Trusted Sandakan Property

Trusted Sandakan Property BUY | SELL | RENT | REFINANCE

Jum saya bantu anda 🤗🤗

Hai Saya Rozana Aling Trusted Property Agent Sabah | Ejen hartanah berdaftar REN 75160 yang komited membantu anda miliki rumah idaman di seluruh Sabah – dari proses hingga kunci!

Selamat Hari Kebangsaan ke-69, Malaysia! 🇲🇾Today, we celebrate the colours, cultures, and communities that make Malaysia...
30/08/2026

Selamat Hari Kebangsaan ke-69, Malaysia! 🇲🇾

Today, we celebrate the colours, cultures, and communities that make Malaysia truly special.

May this year’s celebration bring more unity, prosperity, and meaningful progress for every Malaysian.

From all of us at IQI, we wish you a joyful and proud National Day. ❤️💙💛🤍

Pagi ni bawa client untuk viewing di Anggerik Court sambil d temani suami tercinta 🏡 ✨Semoga rumah yang dilihat hari ni ...
29/08/2026

Pagi ni bawa client untuk viewing di Anggerik Court sambil d temani suami tercinta 🏡 ✨

Semoga rumah yang dilihat hari ni adalah “the one” untuk client. 🤍
Kita tengok dulu, check keadaan rumah, lokasi & apa yang sesuai dengan keperluan client.

House hunting mode: ON 🔑🏡
Wish us luck! 😍✨

🏠 RUMAH SAMBUNG BAYAR — NAMPAK MUDAH, TAPI BUYER & OWNER KENA FAHAM RISIKO ⚠️Ada yang fikir…“Tak apa, buat agreement. Bu...
26/08/2026

🏠 RUMAH SAMBUNG BAYAR — NAMPAK MUDAH, TAPI BUYER & OWNER KENA FAHAM RISIKO ⚠️

Ada yang fikir…

“Tak apa, buat agreement. Buyer bayar loan setiap bulan, jadi settle.”

Tapi sebenarnya, selagi pinjaman dan pemilikan rumah masih atas nama owner, buyer belum semestinya menjadi pemilik berdaftar hartanah tersebut.

Bayangkan kalau sesuatu berlaku kepada owner, contohnya owner meninggal dunia.

Rumah yang masih atas nama owner boleh menjadi sebahagian daripada harta pusaka, dan urusan seterusnya perlu melalui proses pentadbiran pusaka serta melibatkan waris yang berkaitan.

Walaupun buyer sudah:

💰 bayar deposit
💰 bayar ansuran setiap bulan
📄 ada agreement dengan owner

itu tidak semestinya sama dengan sudah memiliki rumah tersebut secara berdaftar.

Sebab itu buyer perlu faham:

👉 Bayar ansuran ≠ automatik jadi pemilik
👉 Ada agreement ≠ nama sudah bertukar
👉 Selagi nama masih atas owner ≠ risiko sudah hilang

Owner pun sama.

Jangan anggap bila buyer sudah ambil alih bayaran, semua tanggungjawab sudah selesai. Jika pinjaman masih atas nama owner, owner masih terikat dengan pembiayaan tersebut.

Bukan saya kata semua transaksi “sambung bayar” pasti bermasalah.

Tapi saya rasa buyer dan owner WAJIB faham risiko sebelum buat keputusan.

Sebab rumah bukan pembelian kecil.

Bila melibatkan loan + hak milik + agreement + pusaka, jangan hanya fikir:

“Yang penting ada agreement.”

📌 Fahamkan dulu struktur transaksi dan dapatkan nasihat daripada peguam atau Ejen hartanah yang berdaftar sebelum tandatangan apa-apa.

Share kalau rasa ada kawan/keluarga yang sedang mempertimbangkan rumah “sambung bayar”. Biar faham risikonya dulu sebelum buat keputusan. 🏠

Perkongsian ini untuk tujuan awareness sahaja.

— Rozana Aling 🕊️
Property Negotiator | IQI Realty

Selamat pagi 🌤️🤍Baru sekarang ada masa mau share cerita Sabtu lepas 😆Alhamdulillah, satu lagi rezeki COA dengan agency l...
24/08/2026

Selamat pagi 🌤️🤍

Baru sekarang ada masa mau share cerita Sabtu lepas 😆

Alhamdulillah, satu lagi rezeki COA dengan agency lain. 🤝🏻
Kali kedua sudah kami bekerjasama.

Saya s**a bila dapat jumpa orang yang senang dibawa berbincang, mudah berurusan dan sama2 faham cara kerja masing2.

Dalam property ni, kita kenal ramai orang… dari situ juga kadang2 datang rezeki yang kita sendiri nda sangka. 🥰

Kadang bukan terus dapat deal, tapi dari satu perkenalan boleh datang satu lagi peluang. Dari satu kerjasama, boleh jadi kerjasama yang seterusnya.

Sebab tu saya percaya, networking ni penting dalam property. Jangan terlalu berkira untuk kenal orang dan jangan malu untuk bekerjasama. Mana tau, orang yang kita kenal hari ni menjadi asbab rezeki kita di kemudian hari. ❤️

Alhamdulillah untuk satu lagi peluang kerjasama. Semoga kali ni pun dipermudahkan sampai selesai. 🤲🏻🏡

One more COA, one more connection, one more rezeki. ✨

Pelan2… yang penting terus jalan. 😘

✨ 2026 — mungkin tahun untuk kita mula realisasikan impian memiliki rumah sendiri. 🏡Haiii! 👋🏻 Saya Rozana Aling, Propert...
18/08/2026

✨ 2026 — mungkin tahun untuk kita mula realisasikan impian memiliki rumah sendiri. 🏡

Haiii! 👋🏻 Saya Rozana Aling, Property Negotiator di Sandakan.

Kalau kamu ada impian untuk beli rumah, cari rumah yang sesuai, atau mungkin merancang untuk jual rumah, jangan risau untuk mula bertanya.

Tak semestinya terus buat keputusan. Kadang2 kita cuma perlu tahu dulu apa pilihan yang ada, berapa kemampuan kita dan plan mana yang paling sesuai. 🤎

Saya sedia bantu dari awal — daripada semak kelayakan, kira kemampuan pembiayaan, sampai cari rumah yang sesuai dengan bajet kamu.

📩 Kalau 2026 ni kamu mau mula serius dengan plan hartanah, boleh PM saya.

Let’s map out a plan that works for you. 🏡✨

Rozana Aling
Property Negotiator | Sandakan
📲 011-60989150
www.wasap.my/601160989150/bantusyjualrumah
www.wasap.my/601160989150/bantusybelirumah
www.wasap.mu/601160989150/bantusemakkelayakan
REN75160 | IQI Realty Sdn Bhd

🏡 PR1MA RESIDENSI ELOPURA, BATU 1½ SANDAKAN✨ HARGA BERMULA RM255,000* ✨Sedang mencari rumah pertama yang mampu milik di ...
12/08/2026

🏡 PR1MA RESIDENSI ELOPURA, BATU 1½ SANDAKAN

✨ HARGA BERMULA RM255,000* ✨

Sedang mencari rumah pertama yang mampu milik di lokasi strategik Sandakan? Ini mungkin pilihan yang sesuai untuk anda! 🏠

🏠 SPESIFIKASI UNIT
✔️ 2 Bilik Tidur + 1 Bilik Study
✔️ 2 Bilik Air
✔️ Keluasan 900–996 sqft
✔️ 1 Petak Parkir

🏘️ KEMUDAHAN DISEDIAKAN
✔️ Shoplot
✔️ Surau
✔️ Dewan Serbaguna
✔️ Taman Permainan
✔️ Gelanggang Futsal
✔️ Tadika

💡 SESUAI UNTUK
🏡 Pembeli Rumah Pertama
💼 Golongan B40 & M40
👨‍💼 Kakitangan Kerajaan yang masih mempunyai kelayakan LPPSA
🌱 Mereka yang ingin mula membina aset untuk masa hadapan

🎉 ISTIMEWA UNTUK PEMBELI!

🎁 DISKAUN SEHINGGA 10%

Dan sebagai tanda penghargaan daripada saya…

🎀 SETIAP PEMBELIAN AKAN MENERIMA 1 FREE GIFT RANDOM DARIPADA SAYA SENDIRI! 🥳🎁

🎁 Hadiah adalah surprise/random — apa yang anda dapat, itu rezeki anda! 😍

Daripada terus membayar sewa setiap bulan, lebih baik mula memiliki rumah sendiri dan bina aset untuk masa hadapan. ❤️

📲 SEMAK KELAYAKAN PERCUMA!

WhatsApp saya sekarang untuk semakan kelayakan tanpa sebarang bayaran.

Rozana Aling
📞 011-609 89150
🌐 www.wasap.my/601160989150/Pr1maElopura

IQI Realty Sdn. Bhd.

*Harga dan promosi tertakluk kepada terma & syarat.

Assalamualaikum.. Morning 🥰Ada hari kita rasa kuat.Ada hari kita rasa lemah.Tapi selagi kaki ini masih melangkah, selagi...
05/08/2026

Assalamualaikum.. Morning 🥰

Ada hari kita rasa kuat.
Ada hari kita rasa lemah.

Tapi selagi kaki ini masih melangkah, selagi itu harapan masih ada.

Percaya…
Rezeki, kejayaan dan kebahagiaan akan tiba pada waktu yang paling tepat. 🌿✨

“You don’t need to be perfect, just keep going.”

— Rozana Aling 🕊️

🏡 SEJATI UJANA🏠 Rumah Teres 2 Tingkat💰 Asking Price: RM498,000✨ Rumah telah fully extend dan diubah suai untuk memberika...
31/07/2026

🏡 SEJATI UJANA
🏠 Rumah Teres 2 Tingkat
💰 Asking Price: RM498,000

✨ Rumah telah fully extend dan diubah suai untuk memberikan ruang yang lebih luas serta selesa.

📍 Butiran Hartanah
🛏️ 2 Bilik Tidur (Asal 3 bilik – 1 bilik telah digabungkan menjadi ruang yang lebih luas)
🚽 3 Tandas
📐 Keluasan Tanah: 1,351 sqft (125.5 m²)
🏠 Fully Extend
❄️ Aircond disertakan

👩🏻‍💼 Rozana Aling
REN 75160
📱 011-6098 9150
www.wasap.my/601160989150/Teressejatiujana498k
IQI Realty Sdn. Bhd. E(1)584/26


Assalamualaikum ❤️
31/07/2026

Assalamualaikum ❤️

🏡 Masih menyewa? Sampai bila mahu bayarkan loan rumah orang lain?Cuba fikir sekejap…Kalau sewa rumah sekitar RM1,200 seb...
30/07/2026

🏡 Masih menyewa? Sampai bila mahu bayarkan loan rumah orang lain?

Cuba fikir sekejap…

Kalau sewa rumah sekitar RM1,200 sebulan, dalam 5 tahun anda sudah membayar kira-kira RM72,000.

Banyak, kan?

Tetapi selepas 5 tahun, rumah itu masih bukan milik anda.

Ramai yang beranggapan untuk membeli rumah perlu terus memiliki rumah teres dua tingkat atau rumah yang besar. Hakikatnya, anda boleh mulakan dengan starter home seperti apartment atau rumah mampu milik yang sesuai dengan bajet.

Bayaran bulanannya selalunya tidak jauh berbeza dengan kadar sewa.

Bezanya?

✅ Bayaran sewa membantu membayar rumah orang lain.
✅ Bayaran ansuran p**a membantu anda memiliki aset sendiri.

Apabila nilai rumah meningkat, anda juga berpeluang membina ekuiti (modal bersih) yang boleh digunakan sebagai deposit untuk memiliki rumah yang lebih besar pada masa hadapan.

Jangan tunggu sehingga semuanya sempurna untuk memiliki rumah. Yang penting, mulakan langkah pertama hari ini.

📩 Nak semak kelayakan atau mencari rumah pertama mengikut bajet anda?

Hubungi saya sekarang. Saya sedia membantu dari semakan kelayakan pinjaman sehinggalah anda menerima kunci rumah pertama.

Rozana Aling 🕊️
REN75160
011-6098 9150
www.wasap.my/601160989150/bantusybelirumah
IQI Realty Sdn. Bhd.

Address

Sandakan
90000

Telephone

+601160989150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Trusted Sandakan Property posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share