28/02/2023
BOLEH KE BELI TANAH GERAN KONGSI? JANGAN KELIRU!
Selalu orang tanya saya.
"Tuan, boleh tak saya beli tanah geran kongsi?"
Istilah tanah geran kongsi itu pun sebenarnya banyak mengundang kekeliruan kepada orang awam.
Saya hendak bagi tahu di sini, ada tanah geran kongsi yang BOLEH DIBELI dan ada juga tanah geran kongsi yang TAK BOLEH DIBELI.
Nak tahu boleh beli atau tak tanah geran kongsi tersebut, kita kena tanya satu soalan penting, tanah ini kalau saya beli boleh atau tak DiPINDAH MILIK KEPADA NAMA SAYA DALAM GERAN?
Bagaimana nak tahu tanah geran kongsi tersebut boleh dipindah milik kepada nama kita atau tak?
Ada dua kategori tanah GERAN KONGSI.
Kategori 1:
Tanah Geran Kongsi LOT LIDI
- Tanah pertanian, tetapi dijual sebagai tanah lot bangunan kepada lebih daripada seorang pembeli.
- Penjualan hanyalah berdasarkan kepada pelan lakaran sahaja dan geran individu untuk setiap lot tersebut masih belum ada.
- Nama pemilik dalam geran asal hanyalah seorang atau 2 orang tetapi yang membelinya lebih daripada 2 orang.
- Mereka ini didakwa kononnya akan berkongsi geran tetapi hakikatnya geran pun tak ada lagi bagaimana mungkin mereka nak berkongsi geran.
- Inilah yang kita panggil sebagai LOT LIDI.
- Tanah geran kongsi kategori ini kalau anda beli memang TAKKAN BOLEH DIPINDAH MILIK kepada nama anda. Sebabnya ada halangan dari segi undang-undang.
- Nak pindah milik macam mana kalau pemilik seorang tetapi pembeli 10 orang, melainkan terpaksa buat pecah sempadan dan tukar syarat kepada status bangunan terlebih dahulu sehinggalah keluar geran individu yang berasingan berstatus bangunan. Kemudian barulah boleh dipindah milik kepada nama pembeli.
Kategori 2:
Tanah geran kongsi PEMILIKAN BERSAMA.
- Tanah ni dimiliki oleh banyak pemilik (penama) dalam geran. Dan setiap pemilik mempunyai bahagian masing masing yang dinyatakan dengan jelas dalam geran.
- Tanah geran kongsi kategori ini boleh dipindah milik kepada nama anda jika anda beli mana-mana bahagian daripada bahagian penama tadi. Sebab bahagianya jelas dinyatakan dalam geran.
- Cuma kalau anda nak beli keseluruhan tanah tersebut, anda perlu dapatkan persetujuan (tandatangan) daripada semua penama dalam geran tersebut. Tetapi kalau hendak beli satu bahagian daripada bahagian yang dimiliki oleh mana-mana penama tadi, tak perlu dapatkan persetujuan kesemua penama dalam geran. Boleh terus buat pindah milik bahagian tersebut daripada nama penama tersebut kepada nama anda.
- Cuma walaupun nama anda mungkin boleh dimasukkan dalam geran, tetapi masih terdapat kekurangan dan kelemahan jika anda membeli/ memiliki tanah lot geran kongsi pemilikan bersama ini.
Jika berminat dengan tanah Di sungai plong
โก๏ธ Luas tanah : 2300 kps - 3100 kps
โก๏ธ Tanah rata sudah di bersihkan sebelum ni
โก๏ธ Kawasan perumahan melayu
โก๏ธ Hanya 4km ke pekan Sungai buluh
โ
Rizab Melayu
โ
Status Lot Bangunan
โ
Geran Bersama
โ
Lokasi : Sungai Plong Sungai buluh, Selangor
๐ Harga : Bermula Rm 85k
Yg berminat boleh pm : https://wa.me/message/2PXYV65WGHJXN1
Call : 0183838227
First Come, First Serve!! โบ๏ธ