Shafiq Zein

Shafiq Zein | Manage & Protect What Matters
| Help You Plan Better Under Great Eastern
πŸ‘‡Contact Me To Apply Takaful

Hustle culture adalah FAKE.Percaya tak, dulu saya bekerja macam tiada hari esok.Dalam kepala saya waktu itu:β€œKalau aku t...
08/08/2026

Hustle culture adalah FAKE.

Percaya tak, dulu saya bekerja macam tiada hari esok.

Dalam kepala saya waktu itu:

β€œKalau aku tak buat, aku tak dapat sales.”

Tanpa sedar, saya mula rasa seolah-olah saya yang menentukan rezeki saya sendiri.

Saya lupa bahawa Ar-Razzaq itu Allah.

Saya bekerja seolah-olah kalau saya berhenti sekejap, rezeki saya pun akan berhenti.

Padahal Allah sendiri sudah ajarkan satu sistem dalam Surah Al-Furqan, ayat 47:

β€œDan Dialah yang menjadikan malam bagi kamu sebagai pakaian, dan tidur untuk berehat, serta menjadikan siang untuk bangkit berusaha.”

Tapi saya langgar sistem itu.

Malam bekerja.
Pagi bekerja.
Tidur pun rasa bersalah.
Rehat pun rasa macam membuang masa.

Akhirnya?

Badan sakit.
Minda penat.
Diri sendiri mula hancur.

Dan saya teringat firman Allah dalam Surah Taha, ayat 124:

β€œDan sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit…”

Kehidupan yang sempit tidak semestinya bermaksud tidak mempunyai harta.

Seseorang boleh ada duit, tetapi hatinya tetap gelisah.
Boleh ada kerjaya, tetapi jiwanya tetap kosong.
Boleh mengejar dunia setiap hari, tetapi tidak pernah rasa cukup.

Dalam bahasa generasi sekarang, mungkin orang panggilnya burnout, anxiety, atau depression.

Dan ya.

Saya pernah melalui keadaan itu.

Bila saya lihat semula, saya sedar satu perkara:

Masalah saya bukan semata-mata kerana saya terlalu kuat bekerja.

Saya terlalu yakin pada usaha saya sendiri sehingga terlupa siapa yang sebenarnya memberikan hasil.

Saya bukan Ar-Razzaq.

Saya cuma hamba yang disuruh berusaha.

Usaha itu tanggungjawab saya.
Hasil itu milik Allah.

Mungkin selama ini saya bukan kurang bekerja.

Saya cuma perlu belajar semula bagaimana untuk bekerja sebagai seorang hamba.

Orang-orang berjaya ni ada masa dia bekerja, ada masa berhobi, ada masa dengan keluarga. Sebab mereka faham perniagaan yang long-term adalah apabila pemilik perniagaan tersebut mempunyai mental yang sihat dalam jangka masa yang panjang.

Apabila saya mula belajar ikut apa yang Allah perintahkan, Allah jadikan hati saya tenang walaupun tak berduit, minda saya lebih tajam walaupun dalam keadaan sempit.

Buat apa Allah suruh, tinggal apa Allah larang.

-
Apa pun kalau korang cari Perunding Takaful, boleh pm saya.

Bob T20 kata forex hukumnya harus?Saya tak nak bincang soal Bob.Saya nak tanya satu soalan.Kalau sakit, kita rujuk dokto...
25/07/2026

Bob T20 kata forex hukumnya harus?

Saya tak nak bincang soal Bob.

Saya nak tanya satu soalan.

Kalau sakit, kita rujuk doktor.

Kalau nak bina rumah, kita rujuk jurutera.

Jadi bila soal halal dan haram, kenapa kita lebih cenderung merujuk influencer berbanding m***i atau ahli syariah?

Ramai orang terlalu sibuk mencari pendapatan, tetapi terlupa bertanya:

β€œAdakah ini sumber rezeki yang Allah redha?”

Sebelum masuk ke mana-mana industri atau platform, pastikan sekurang-kurangnya tiga perkara ini jelas:

1. Riba – Adakah wujud unsur faedah yang diharamkan?
2. Maysir – Adakah terdapat unsur perjudian atau spekulasi yang dilarang?
3. Gharar – Adakah akad atau transaksi mengandungi ketidakpastian yang dilarang?

Jangan tanya dahulu, β€œBerapa boleh untung?”

Tanya dahulu, β€œApa hukum Allah?”

Kerana rezeki yang berkat bukan sekadar menguntungkan. Ia mesti halal di sisi Allah.

Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang bertaqwa.

Ramai salah faham tentang usaha dan tawakkal dalam mencari rezeki.Mereka ingat:Usaha β†’ Rezeki.Hakikatnya bukan begitu.Ya...
25/07/2026

Ramai salah faham tentang usaha dan tawakkal dalam mencari rezeki.

Mereka ingat:

Usaha β†’ Rezeki.
Hakikatnya bukan begitu.

Yang betul ialah:

Usaha β†’ Kerana taat kepada Allah.
Rezeki β†’ Datang dari Allah.

Saya pernah kerja siang malam kejar sales. Client call pukul 2 pagi pun saya layan. Berbulan-bulan saya bagi 100%.

Hasil?
Tak dapat apa-apa.

Sedangkan ada orang yang nampak lebih relaks, tap sales tetap masuk.

Masa tu Allah sedang ajar saya satu benda:
Usaha bukan "membeli" rezeki.

Kalau usaha semata-mata yang menentukan rezeki, sudah tentu buruh yang paling penat ialah orang paling kaya.

Tetapi Allah ialah Ar-Razzaq.

Kita berusaha kerana itu perintah-Nya. Kita bertawakkal kerana hasil itu milik-Nya.

Jadi, jangan berhenti berusaha bila hasil lambat datang.

Mungkin Allah sedang mengajar kita bahawa
pergantungan itu bukan pada usaha, tetapi kepada-Nya.

Kita perlu control perkara yang kita boleh control, iaitu effort. Rezeki adalah perkara yang kita tak boleh control, itu kerja Allah, percayakan Dia.

Selepas berusaha sungguh-sungguh waktu bekerja, mindset kita perlu seperti:

"If it comes it comes, if it doesn't come doesn't come lah".

Semoga bermanfaat.

[FOR RENT] Kingfisher Condo – Sea View Unit 🌊✨Unit akan dipenuhkan selepas penyewa sah.🏑 3 Bilik Tidur – Type AπŸ’° RM1,500...
25/11/2025

[FOR RENT] Kingfisher Condo – Sea View Unit 🌊✨

Unit akan dipenuhkan selepas penyewa sah.

🏑 3 Bilik Tidur – Type A
πŸ’° RM1,500/bulan + utiliti
πŸŒ… Pemandangan laut yang eksklusif
πŸ›‹οΈ Perabot akan dilengkapkan selepas penyewa sah

Sangat sesuai untuk eksekutif, pasangan muda, atau keluarga kecil yang menghargai ruang moden, suasana tenang, dan akses mudah ke semua kemudahan penting.

πŸ“© Whatsapp untuk viewing.

07/11/2025

🏑 PARKLANE GARDEN – RUMAH TERES 2 TINGKAT UNTUK DIMILIKI!

✨ Projek eksklusif dengan hanya 60 unit sahaja!
πŸ“ Lokasi: Batu 4, Sandakan
πŸ“… Jangka siap: 24 bulan dari tarikh SPA
πŸ“œ Pegangan: Leasehold 999 tahun

🏠 Butiran Projek:
β€’ Jenis: Teres 2 Tingkat
β€’ Keluasan Binaan: 1,608 sqft
β€’ Saiz Lot: 20’ x 83’
β€’ 3 Bilik Tidur & 3 Bilik Air
β€’ Lengkap dengan dapur, stor, halaman belakang & parking yang luas
πŸ’° Pakej Menarik:
β€’ Booking hanya RM1,000
β€’ Yuran guaman SPA, loan & disbursement ditanggung pemaju
β€’ Pegangan panjang – 999 tahun!

πŸ’‘ Kelebihan Utama:
βœ… Rekabentuk moden & luas
βœ… Kawasan tenang dan strategik
βœ… Sesuai untuk kediaman keluarga atau pelaburan masa depan

Hanya tinggal 3 unit sahaja lagi!

Permohonan melalui BANK dan LPPSA dibantu !

πŸ“ž Hubungi saya hari ini untuk maklumat lanjut atau tempahan unit!

SHAFIQ ZEIN | REALTOR

⁨014-656 8261



07/11/2025

Apa pendapat kawan2 perunding hartanah lain? πŸ˜‚

05/11/2025

🏑 PARKLANE GARDEN – RUMAH TERES 2 TINGKAT UNTUK DIMILIKI!

✨ Projek eksklusif dengan hanya 60 unit sahaja!
πŸ“ Lokasi: Batu 4, Sandakan
πŸ“… Jangka siap: 24 bulan dari tarikh SPA
πŸ“œ Pegangan: Leasehold 999 tahun

🏠 Butiran Projek:
β€’ Jenis: Teres 2 Tingkat
β€’ Keluasan Binaan: 1,608 sqft
β€’ Saiz Lot: 20’ x 83’
β€’ 3 Bilik Tidur & 3 Bilik Air
β€’ Lengkap dengan dapur, stor, halaman belakang & parking yang luas

πŸ’° Pakej Menarik:
β€’ Booking hanya RM1,000
β€’ Yuran guaman SPA, loan & disbursement ditanggung pemaju
β€’ Pegangan panjang – 999 tahun!

πŸ’‘ Kelebihan Utama:
βœ… Rekabentuk moden & luas
βœ… Kawasan tenang dan strategik
βœ… Sesuai untuk kediaman keluarga atau pelaburan masa depan

πŸ“ž Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut atau tempahan unit!

SHAFIQ ZEIN | REALTOR
⁨0146568261



Kalau mahu khianat titik peluh orang, YA kita untung. Tapi ingat, yang kita khianat tu mungkin seorang ibu atau ayah yan...
04/11/2025

Kalau mahu khianat titik peluh orang, YA kita untung.

Tapi ingat, yang kita khianat tu mungkin seorang ibu atau ayah yang tanggung anak2. Mungkin dia seorang anak yang sedang membantu orang tuanya yang sedang sakit. Mungkin dia seorang suami yang mahu menafkahi isterinya. Atau, mungkin dia seorang abang yang paling tua, sedang berjuang menggantikan posisi orang tuanya untuk menafkahi keluarga dan adik-beradiknya.

Memang, dengan mengkhianati kita untung. Tapi ingat, Allah SWT Maha Adil, dan tidak pernah tidur. Mungkin yang dikhianati diam, atau mungkin dia sudah adukan kita pada Allah SWT?

Semoga Allah SWT merahmati kita semua.

SHAFIQ ZEIN | REALTOR
014-656 8261

04/11/2025

Harini project briefing, insya-Allah kita akan post full tour project dari IJM Land Sandakan

Briefing with IJM Land Sandakan. 🏑
03/11/2025

Briefing with IJM Land Sandakan. 🏑

Address

Sandakan
90000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Shafiq Zein posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share