26/09/2026
KUNJUNGAN HORMAT MYBHA KELANTAN KE HOTEL JEWEL KOTA BHARU
π
23 September 2026 (Rabu)
β° 11.00 pagi
π Hotel Jewel Kota Bharu
Alhamdulillah, satu sesi kunjungan hormat dan silaturahim telah diadakan oleh MyBHA Kelantan ke Hotel Jewel Kota Bharu yang terletak di tengah bandar Kota Bharu.
Kunjungan ini telah disambut mesra oleh En. Wan Shahrin, Pengurus Hotel Jewel.
Turut hadir mewakili MyBHA Kelantan:
π· Cg Mas Citra Kadok β Pengerusi
π· Pn Nanie β Bendahari
Bukan sekadar kunjungan, tetapi ruang untuk kita saling mengenali, bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman dalam menguruskan industri perhotelan.
Dalam sesi ini, Pengerusi turut berkongsi maklumat berkaitan MyBHA Kelantan, peranan persatuan serta peluang dan manfaat kepada pengusaha hotel.
Alhamdulillah, lebih menggembirakan apabila Hotel Jewel Kota Bharu turut menjadi sebahagian daripada ahli MyBHA Kelantan.
Bersama kita kuatkan komuniti hotel budget Kelantan.
MyBHA Kelantan percaya bahawa setiap hotel, sama ada kecil atau besar, mempunyai peranan dalam membangunkan ekosistem pelancongan dan perhotelan negeri Kelantan.
Satu hotel mungkin kecil, tetapi apabila kita bergabung, suara industri menjadi lebih kuat.
Kepada pengusaha hotel budget lainnya, guesthouse, dan lain-lain penginapan pelancongan di Kelantan yang ingin mengenali MyBHA dan bersama-sama membina jaringan industri, jom sertai komuniti kita!
MYBHA KELANTAN
Bersama Membina, Berkongsi & Menguatkan Industri Hospitaliti Kelantan.