30/05/2025
Kadang kita bukan perlukan pejabat serba moden. Cukup ada suasana yang sihat dan rakan sekerja yang menyenangkan.
Inilah yang menjadikan kita rasa mahu datang kerja setiap hari.
✅ Potluck sama-sama, rasa macam keluarga
✅ Ada rakan yang ringan tulang, ringan juga mulut buat kita senyum
✅ Bos yang turun padang, bukan hanya beri arahan
✅ Rasa dihargai, rasa penting walau tugasan nampak kecil
✅ Boleh bagi idea tanpa takut kena perli
✅ Boleh mengaku silap tanpa takut dijatuhkan
✅ Rasa kerja ni ada makna, bukan sekadar cari gaji
Kerja tetap kerja ada tekanan, ada tanggungjawab. Tapi bila tempat kerja juga jadi tempat kita rasa dihargai, hari yang biasa pun boleh terasa luar biasa