17/03/2024
Beli rumah muda-muda ni memang boleh jadi keputusan yang berfaedah. Ini antara sebabnya...
1. Pelaburan Jangka Panjang: Bila beli rumah awal-awal, kita bukan sahaja dapat tempat tinggal, tapi juga boleh jadi Pelaburan jangka panjang. Dengan bayar ansuran bank, kita bina nilai rumah kita. Lepas tu, ekuiti tu boleh kita guna untuk tujuan-tujuan lain macam pelaburan hartanah lain, pendidikan anak, atau pencen.
2. Rasa Stabil dan Tenang: Bila ada rumah sendiri, kita rasa lebih stabil dan Tenang. Tak payah risau pasal naik sewa atau tuan rumah nak jual rumah. Rumah tu jadi tempat untuk kita rasa selesa dan bebas ubahsuai ikut s**a hati.
3. Manfaat dr Pajakan: Pemilik rumah boleh dapat pelbagai manfaat pajak. Contohnya, kurangkan cukai atas bayaran ansuran bank atau kurangkan cukai atas cukai harta, buat pengeluaran KWSP Akaun 2 yang sedia maklum mmg xboleh keluarkan atas tujuan lain, selain dari Pendidikan.
Benda ni boleh kurangkan beban kewangan kita dan jadi manfaat dalam jangka Panjang.
4. Nilai Harta yang Meningkat: Biasanya, harga rumah naik seiring masa. Jadi, kalau beli rumah awal, kita boleh untung bila nilai rumah naik. Benda ni boleh tambah duit kita dan jadi kebaikan dalam jangka masa panjang.
5. Pilihan Hidup yang Lebih Bebas: Dengan ada rumah sendiri, kita punya kontrol lebih dalam lingkungan hidup kita. Kita boleh ubahsuai rumah ikut citarasa kita tanpa perlu minta izin tuan rumah atau had peraturan sewa.
Tapi ingat, sebelum beli rumah, pastikan kita dah betul-betul sedia dari segi kewangan. Kena pastikan kita boleh tanggung bayaran ansuran Bank, kos penyelenggaraan rumah, dan lain-lain lagi. Jangan terburu-buru, fikir betul-betul sebelum buat keputusan.
Nak tahu selok belok dalam membeli Hartanah Pertama anda, boleh je Roger2 Saiful di no 0197790345
Saiful Abam Ranger
REN 23744
&Co