16/12/2021
Kenapa lagi bijak beli rumah dari agen berbanding beli terus dari owner??
1) Beli dari owner direct ni, harga jual mungkin harga syok sendiri. Tapi kalau beli dari agent, biasanya harga rumah yang dijual dah disemak dengan bank value. Sebab agen tau kalau harga jual lebih tinggi dari bank value, susah mereka nak close deal. Mereka akan advise owner tentang harga yang senang dan boleh dijual.
2) Agen macam one stop center. Beli dari mereka, mereka akan uruskan hantar permohonan pinjaman ke bank dan uruskan lawyer terbaik untuk anda. Siap dapat khidmat nasihat percuma lagi...
3) Booking rumah melalui agent, duit booking masuk dalam akaun agensi mereka. Lebih selamat. Kalau apa-apa berlaku, kita boleh hubungi boss mereka di no telefon pejabat agensi. Kalau bayar booking kepada owner, buatnya esok call mereka, "nombor yang anda dial tiada dalam perkhidmatan". Haaa.. tak ke haru...
4) Agen ni berdaftar bawah agensi dan berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Agen Hartanah. Ada badan professional yang jaga. Ibarat macam ada lembaga disiplin yang jaga dan monitor, mereka akan jalankan urusniaga ikut peraturan. Kalau tak, lesen agensi boleh kena tarik.. Jadi.. proses jual beli kita lebih selamat.