28/08/2024
SEBAB KENAPA ANDA PERLUKAN AGEN HARTANAH
1. MEMBELI RUMAH
Dengan Agen Hartanah β Pencarian rumah idaman lebih mudah kerana agen hartanah biasanya mempunyai beberapa listing rumah yang sedia untuk di jual.
Tanpa Agen Hartanah β Pencarian rumah idaman boleh dilakukan dengan adanya internet, tetapi akan memerlukan masa yang lebih untuk mencari rumah yang menepati citarasa pembeli.
2. PEMBIAYAAN PERUMAHAN
Dengan Agen Hartanah β Sudah mempunyai kenalan/contact dengan bank-bank yang dipercayai dengan servis yang terbaik. Anda perlu tahu masa itu penting untuk sesuatu transaksi, kalau terlalu lama kemungkinan besar penjual atau pembeli akan menarik diri.
Tanpa Agen Hartanah β Perlu mencari sendiri bank-bank yang boleh memberikan servis yang baik.
3. MEMBUAT TAWARAN
Dengan Agen Hartanah β Mereka mempunyai kepakaran tentang harga pasaran yang membolehkan anda dapat mencari rumah yang setimpal / lebih rendah dari harga pasaran.
Tanpa Agen Hartanah β Penjual atau pembeli boleh sewenang β sewangnya meletakkan harga bagi sesuatu hartanah.
4. PROSEDUR MEMBELI RUMAH
Dengan Agen Hartanah β Lebih selamat dan teratur. Pembeli juga ada yang lebih percaya agen hartanah daripada tuan rumah. Kenapa ? Pernah dengar kes tuan rumah tipu duit deposit ? Tuan rumah batalkan perjanjian walaupun deposit hangus sudah dibayar? Dengan ejen hartanah, segala urusan ada hitam putih. Semuanya lebih selamat.
Tanpa Agen Hartanah β Kes- kes penipuan boleh terjadi. Bayangkan rumah berharga Rm300,000. Deposit yang perlu di bayar adalah RM 30,000. Banyakkan ? Itu baru rumah RM300,000. Bayangkan kalau rumah RM 1 juta ?
5. RUMAH YANG TERJUAL LEBIH CEPAT
Dengan Agen Hartanah β Agen hartanah mempunyai banyak saluran dan network yang besar. Mereka bekerja secara berkumpulan, .
Tanpa Agen Hartanah β Sukar mendapatkan pembeli. Sebagai contoh, kalau tuan rumah iklan kan sendiri di Mudah. Kemungkinan hanya 1/20 daripada pembeli yang akan klik pada iklan tuan bukan ? Agen Hartanah biasanya akan mengiklankan hartanah tuan rumah secara berkumpulan. Jadi jumlah kemungkinan iklan tuan rumah akan di klik oleh pembeli akan lebih besar bukan.
Syazwani Mat Desa
Chester Properties Sdn Bhd
www.wasap.my/601123654847
~Sedia membantu urusan jual beli hartanah~
Business Account