30/07/2026
Ampun Tuanku.
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-67 Duli Paduka Baginda bagi tahun 2026.
Kami dari Repulse Bay Residences mendoakan semoga Allah SWT terus menganugerahkan Tuanku kekuatan dan keberkatan untuk terus kekal bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan.
Didoakan ke hadrat Allah SWT juga semoga Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, serta putera-putera, puteri-puteri dan seluruh kerabat sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat-Nya, dilanjutkan usia dan sentiasa berada dalam sihat walafiat.
Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku.