Abu Muadz

Abu Muadz Saya Hanan, Seorang Talker Hartanah dan juga Perunding hartanah. Berkongsi tentang ilmu hartanah da

Jalan Desa Kempas 1, Block 7 Level 2 Taman Desa Kempas, 81200 Johor Bahru🏬Medium Cost Apartment End Lot UnitUnblock View...
25/01/2024

Jalan Desa Kempas 1, Block 7 Level 2 Taman Desa Kempas, 81200 Johor Bahru
🏬Medium Cost Apartment End Lot Unit
Unblock View and with Partial Furnish, Free Air-Cond Unit

Market Value : RM270k
PRICE Below Market Value : RM250k

Details ;
======
πŸ”‘Type ;Pangsapuri/ Apartment
πŸ”‘Size ; 966 sqft
πŸ”‘Tenure ; Freehold 2097/ Bumi Lot
πŸ”‘3 Bedrooms
πŸ”‘2 Bathrooms
πŸ”‘2 Balcony
πŸ”‘Maintenance fees RM75 only

Amenities:
========
πŸ“ 2 Min to Restaurant, 99 Speedmart, Groceries Shop and Hardware.
πŸ“ 2 Min to Petronas Bukit Kempas
πŸ“ 3 Min to Surau Bukit Kempas, Surau Taman Cempaka
πŸ“ 5 Min to Masjid Kempas, Masjid Tmn Anggerik,
πŸ“ 3 Min to Hospital Permai, KSKB JB
πŸ“ 4 Min SK Tampoi 2, SK Cempaka, Sek Agama Cempaka
πŸ“ 5 Min SK Anggerik
πŸ“ 5 Min to A’Mart Kempas, Maslee Kempas, Marrybrown
πŸ“ 6 Min to Klinik Kesihatan Kempas
πŸ“ 8 Min to Kempas Medical Centre

Accessibility:
==========
πŸ“ 5 Min to Jalan Kempas Lama
πŸ“ 7 Min to Jalan Kempas Baru
πŸ“ 7 Min to πŸ›£οΈ Highway Skudai
πŸ“ 9 Min to πŸ›£οΈ Highway Pasir Gudang
πŸ“ 10 Min to πŸ›£οΈHighway PLUS
πŸ“ 10 Min to πŸ›£οΈ Highway EDL
πŸ“ 10 Min to πŸ›£οΈHighway Skudai - Pontian

For more information:-
Contact:- 0197310907 – Hanan Buhari
Semak Harga Rumah & Urusan Jual Beli
*Banker (loan) , valuer (valuation) , lawyer (legal)
can be arrange
*Booking 100% refundable upon loan rejected by the banks.
*Want to sale house

Tangan dihulur maaf dipinta, Erat hubungan sesama kita, Semoga gembira di hari yang mulia, Salah dan silap harap dimaafk...
12/05/2021

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia,
Salah dan silap harap dimaafkan,




06/03/2021

ANDA MENGALAMI SUKAR JUAL RUMAH KOS RENDAH DIJOHOR?

Apabila anda menghadapi masaalah seperti ini anda perlu mengambil tahu beberapa perkara yang mungkin menjadi penghalang bagi anda.

Kebanyakan pembeli rumah kos rendah ini kebiasaanya dari golongan :-

- Pasangan baru Berkahwin atau Planning berkahwin dalam masa terdekat
- Keluarga kecil yang baru membeli rumah selepas menyewa
- Orang muda yang sedang merancang masa hadapan
- Seorang yang mempeunyai DSR yang cukup untuk rumah kos rendah

Saya senaraikan beberapa masalah dibawah untuk anda faham dan apabila anda bersetuju menjual anda tahu dimana masaalah sebenar.

1. Pembeli tidak berminat apabila datang melihat rumah anda
Apabila anda tidak melakukan pembersihan atau tidak membaiki kerosakan dirumah anda seperti pipe bocor, lantai mozek pecah, pintu dah rosak atau berlubang, tandas yang kelihatan tidak menyelesakan bakal pembeli anda, ini akan membuat pembeli rumah anda rasa tidak selesa dan kebanyakkan mereka ini ingin terus duduk selepas membeli.

2. Harga yang tinggi
Benar rumah anda telah naik harga dari mula anda beli sehingga sekarang, dan menentukan harga rumah adalah hak anda sebagai penjual, tetapi kita perlu lihat kebanyakkan pembeli rumah kos rendah ini adalah dari golongan yang belum mempunyai simpanan atau wang kwsp yang banyak,.

3. Deposit yang tinggi
Deposit yang tinggi juga akan membuat pembeli rumah anda berfikir dua tiga kali, kerana mereka mungkin hanya mengharapkan wang simpanan dari kwsp,

4. Pembeli memang tidak Layak
Seandainya anda mendapati bahawa pembeli rumah anda memiliki gaji yang besar dan anda yakin bahawa dia memang layak membeli rumah anda. Nanti dulu lihat syarat membeli rumah kos rendah dibawah.

- Gaji tidak melebihi syarat yang ditetapkan oleh pihak suruhanjaya atau di johor SUKJ
- Telah menetap di Johor lebih 10 tahun
- Tidak memiliki rumah kos rendah yang lain

OWNER TAK JADI JUAL RUMAHAdalah lebih baik saya jelaskan bagi kedua-dua belah pihak, kalau ada diantara pembeli atau pen...
24/02/2021

OWNER TAK JADI JUAL RUMAH
Adalah lebih baik saya jelaskan bagi kedua-dua belah pihak, kalau ada diantara pembeli atau penjual yang tidak jadi membeli atau menjual.

Sebagai seorang pembeli ataupun penjual anda perlu tahu tentang prosedur dan proses penjualan rumah, oleh itu sekiranya anda ada mempunyai soalan ataupun sesuatu yang membuat anda kurang berpuas hati, adalah lebih baik anda memberitahu pada pihak ejen atau peguam sebelum anda menandatangani pejanjian jual dan belu rumah anda.

Saya ringkaskan supaya anda lebih faham,

Sebagai Penjual yang tidak jadi jual rumah
- Perlu membayar atau memulangkan deposit pembeli beserta dengan ganti rugi deposit yang telah dikeluarkan oleh pembeli.

Sebagai Pembeli yang tidak jadi membeli rumah
- Duit deposit atau booking tidak akan dikembalikan beserta deposit yang telah anda bayar kepada pihak bank

Itu sahaja? Tidak…

Kos yang akan ditanggung oleh pembeli atau penjual sekiranya terbatal urusan jual beli.
Deposit Pembelian Rumah
Kos Peguam penyediaan perjanjian jual beli
Kos Peguam menguruskan pinjam perumahan
Kos Valuation rumah penjual

Kesimp**an
Sekiranya anda berubah fikiran inilah yang bakal anda hadapi, ia memang sukar dan mengunakan kos yang banyak, nasihat saya anda perlu memberikan jawapan yang muktamad supaya anda tidak mengalami kerugian kemudian hari. Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat kepada anda.

KIRA-KIRA KOS DAN KEUNTUNGAN JUAL RUMAH1.Bayaran Lock-In PeriodPENALTI Bayaran Lock-in period ini bakal anda hadapi, kem...
24/02/2021

KIRA-KIRA KOS DAN KEUNTUNGAN JUAL RUMAH

1.Bayaran Lock-In Period
PENALTI Bayaran Lock-in period ini bakal anda hadapi, kemungkinan anda telah ada perjanjian dengan pihak bank didalam urusan jual beli. Oleh itu adalah lebih baik anda bertanya dengan pihak bank pinjaman rumah anda untuk kepastian sekiranya memang ada pejanjian jika menjual rumah sebelum tahun yang dijanjikan,anda perlu membayar penalti. Biasanya 3% sehingga 5% penalti dari pinjaman pokok yang harus bayar.

2.Bayaran Cukai RPGT
Apa itu RPGT atau CKHT, (RPGT) Real Property Gains Tax atau (CKHT) Cukai Keuntungan Harta Tanah, Cukai ini adalah cukai yang dikenakan oleh LHDN Lembaga Hasil Dalam Negeri kepada pemilik Hartanah yang menjual Rumah Mereka. http://www.hasil.gov.my/

3.Baki Hutang Bank
Anda perlu menyemak penyata baki hutang anda supaya anda dapat melihat kos-kos yang anda perlu bayar kemungkinan ada kos-kos yang anda lupa untuk membayar.

Contoh Kos-Kos Hutang
- Kos insuran
- Kos kelewatan bayaran
- Kos Bulanan yang Belum Bayar
- Kos Hutang Keseluruhan

4.Kos Ejen atau Perunding Hartanah Berdaftar
Sekiranya anda melantik Ejen atau perunding hartanah berdaftar anda akan dikenakan kos pengurusan proses penjualan rumah anda, kos melantik ejen hartanah adalah 3% dari harga rumah anda yang dijual tidak termasuk tax seperti sst.

5.Kos Guaman
Sekiranya anda ingin tahu berapakah kos guaman yang bakal anda bayar, saya nasihatkan sebelum anda bersetuju dengan peguam ataupun peguam pilihan Ejen anda, adalah lebih baik anda meminta sebut harga atau quotation dari pihak peguam supaya anda faham dengan jelas apa yang bakal anda bayar.

6.Kos baik pulih
Sekiranya anda telah bejanji dengan bakal pembeli anda perlu tunaikan kerana pembeli boleh menolak pembelian sekiranya anda tidak menunaikan janji yang telah dipersetujui ketika Viewing, S&P.

7.Kos Pemaju (Jika Ada)
Kos ini akan ada sekiranya rumah anda masih dibawah pemaju yang telah Bangkrup dan Liquidator atau pemaju lain akan kenekan bayaran untuk menyelesaikan isu pemilikan individu atau strata. Nasihat saya anda perlu bertanya kepada pemaju anda jika rumah anda masih berada dibawah pengurusan pemaju.

APA YANG ANDA PERLU TAHU BILA JUAL RUMAH YANG BELUM HABIS DIBAYAR 1.Bagaimana saya ingin menjual rumah saya tetapi saya ...
23/02/2021

APA YANG ANDA PERLU TAHU BILA JUAL RUMAH YANG BELUM HABIS DIBAYAR

1.Bagaimana saya ingin menjual rumah saya tetapi saya belum habis bayar lagi dengan pihak bank?
Jangan risau, apabila anda telah mempunyai pembeli dan pembeli telah bersetuju untuk membeli rumah anda, perjanjian jual beli akan dilakukan dan pihak peguam akan menguruskan hutang anda dengan pihak bank apabila pinjaman perumahan pembeli anda telah lulus.

2.Apa lagi bayaran yang perlu saya bayar kalau belum habis hutang dengan bank?
Ada beberapa bayaran yang anda perlu ketahui, dan juga prosesnya saya jelaskan dibawah dengan mudah anda faham atau anda boleh melihat posting saya Kos Jual Rumah.

Antara kos-kos yang terlibat selain dari baki hutang dengan pihak bank :-
- Kos Lock in Period
- Cukai RPGT/ CKHT
- Kos peguam
- Kos Ejen Hartanah
- Kos baik pulih
- Kos Pemaju (Jika Ada)

3.Berapa lama masa urusan jual beli saya ni?
Mencari Pembeli dan pengiklanan
Pengiklanan perlu dilakukan apabila anda ingin menjual rumah, terdapat bermacam-macam jenis pengiklanan dari segi Online dan Juga Offline, Contohnya

Pengiklanan di media sosial (Percuma)
Pengiklanan di Portal rasmi menjual rumah (Berbayar)
Memasang Banner dan Banting (Berbayar)
Dan bermacam cara lagi yang anda boleh lakukan….

Jangka masa pindah milik
Apabila telah selesai tandatangan S&P dan pinjaman perumahan pembeli telah dilulukan seterusnya adalah Pemindahan Hak Milik Rumah. Saya akan berikan anggaran masa dibawah untuk anda jelas tahu berapa lama masa akan diambil.

RUMAH FREEHOLD STRATA ATAU INDIVIDU : 4 Bulan
RUMAH LEASEHOLD STRATA ATAU INDIVIDU : 90 Hari Bekerja/4 Bulan
RUMAH DIBAWAH PEMAJU : 2 Bulan pengesahan Pemaju dan 4 bulan prosesnya

17/02/2021

MEMILIH EJEN HARTANAH DENGAN BETUL

1. SIAPAKAH EJEN HARTANAH ITU?
Ejen yang Berdaftar di LPPEH
(Lembaga Pentaksir Penilaian Ejen Hartanah)

Perunding Hartanah, adalah Seseorang yang dilantik
dan dilatih oleh Ejen hartanah untuk menjalankan
aktiviti jual beli hartanah.

2. BAGAIMANA KITA INGIN MENGETAHUI EJEN HARTANAH ATAU PERUNDING HARTANAH ITU BERDAFTAR ATAU TIDAK?
kita perlubertanya kepada Ejen atau Perunding tersebut adakah
individu tersebut mempunyai kad pengenalan diri yang
dikeluarkan oleh LPPEH dipanggil (REN/REA TAG).

3. BAGAIMANA INGIN MENGESAHKAN EJEN ATAU NEGOTIATOR ITU BERDAFTAR?
Apabila anda telah mendapatkan REN/REA Tag individu berkenaan
anda juga boleh mengetahui adakah Tag berkenaan Palsu atau tidak
dengan pergi ke laman web http://search.lppeh.gov.my/ untu
mengetahui kesahihan Tag berkenaan.

4. LPPEH NI APA TUGAS MEREKA DAN APAKAH TUJUAN DITUBUHKAN?
Lembaga Pentaksir penilaian Ejen Hartanah ditubuhkan adalah
untuk mengawal situasi dimana Pihak Penjual atau Pembeli tidak
ditipu atau berlaku kerugian yang dibuat oleh Ejen atau
Perunding Hartanah.

5. PEMBELI ATAU SAYA YANG PERLU LANTIK EJEN HARTANAH?
Ejen Hartanah boleh dilantik oleh Pihak Pembeli atau Penjual
dalam satu transaksi jual dan beli, hanya satu Ejen sahaja
yang dibenarkan untuk mengurus pengurusan jual dan beli
berkenaan. Ingat, Hanya sebelah pihak yang melantik sahaja akan dikenakan
bayaran dari pihak Ejen.

6. BERAPAKAH BAYARAN SERVIS EJEN INI?
LPPEH telah menetapkan hanya 3%(3.18% maksimum termasuk tax kerajaan) sahaja bayaran yang dikenakan oleh pihak ejen kepada pelanggan mereka

Selamat Tahun Baru 2021 kepada Sahabat Yang Merayakan, Semoga dalam Keadaan Sejahtera dan Harmoni.
12/02/2021

Selamat Tahun Baru 2021 kepada Sahabat Yang Merayakan, Semoga dalam Keadaan Sejahtera dan Harmoni.

π—£π—žπ—£ (𝗠𝗖𝗒) selama 14 hari bermula 13 Jan hingga 26 Jan 2021 di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Melaka...
12/01/2021

π—£π—žπ—£ (𝗠𝗖𝗒) selama 14 hari bermula 13 Jan hingga 26 Jan 2021 di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Melaka dan Sabah. - PM

π—£π—žπ—£π—• (𝗖𝗠𝗖𝗒) di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

π—£π—žπ—£π—£ (π—₯𝗠𝗖𝗒) di Perlis dan Sarawak.

Pergerakan rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan di negeri PKP. Negeri PKPB dan PKPP, pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan.

Hanya 2 orang anggota isi rumah dibenarkan dalam kenderaan sama. (Negeri PKP)

Hanya 30% pekerja dlm kump**an pengurusan dibenarkan bekerja di pejabat.

12/01/2021

ALAMAK! BUYER LOAN TAK LEPAS NAK BELI RUMAH SAYA!

Perkara sebegini sering berlaku, ini kerana tidak ada perancangan atau tidak memahami proses Menjual RUMAH dengan jelas. Oleh itu adalah lebih baik anda fahami dahulu atau anda boleh melantik Ejen Perunding Berdaftar untuk menjual RUMAH anda.

Proses menjual rumah memang mengambil masa. Jika anda tidak memahami atau tidak mahu ambil tahu, ia akan merugikan masa, perancangan, malah kos yang telah anda keluarkan untuk menjual rumah anda.

Jika anda mencari Ejen Perunding hartanah anda boleh terus hubungi saya atau klik link dibawah supaya mudah saya membantu anda.
https://forms.gle/5vJi4xYT9U3kUYU18

Pak Abu Jual Rumah,
Tak pandai sosial Media,
Jangan Risau Jangan Susah,
Ikut Abumuadz disosial Media,
Website
https://www.abumuadz.com
Instagram
https://www.instagram.com/abumuadz.mfh/
Youtube Channel
https://bit.ly/3q6gerM
Hubungi saya
Hanan Buhari +601110918809

BOOKING DAN LOAN APA ITU BOOKING DAN APA ITU LOAN? BOOKING                                                              ...
07/01/2021

BOOKING DAN LOAN APA ITU BOOKING DAN APA ITU LOAN? BOOKING Booking adalah kata janji oleh seorang pembeli kepada Ejen. Kebiasaannya kos booking adalah 3.5% harga rumah, tetapi ada sesetengah ejen hartanah akan membantu pembeli dan hanya mengenakan kos sebanyak Rm1000.00 sahaja. Bakinya p**a pihak ejen akan meminta pembeli membayar sewaktu menandatangani S&P Agreement. Apa yang pihak ejen akan lakukan selepas mendapat Booking tersebut?...

Saya Hanan Buhari, anda sedang mencari atau ingin faham tentang pengurusan jual beli rumah? ikuti kami abumuadz (mudah faham hartanah).

Address

Pasir Gudang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Abu Muadz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Abu Muadz:

Share