AIR NIRA 76

AIR NIRA 76 menjual n membekal hasil kelapa, nira, nisan kerek, kelapa muda.

14/03/2024

Alhamdulillah, liputan tv alhijrah utk berita jam 8 malam kelmarin.

Kelapa (Cocos nucifera) atau juga dikenali dengan panggilan pokok nyiur adalah tumbuhan yg sangat mudah dijumpai di mana...
06/07/2023

Kelapa (Cocos nucifera) atau juga dikenali dengan panggilan pokok nyiur adalah tumbuhan yg sangat mudah dijumpai di mana² sahaja.
Ini kerana pokok kelapa sangat banyak kegunaan nya. Daripada batang, hinggalah ke daun nya.
Batang kelapa boleh dibelah menjadi kayu untuk dijadikan perabot mahupun rumah. Batang kelapa juga sering digunakan untuk membuat t**i atau jambatan kerana ketahanannya.
Buat kelapa muda boleh dijadikan minuman yg sangat sedap, sama ada diminum terus atau dibuat coconut shake. Air dan isi kelapa muda juga boleh dijadikan jeli kelapa, manakala isi kelapa muda sangat sedap untuk dibuat lempeng nyiur.
Kelapa parut juga banyak digunakan dalam pembuatan kuih² tradisi, manakala kelapa tua digunakan untuk menghasilkan santan.
Kelapa tua juga digunakan untuk menghasilkan minyak kelapa melalui proses tertentu, begitu juga untuk menghasilkan minyak kelapa dara atau VCO.
Tempurung kelapa boleh dibuat arang dan juga barangan kraf seperti mangkuk, rantai kunci, senduk, bekas air dan barangan hiasan.
Sabut kelapa p**a boleh dibuat penyapu. Ia juga boleh diproses menjadi cocooeat untuk digunakan sebagai medium tanaman.
Daun kelapa p**a boleh dijadikan unjam atau tukun oleh nelayan. Selain itu ia juga digunakan sebagai pembalut otak² sejenis makanan pop**ar di pantai timur. Turut digunakan secara meluas sebagai sarung buah cempedak setelah dianyam. Daun kelapa juga banyak digunakan oleh masyarakat orang asli untuk menghasilkan kraf seperti topi, bakul dan sebagainya.
Pucuk kelapa digunakan untuk membuat sarung ketupat. Dan yg terakhir mayang kelapa boleh menghasilkan air nira yang sangat enak diminum.

Assalamualaikum wbt. Air nira. Mesti pernah dengar kan? Di pantai timur lebih dikenali dgn nama air tuak. Air nira diper...
15/06/2023

Assalamualaikum wbt. Air nira. Mesti pernah dengar kan? Di pantai timur lebih dikenali dgn nama air tuak. Air nira diperolehi drpd mayang pokok palma melalui proses² tertentu. Lain pokok palma yg digunakan, lain proses yg diperlukan. Lazimnya pokok palma yg boleh digunakan utk menghasilkan air nira ialah pokok kelapa, pokok kelapa laut, pokok nipah, pokok kabung, pokok enau, pokok kelapa sawit dan yg terbaru pokok kurma. Ianya berbeza mengikut tempat dan budaya setempat.
Contohnya di pantai timur lebih sinonim dgn pokok kelapa. Pokok kelapa juga berbagai variati digunakan, paling awal digunakan ialah kelapa kampung(malayan tall), mawar, pandan, matag, tacunan dan SGG.
Di utara semenanjung lebih sinonim dgn pokok nipah, di pantai barat lebih pop**at pokok kabung. Di Thailand menggunakan pokok kelapa laut atau pokok tal. Di Indonesia p**a, mereka menggunakan pokok kelapa sawit yg sudah ditebang utk mendapatkan nira untuk membuat gula merah. Mungkin lain p**a halnya di tempat² lain.

Assalamualaikum wbt. Kepada yg ingin mendapatkan bekalan air nira utk berniaga di bulan puasa, masih ada lagi beberapa k...
08/03/2023

Assalamualaikum wbt. Kepada yg ingin mendapatkan bekalan air nira utk berniaga di bulan puasa, masih ada lagi beberapa kekosongan. Air nira kami tersedia dlm saiz
🔥 botol 500 ml
🔥 botol 1.5 liter
🔥 gelen 10 liter
Apa istimewanya air nira 76?
🔥 Nira kami adalah yg segar n baru di ambil dari pohon setiap hari, bukan stok yg disimpan lama.
🔥 Dibotolkan dlm botol baru dari kilang, bukan botol kitar semula.
🔥 Tok nyadap yg berpengalaman, sejak tahun 1992 lagi.
🔥 Nira matag dgn rasa lemak manis dan gas yg mabelezzz.
🔥 Harga yg mesra poket.
Berminat boleh call or wsspp di.
www.wasap.my/601120837676

Salam nisfu Sya'ban.
08/03/2023

Salam nisfu Sya'ban.

26/02/2023

Assalamualaikum wbt. Kepada semua sahabat, kenalan dan pelanggan yg dikasihi, halaman lama AIR NIRA 76 gagal dikesan, jadi ini adalah halaman yg baharu. Harap dapat sokongan dari semua. Tq.

Address

No 18 Kg Batu Putih
Marang
21600

Opening Hours

Monday 10:00 - 19:00
Tuesday 10:00 - 19:00
Wednesday 10:00 - 19:00
Thursday 10:00 - 19:00
Friday 10:00 - 19:00
Saturday 10:00 - 19:00
Sunday 10:00 - 19:00

Telephone

+601120837676

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AIR NIRA 76 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to AIR NIRA 76:

Share

Category