14/05/2026
*π₯π₯π₯ββββββββββ*
*π¨π»βπ JBPM SARAWAK*
*π§― BAHAGIAN LATIHAN NEGERI*
*ββββββββββπ₯π₯π₯β*
*SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEKAP DAN MESRA*
*YS PENGARAH / TUAN TIMBALAN / TUAN / PUAN*
*TARIKH* : 12 β 14 Mei 2026
*MASA* : 8.00 pagi β 5.00 petang
*LOKASI* : Raia Hotel, Kuching
*PERKARA* : Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Agensi Persekutuan Sarawak Tahun 2026
*INTIPATI/AKTIVITI PROGRAM / PENGISIAN DAN OBJEKTIF* :
Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Agensi Persekutuan Sarawak Tahun 2026 telah disertai oleh lima kumpulan yang mewakili JBPM Negeri Sarawak iaitu Serian Innovative Team (BBP Serian), Merpati Simanggang (BBP Sri Aman), Bintulu Innovator (BBP Bintulu), iFIO (Bahagian Penyiasatan) dan T-Seven (BBP Lawas). Konvensyen ini melibatkan sebanyak 36 kumpulan KIK daripada pelbagai agensi yang telah bertanding dan mempersembahkan hasil inovasi masing-masing. Pertandingan telah berlangsung selama dua hari bermula 12 hingga 13 Mei 2026 manakala majlis penutupan diadakan pada 14 Mei 2026. Program ini bertujuan memperkasa budaya inovasi serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dalam kalangan agensi kerajaan. YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah JBPM Sarawak turut meluangkan masa hadir bagi memberi sokongan kepada kumpulan JBPM Sarawak serta menghadiri majlis penutupan program tersebut.
KUMPULAN TERLIBAT
1. Serian Innovative Team (BBP Serian)
2. Merpati Simanggang (BBP Sri Aman)
3. Bintulu Innovator (BBP Bintulu)
4. iFIO (Bhg Penyiasatan)
5. T-Seven (BBP Lawas)
sekian, terima kasih.