13/11/2026
Lama tak bersiaran dekat sini. Apa khabar semua? 😊
Rasanya dah agak lama saya tak update page ni. Jadi, sebelum mula berkongsi semula, izinkan saya perkenalkan diri sekali lagi.
Saya seorang Real Estate Negotiator (REN) dan dah hampir 10 tahun berkecimpung dalam industri hartanah.
Sepanjang tempoh ni, saya banyak berurusan dengan pembeli rumah, khususnya mereka yang sedang mencari rumah pertama. Sama ada rumah projek baharu mahupun subsale.
Sekarang, selain bekerja, saya juga sedang menyambung pengajian secara part-time di INSPEN dalam bidang Estate Agency. 📚
Kenapa masih belajar walaupun dah lama bekerja?
Sebab saya percaya, pengalaman itu penting. Tapi ilmu pun perlu sentiasa dikemas kini.
Dalam urusan membeli rumah, banyak perkara yang perlu difahami. Bukan sekadar harga rumah atau berapa loan bank boleh luluskan.
Ada soal kemampuan kewangan, pemilihan lokasi, keperluan hidup dan komitmen jangka panjang.
Sebab tu saya pegang satu prinsip:
Beli rumah biar faham, bukan ikut orang.
InshaAllah, saya nak mula aktif semula dekat page ni. Bukan sekadar berkongsi listing rumah, tetapi juga perkara yang saya belajar dan pengalaman sepanjang bekerja dalam real estate.
Sesekali, mungkin saya akan berkongsi tentang kewangan, buku yang saya baca dan sedikit perspektif kehidupan.
Harap perkongsian kecil ni dapat memberi manfaat, terutamanya kepada yang sedang merancang nak memiliki rumah pertama.
Kalau awak sedang merancang nak beli rumah, apa perkara yang paling awak nak tahu atau masih keliru?
Boleh kongsi dekat komen. Mana tahu, saya boleh jadikan topik perkongsian selepas ni. 😊