JMB Pangsapuri Teratai

JMB Pangsapuri Teratai Aktiviti atau info terkini berkenaan Pangsapuri Teratai. Pangsapuri Teratai,Taman Anggerik Perdana,
Zon 19 Bandar Teknologi Kajang.

Di uruskan oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Teratai

11/05/2026
Terima Kasih Semua! ๐ŸคโœจPihak JMB Pangsapuri Teratai dan pentadbir Musolla Al-Hijrah ingin merakamkan setinggi-tinggi peng...
03/03/2026

Terima Kasih Semua! ๐Ÿคโœจ

Pihak JMB Pangsapuri Teratai dan pentadbir Musolla Al-Hijrah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penduduk serta ahli jawatankuasa yang telah menjayakan Program Bubur Lambuk pada 1.3.2026.

Terima kasih atas kerjasama, sumbangan tenaga dan semangat gotong-royong yang luar biasa. Semoga usaha ini mengeratkan silaturahim dan membawa keberkatan kepada kita semua.

Semoga kita dapat terus bersama dalam program-program akan datang ๐Ÿคฒ๐ŸŒ™

๐Ÿ“ข HEBAHAN WAKTU OPERASI PEJABATJMB Pangsapuri TerataiSEPANJANG BULAN RAMADHANDimaklumkan kepada semua penduduk dan pemil...
16/02/2026

๐Ÿ“ข HEBAHAN WAKTU OPERASI PEJABAT
JMB Pangsapuri Teratai
SEPANJANG BULAN RAMADHAN

Dimaklumkan kepada semua penduduk dan pemilik rumah, waktu operasi pejabat sepanjang 19/2/2026 hingga 20/3/2026 adalah seperti berikut:

๐Ÿ•˜ Isnin โ€“ Jumaat: 9.00 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ•˜ Sabtu: 9.00 pagi โ€“ 1.00 petang
โธ Rehat: 12.00 tengah hari โ€“ 1.00 petang

๐Ÿ’ณ Bayaran boleh dibuat secara atas talian ke akaun Bank Islam
No. Akaun: 1209 2010 03 1999
Ref: AKR (No. Unit Rumah)

Terima kasih atas kerjasama semua.
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa. ๐ŸŒ™

Pengurusan
JMB Pangsapuri Teratai

๐ŸŽ‰๐Ÿงง SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU CINA 2026 ๐Ÿงง๐ŸŽ‰Semoga Tahun Baharu Cina ini membawa kesejahteraan, kebahagiaan, kesihatan...
16/02/2026

๐ŸŽ‰๐Ÿงง SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU CINA 2026 ๐Ÿงง๐ŸŽ‰

Semoga Tahun Baharu Cina ini membawa kesejahteraan, kebahagiaan, kesihatan yang baik serta kemakmuran buat seluruh warga Pangsapuri Teratai.

Dengan tema โ€œTeratai Harmoniโ€, marilah kita terus memupuk semangat perpaduan, saling menghormati dan hidup harmoni dalam komuniti berbilang kaum.

Ikhlas daripada
Badan Pengurusan Bersama (JMB)
Pangsapuri Teratai & Pasukan

๐Ÿงจ Gong Xi Fa Cai ๐Ÿงจ
๐Ÿฎ Xin Nian Kuai Le ๐Ÿฎ

Terima kasih kepada semua penduduk Pangsapuri Teratai atas sokongan dan kerjasama yang sangat baik sempena program goton...
08/02/2026

Terima kasih kepada semua penduduk Pangsapuri Teratai atas sokongan dan kerjasama yang sangat baik sempena program gotong-royong mengecat dan rewang penyediaan makan tengahari.

Sambutan yang diberikan amat membanggakan dan jelas menunjukkan semangat kejiranan serta sikap saling membantu yang sangat positif. Diharapkan hubungan baik ini terus berkekalan dan menjadi contoh terbaik komuniti kita.

Terima kasih pada kaum2 ibu,masak sedap sangat.boleh lah buat rewang2 lagi lainkali ๐Ÿ˜

Terima kasih sekali lagi daripada AJK JMB Pangsapuri Teratai ๐Ÿ™

*GOTONG-ROYONG MENGECAT DAN REWANG MASAK TENGAHARI* ๐ŸŽจAssalamualaikum & salam sejahtera warga Pangsapuri Teratai ๐Ÿ‘‹Jom kit...
28/01/2026

*GOTONG-ROYONG MENGECAT DAN REWANG MASAK TENGAHARI* ๐ŸŽจ

Assalamualaikum & salam sejahtera warga Pangsapuri Teratai ๐Ÿ‘‹

Jom kita sama-sama sertai Program Gotong-Royong Mengecat Kawasan Lobi Lif ๐Ÿงน๐ŸŽจ

๐Ÿ—“ Ahad | 8 Februari 2026
โฐ 8.00 pagi
๐Ÿ“ Lobi Lif, Pangsapuri Teratai

๐Ÿฅช Sarapan pagi disediakan
๐Ÿฝ๏ธ Makanan tengahari disediakan (jemputan rewang memasak)

Sumbangan barangan & peralatan mengecat (berus, roller, cat dan lain-lain) amat dialu-alukan ๐Ÿ™

Mari kita bekerjasama menceriakan kawasan kediaman kita ๐Ÿ’ช
Terima kasih atas sokongan semua.

Yang Menjalankan Tugas,
JMB Pangsapuri Teratai

๐ŸŒ™ HEBAHAN & PEMAKLUMAN KEPADA PENDUDUK PANGSAPURI TERATAI ๐ŸŒ™Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahter...
17/01/2026

๐ŸŒ™ HEBAHAN & PEMAKLUMAN KEPADA PENDUDUK PANGSAPURI TERATAI ๐ŸŒ™

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Musolla Al-Hijrah Pangsapuri Teratai bersama JMB Pangsapuri Teratai akan menganjurkan:

โœจ SAMBUTAN AWAL RAMADAN DAN DOA SELAMAT PANGSAPURI TERATAI โœจ

๐Ÿ—“ Tarikh: 24 Januari 2026 (Sabtu)
๐Ÿ“… Bersamaan: 5 Syaโ€™ban 1447H
๐Ÿ•– Masa: 7.00 malam
๐Ÿ“ Tempat: Musolla Al-Hijrah, Pangsapuri Teratai

Program ini bertujuan untuk menyemarakkan kedatangan bulan Ramadan yang mulia serta memohon keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan untuk seluruh penduduk Pangsapuri Teratai.

Sehubungan itu, semua penduduk dijemput hadir dengan tema "POTLUCK",jemput bersama keluarga bagi memeriahkan majlis serta mengeratkan hubungan silaturahim sesama komuniti.

Semoga kehadiran semua mendapat ganjaran pahala dan keberkatan daripada Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

๐ŸŒฟ JMB Pangsapuri Teratai
๐ŸŒฟ Musolla Al-Hijrah Pangsapuri Teratai

29/12/2025

๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐ ๐’๐Š๐ˆ๐Œ ๐€๐ˆ๐‘ ๐ƒ๐€๐‘๐”๐‹ ๐„๐‡๐’๐€๐ (๐’๐€๐ƒ๐„)

Dimaklumkan bahawa permohonan bagi Skim Air Darul Ehsan (SADE) akan dibuka semula mulai ๐Ÿ๐Ÿ— ๐ƒ๐ˆ๐’๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“. Orang ramai boleh membuat permohonan melalui portal rasmi Aplikasi KitaSelangor Sepadu (AKSES) di

https://akses.selangor.gov.my/


#๐Š๐ข๐ญ๐š๐’๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐จ๐ซ MajuBersama

๐ŸŒ™ Selamat Menyambut 1 Rejab ๐ŸŒ™1 Rejab menandakan permulaan bulan yang mulia dalam Islam. Marilah kita sama-sama memperban...
21/12/2025

๐ŸŒ™ Selamat Menyambut 1 Rejab ๐ŸŒ™

1 Rejab menandakan permulaan bulan yang mulia dalam Islam. Marilah kita sama-sama memperbanyakkan doa, memperbaiki diri dan mempersiapkan hati menuju Ramadan.

โ€œYa Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.โ€

Semoga kita semua berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. ๐Ÿคฒโœจ

Address

Semenyih

Opening Hours

Monday 09:30 - 18:30
Tuesday 09:30 - 18:30
Wednesday 09:30 - 18:30
Thursday 09:30 - 18:30
Friday 09:30 - 18:30
Saturday 09:30 - 13:30

Telephone

+60197102534

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JMB Pangsapuri Teratai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to JMB Pangsapuri Teratai:

Share