12/10/2018
(….samb….)
Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan (1982-1984) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1984-1986) .Pada 14 Ogos 1986 beliau dilantik menjawat jawatan Menteri Besar Pahang menggantikan Dato Seri Mohd Najib Tun Razak sehingga 22 Mei 1999. Kemudian beliau dilantik sebagai Menteri Penerangan menggantikan Dato Mohamad Rahmat. Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO dari 25 Mei 1999 hingga 31 Mei 2004. Pada 4 Jun 2004, beliau dilantik sebagai Yang Di-Pertua Negeri Melaka.
Yang Di-Pertua Negeri Melaka
Tun dilantik sebagai Yang Di-Pertua Negeri Melaka ke-6 pada 1 Jun 2004 bagi menggantikan Tun Syed Ahmad Shahabudin , bekas Menteri Besar Kedah. Pada 1 Jun 2012, beliau mengangkat sumpah menyambung khidmat jawatan tersebut bagi penggal ketiga di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara. Majlis itu disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Melaka, Datuk Halijah Abbas dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam .
Credit to https://ms.wikipedia.org/wiki/Mohd_Khalil_Yaakob