06/12/2024
Lagi
GAJI DAN JUGA RUMAH KITA.
1. Kalau ada impian beli rumah sebaiknya Gaji Kita x 12 x 6.5 = Harga Rumah .
2. Katakan nanti nak beli tahun ini juga sebaiknya 20%-30% Below Market Value (BMV) dari pasaran Sekunder. Ini bagi menampung jika pasaran hartanah turun lebih banyak tahun depan.
3. Usahakan untuk tidak gabungkan gaji suami dan isteri.
4. Jangan terus beli rumah idaman kita, belajar beli rumah 3 bilik dan 2 bilik air dulu.
5. Sebaiknya rumah pertama rumah yang ada potensi pelaburan.
6. Hutang rumah sebaiknya 35% sahaja dari gaji kita.
7. Jangan beli rumah yang mahal, sebab nak puaskan hati mertua, kawan pejabat dan apa kata orang. Beli rumah yang kita mampu bayar.
8. Jangan habiskan gaji bayar ansuran rumah, kita tetap perlukan simpanan untuk masa depan.
9. Beli dikawasan separa matang atau matang, jangan beli dalam hutan tempat jin bertendang.
10. Pembiayaan lulus bukan bermakna kita layak beli, takut nanti kita tak mampu bayar. Semak kembali kos sampingan yang kita kena bayar setiap bulan. Bil selengara ada juga yang terlalu tinggi.
Tips ini ringkas dan mudah ni sesuai buat yang kali pertama nak beli rumah.
Jangan gelojoh, buat study dan lihat 100 rumah, lawat 10 rumah dan beli 1 rumah kata Robert t Kiyosaki.
Kredit: Dr Azizul Azli Ahmad
*******
Simpanan jangan dilupakan.
Begitu juga tabung perlindungan dengan Takaful.
Pastikan rumah yang dibeli dilindungi dengan MRTT ataupun MLTT. Jika nak combine bersama pun bagus.
Nak consultation untuk kira kelayakan, juga coverage MLTT. Roger-roger je ya.
Slot Dec masih available 😉