D'Dusun Homestay Pulai

  • Home
  • D'Dusun Homestay Pulai

D'Dusun Homestay Pulai Homestay kami didalam dusun, suasana kampung.
lokasi : belakang kompleks sukan rakan muda, Baling, Kedah

07/08/2026

Sarang lebah hutan ialah sarang terbuka daripada spesies lebah liar—kebanyakannya jenis Apis dorsata (lebah tualang atau lebah odeng)—yang membina sarang besar di dahan pokok tinggi seperti pokok tualang. Ia menghasilkan madu hutan berkualiti tinggi, kaya dengan khasiat, dan dituai secara tradisional oleh pengumpul berpengalaman.

Ciri-Ciri Utama Sarang Lebah Hutan

Bentuk sarang: Sarang tunggal yang besar dan tergantung secara terbuka pada dahan tinggi atau tebing batu.

Jenis lebah: Didiami oleh Apis dorsata yang sangat agresif jika dicabar.

Hasil madu: Satu sarang boleh menghasilkan antara 8 hingga 50 kilogram madu bergantung pada saiz dan musim.

Lokasi bersarang: S**a pada pokok tinggi di kawasan hutan tropika yang jauh dari gangguan manusia.

Risiko dan Cara Penuaian

Bahaya tinggi: Proses mengambil madu dilakukan pada waktu malam atau menggunakanasap untuk menenangkan koloni kerana ketinggian pokok boleh mencapai 40 meter.

Kegunaan: Selain madu asli, bahagian sarang dan larva lebah turut diambil kerana mempunyai nilai pasaran serta khasiat pemakanan.

Dalam Islam, madu dipandang sebagai makanan yang mulia, amalan sunnah yang sihat, serta penawar mujarab yang diiktiraf secara langsung melalui al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW.

05/07/2026
05/03/2026

Alor Setar: Bagi memastikan tiada pelajar berambut panjang, seorang guru mengambil pendekatan membuka kedai gunting di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pokok Sena yang dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar.

05/03/2026

Tindakan itu dibuat secara sukarela sebab sakit mata tengok sampah selerak, terbang ditiup angin

Tindakan seorang wanita Kelantan berketurunan Cina bersama dua anaknya dilihat membersihkan sampah di sebuah dataran lapang berhampiran Lotus Kota Bharu meraih pujian orang ramai.

Sampah berkenaan dipercayai ditinggalkan oleh segelintir pengunjung yang datang berbuka puasa di kawasan tersebut dan membuang sisa makanan serta plastik minuman di situ.

Menurut seorang pengguna media sosial, wanita yang digelarnya“aunty” itu tanpa rasa kekok mengutip bekas makanan, botol minuman dan plastik yang berselerakan di atas padang serta pinggir jalan. Dua anaknya turut membantu mengumpulkan sampah ke dalam beg plastik.

Tindakan mereka dilakukan secara sukarela tanpa sebarang arahan daripada mana-mana pihak, walaupun kawasan tersebut bukan di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan dan tiada petugas pembersihan disediakan.

Perbuatan itu mengundang pujian ramai yang menyifatkannya sebagai contoh sikap bertanggungjawab dan semangat menjaga kebersihan tanpa mengira bangsa atau agama.

Kejadian ini sekali lagi membuka mata masyarakat tentang pentingnya kesedaran sivik, khususnya ketika bulan Ramadan apabila kawasan terbuka sering dijadikan lokasi berbuka puasa beramai-ramai.

Ramai berharap orang ramai lebih prihatin dengan kebersihan dan tidak meninggalkan sampah sesuka hati, kerana akhirnya masyarakat sendiri yang perlu menanggung akibatnya.

Anda mencari penginapan indah,selesa?Mai bermalam di D'Dusun Homestay Pulai ..untuk penginapan sempena cuti Hari Raya Ai...
01/03/2026

Anda mencari penginapan indah,selesa?
Mai bermalam di D'Dusun Homestay Pulai ..untuk penginapan sempena cuti Hari Raya Aidilfitri...ada beberapa kekosongan lagi😊
Sebagai makluman...Sekarang ni belum musim buah lagi...menginap di sini akan lebih meriah bila tiba musim buah nanti..😁
# Chalet Pondok Impian Baling

18/02/2026

masyaallah tabarakallah
always restock madu baru untuk para customer kami, madu cepat sold out ⤵️🍯
📲0134315752 - Hj Ishak
📲0168885435 - ifa

📍
F104, Jalan Kampung Sungai Pial, Kampung Huma, 08400 Merbok, Kedah
014-671 9493

"Barangsiapa menjilat/minum madu tiga pagi setiap bulan tidak akan ditimpa bala (penyakit) berat." (Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Address

Kampung Tanjung Merbau

09100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D'Dusun Homestay Pulai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed realtor/realty service?

Share