04/04/2022
Bila dapat kunci rumah dari pemaju lakukan perkara ini
Kawan kawan,
Bila dapat jemputan ambil kunci rumah kali pertama. Cuba lakukan ini ya.
1. Bawa bersama SNP yang kita dapat dari peguam. Dalamnya ada spesifikasi kediaman kita.
2. Dalamnya ada pelan bangunan dan sektion kediaman rumah. Belajar buat semakkan ya.
3. Betul atau tidak bentuk pelan kediaman yang kita dapat. Pernah berlaku pelan dapat unit 3 bilik, kediamanya 2 bilik.
4. Semak bukaan rumah. Dinasihatkan bawa bersama tali tape ukuran (boleh beli di DIY) sahaja. Ukur dari posh depan atau pagar depan dinding ke dinding.
Jika kediaman bukaan 20 x 70 pastikaan bukaan dalam ke dalam dinding adalah 20β0β³ bukanya 18β³0. Ada kes pemaju terpaksa bayar tuntutan bila semakkan keluasan tak betul. Kurang 2β0β³.
5. Semak kembali berapa plug point yang kita dapat. Apakah sama seperti jadual dalam pelan di SNP . Ada kejadian plug point dalam bilik ada 3 tapi hanya dapat 2. Ada jumlah keseluruhan 15 yang dapat hanya 11 sahaja.
6. Semak juga sumber lampu yang kita dapat. Betulkan seperti dalam SNP kita jumlahnya.
7. Jangan lupa, ukur ketinggian dari lantai sampai ke siling berapa. Banyak kes pemaju janji ukuran 10β² 0β³ tinggi bila siap hanya 8β6β³ sahaja ketinggian dari lantai.
Pasang kipas kena kepala nanti.
8. Semak jenis pintu, panel door sepatutnya dibahagian depan dan belakang dan bukannya pintu biasa. Jika pintu ini cacat, ada kesan lubang ulat atau paku minta gantikan.
9. Jika ada keretakan, pastikan proses baiki secara betul bukan hanya disapukan lepaan simen diplaster dan dicat semula.
Bawa bersama salinan SNP dan jangan terus teruja nak ambil kunci dan tandatangan bersetuju terima.
Biar mereka baiki hingga baik dan puas hati baru setuju terima kunci. Jangan juga sebuk nak selfie bagitau dunia, dapat rumah cacat dimana mana.
Kepuasan dengan standard mutu kerja dalam pemilikan sebuah kediaman adalah penting bagi setiap pemilik rumah. Pemeriksaan secara visual dan pengujian secara asas atas kerosakan atau kecacatan bangunan adalah satu proses yang perlu dilaksanakan setelah mengambil alih harta tanah kediaman yang baru si...