29/05/2026
“KALAU TAHU LAH DARI DULU KENA BELI RUMAH...”
Ayat ni selalu sangat saya dengar daripada client yang dah berumur baru terfikir nak melabur dalam hartanah. Bila dah berumur, kelayakan pinjaman pun dah makin pendek.
Kenapa kita kena mulakan langkah SEKARANG? Sebab hartanah menawarkan 9 kelebihan luar biasa ni:
1 Tempat berteduh yang hakiki & selamat buat keluarga.
2 Aset yang naik nilai mengikut peredaran masa.
3 Menjana cash flow konsisten setiap bulan (pendapatan pasif).
4 Membina ekuiti sendiri, bukan kayakan tuan rumah sewa.
5 Bekalan tanah terhad, siapa cepat dia untung slot strategik.
6 Melawan inflasi supaya nilai duit tak mengecil begitu sahaja.
7 Meninggalkan legasi dan harta buat anak cucu.
8 Membantu persaraan awal dengan dana yang kukuh.
9 Simpanan paksa yang mendisiplinkan kewangan kita.
Jangan tunggu untuk beli hartanah, tetapi beli hartanah dan tunggu! 😉
Berminat nak tahu projek mana yang tengah hot dan sesuai dengan bajet anda? Jom semak kelayakan loan anda bersama saya hari ini.