut menerima sokongan daripada Paya Bunga Hotel, The Grand Puteri Hotel, McDonald Malaysia, The Langit Duyong Marina Resort, Hospital Pakar SALAM, Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para), Aijifixmobile serta Beyco Resources yang menyumbang pelbagai bentuk tajaan bagi memeriahkan program.
Dalam masa yang sama, TI Properties turut melibatkan penyertaan Produk Warna-warni, Artcade (Loco Bros) dan Mama Care sebagai vendor program, selaras dengan komitmen syarikat dalam memperkasakan pembangunan vendor komuniti melalui penyediaan peluang ekonomi yang lebih mampan.
TI Properties percaya bahawa tanggungjawab sosial korporat bukan sekadar memberi sumbangan kepada masyarakat, malah merangkumi usaha memperkasakan komuniti melalui penyediaan peluang ekonomi yang mampan. Pendekatan ini diharap dapat memberi manfaat yang lebih meluas kepada masyarakat dan menyokong agenda pembangunan inklusif negara.