Ahmad Naim Property

Ahmad Naim Property Khidmat yang di sediakan :

~ Menjual Rumah, Bangunan Kedai
~ Membeli Rumah
~ Menjual Tanah Lot
~ Me

04/01/2023
Mesti best rumah berdekatan dengan taman tasik kan❤️Ayuh! Miliki rumah idaman dua tingkat anda segera di Nilai dan dapat...
14/03/2021

Mesti best rumah berdekatan dengan taman tasik kan❤️
Ayuh! Miliki rumah idaman dua tingkat anda segera di Nilai dan dapatkan rebat insentif yang ditawarkan.

🥳🥳🥳Tawaran Rebat Istimewa Penjawat Awam dan Barisan Hadapan

- Harga bermula dari RM509,888 (sebelum rebate)
- Saiz 20x65 dan 20x70
- Siap dibina beserta CCC
- Unit FREEHOLD
- FREE MOT dan LEGAL FEES.
- Kawasan Pembangunan berpagar untuk keselamatan
- BOOKING RM1K sahaja dan ZERO DOWNPAYMENT.
- 30 minit ke Putrajaya, 15 minit ke KLIA dan 15 minit ke Nilai.

fast respon, wasap segera : www.wasap.my/60129848465/kotaseriemas

PARTIALLY FURNISHED EMBUN RESIDENCEAsking Price:  RM308K (Nego for serious buyer)PROPERTY  DETAILS=================- Fre...
23/11/2020

PARTIALLY FURNISHED EMBUN RESIDENCE
Asking Price: RM308K (Nego for serious buyer)
PROPERTY DETAILS
=================

- Freehold
- Non-Bumi Lot
- Size 1100 sqft
- Bedroom 3
- Bathroom 2
- 2 Spacious Covered side by side Car Park
- 2 Balconies with a nice view
- Main balcony facing Great View
- Walk-in ready unit
- Built-in Shoes Cabinet and Kitchen Table Top

FREE OF CHARGE
Items in Unit
===============

1) Granite Kitchen Table Top
2) Steel Grill All-Around
3) Electrical Utilities ( Fan & Lighting) EVERY Room including Living area and toilet
4) High-Speed Fiber Network Availability
5) Excess Card
6) Inverter Air Conditioning in Master Bedroom.
7) IKEA Wardrobe in Master Bedroom.

WARRANTY
========

6 MONTHS of previous owner personal warranty on Electrical Utilities ( Fan & Lighting for EVERY Room including Living area and toilet) .

FACILITIES
==========

1) Playground
2) 24 Hours Security
3) Guarded & Gated
4) Peaceful

AMENITIES
==========

- MRT Sg Jerneh (3 Km) 6 min
- Giant (2 Km) 5 min
- McDonald's (2 km) 5 min
- Secret Recipe (2 km) 5 min
- Pasar Tani (1km) 3 min
- Pasar Malam (1 km) 3 min
- SK (2km) 4 min
- Tesco (4km ) 7 min
- KPJ Kajang (5km) 8 min
- Hospital Kajang ( 6km) 9 min
- UPM (16 km) 16 min
- UNITEN (16 km) 16 min
- UKM (18 km) 20 min

EASY ACCESS
============

- LEKAS Highway (3km)
- Grand Saga Highway (5 km)
- Kajang SILK (6 km))

Deposit 10% (Booking 3.18% & 6.82% upon signing Purchase Agreement (SPA)
Loan & lawyer will be arranged.

**********************
Serious buyer please contact for further information & viewing appointment :
Loan & Lawyer can be arranged.

For viewing, pls contact:
Ahmad Naim
IAN SCOTT INTERNATIONAL Putrajaya
Call /Whatsapp
0129848465




Tak Perlu Tunggu Tahun Depan Beli Rumah Harga RM500K semata-mata nak jimat Duti Setem kalau......-----------------------...
10/11/2020

Tak Perlu Tunggu Tahun Depan Beli Rumah Harga RM500K semata-mata nak jimat Duti Setem kalau......
----------------------------
"Belanjawan 2021 - Pengecualian Penuh Duti Setem untuk pembelian rumah pertama berharga berharga tidak lebih RM500,000 untuk Suratcara yang ditandatangani bermula 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2025".

Sekarang ada yg dah hold membeli rumah sebab dengar cakap orang.. ada yang dengar orang kata tunggu tahun depan sebab dapat jimat lagi duti setem.

Tapi saya kurang bersetuju jika anda berada dalam situasi2 tertentu..

1. Kalau memang nak beli rumah pertama harga sehingga RM300K.. tak perlu tunggu sebab memang anda dapat insentif ni pada masa ni di bawah Bajet 2020.

2. Membeli rumah baharu pun tak perlu tunggu kalau harga sehingga RM1juta jika projek di bawah program HoC. Memang tak perlu bayar duti setem untuk rumah kategori ni. Jika membeli rumah baru RM1juta sehingga RM2.5juta perlu bayaran tambahan duti setem pada kadar 4%. Duti Setem perjanjian pinjaman dikecualikan untuk pembelian sehingga RM2.5juta.

3. Anda beli rumah subsale harga antara RM300K-RM500K tetapi harga di bawah nilai pasaran. Jika berdasarkan harga RM500K, bayaran duti setem anda hanya RM4,000 (2% daripada RM200K) kerana RM300K pertama dikecualikan duti setem. Jika anda mempunyai tawaran rumah yang dijual 10%, 20% atau RM10K di bawah pasaran yang jumlahnya beribu atau berpuluh ribu, perlukah anda tunggu semata-mata nak dapatkan pengecualian duti setem RM4,000 tersebut atau kurang lagi jika harga bawah RM500K?

Oleh itu, jika sememangnya anda di dalam proses membeli rumah dan berada dalam situasi di atas, teruskan pembelian.

Bayangkan jika anda berada di dalam situasi 3. Harga Pasaran RM500,000, penjual sanggup menjual pada harga RM450K (di bawah harga pasaran).. adakah anda perlu menunggu tahun hadapan untuk dapatkan penjimatan RM4,000 atau ambil tawaran jimat RM50K dari harga pasaran? Silap2 deal tersebut diambil orang sebelum sempat tahun hadapan.

Buat pertimbangan sewajarnya. Jika peluang membeli rumah sekarang lebih menguntungkan, mengapa perlu tunggu??

Semoga membantu. Sekian.

Oleh Sifu MohdKhairul


“Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadin...
08/11/2020

“Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
[Surah al-Ankabut, ayat 20]



Rumah Untuk Di jual Lokasi : Swiss Garden Resort Residen Kuantan, Pahang.Tingkat : Ground FloorHarga ??🏘Nantikan Live FB...
08/11/2020

Rumah Untuk Di jual

Lokasi : Swiss Garden Resort Residen Kuantan, Pahang.
Tingkat : Ground Floor
Harga ??

🏘Nantikan Live FB page pada 14 November 2020, jam 10.30pagi




Almyra Residence Bandar Puteri Bangi. DETAILS:-FREEHOLD-Bumi Lot-3 Bedrooms-2 Bathrooms-Built up: 969sf-BalconyFACILITIE...
07/10/2020

Almyra Residence
Bandar Puteri Bangi.

DETAILS:
-FREEHOLD
-Bumi Lot
-3 Bedrooms
-2 Bathrooms
-Built up: 969sf
-Balcony

FACILITIES:
-Swimming pool
-Gymnasium
-Multi purpose Hall
-Multi purpose court
-BBQ Area
-Playground
-CCTV monitoring
-24 hour security

AMENITIES:
-SK Bukit Mahkota
-SK Bandar Seri Putra
-SMK Bandar Seri Putra
-Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra
-Masjid Bandar Bukit Mahkota
-Masjid Bandar Seri Putra
-Balai Polis Bandar Seri Putra
-KUIS
-TESCO Hypermarket
-CS Hypermarket
-Hong Leong Bank, Bank Simpanan Nasional
-Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra, Klinik Desa Bangi
-Klinik, 7 Eleven, 99 Speedmart
-McDonalds, Pizza Hut, Domino Pizza, KFC, Secret Recipe, Ayamas
-Bangi Wonderland Water Park
-Petronas Station
-Avenue Bangi Hotel
-Nilai 3 Wholesale

ACCESSIBILITY:
-PLUS Highway (Exit Putra Mahkota)
-ELITE Highway
-LEKAS Highway
-5 min to Nilai 3
-5 min to KTM Bangi
-15 min to UKM, Bangi,
-25 min to Kajang & Semenyih town
-30 min to Putrajaya
-30 min to KLIA / KLIA2
-30 min to Seremban

Asking price: Reduce from RM400K to RM380K (negotiable)

Loan & Lawyer can be arrange.

Ahmad Naim
Ian Scott International
012-9848465

20/09/2020

Hidup kita ni simple saja kalau kita tak sombong dan degil. Sebab sombong dan degil la, hidup kita jadi huru-hara. Jiwa kita kacau. Orang lain pun tak s**a dengan kita. Semua orang jauhkan diri dari kita.

Allah dah buat banyak undang-undang yang kalau kita ikut saja takde banyak dalih, hidup kita pasti akan jadi tenang. Masalah dia ialah kita selalu cari jalan dan alasan untuk taknak ikut. Sampai kita dah memandai-mandai pulak justify benda salah yang kita buat tu agar jadi tak salah.

Macam dalam Surah Al-Hujurat, Allah ada bagi 6 larangan yang sangat jelas. Tinggal 6 benda ni, aman damai hidup kita dunia akhirat. Kalau taknak faham jugak tak tahu la. Atau kalau buat-buat faham, memang kita sengaja cari penyakit!

1. Jangan pandang rendah dan merendah-rendahkan orang lain.

2. Jangan sebut keaiban dan kelemahan orang lain.

3. Jangan panggil orang lain dengan gelaran yang buruk.

4. Jangan sangka buruk dengan orang lain.

5. Jangan mengintip dan mencari salah orang lain.

6. Jangan mengumpat dan bercerita buruk tentang orang lain.

Simple je kan? Ke tak faham?

Sedih kadang-kadang tu bila kita masih lagi nak langgar 6 larangan ni. Walhal kita pun tahu benda ni salah besar.

Allah bagi kita ilmu untuk bezakan kita dengan makhluk lain. Allah juga bagi kita otak untuk fikir mana yang baik dan mana yang buruk. Kalau arahan sejelas ini pun kita tak boleh nak faham, apa lagi yang kita boleh harap pada diri kita ni?

Ada sesetengah orang tu, cari juga alasan nak bagi boleh. Dah benda tak boleh, cukup-cukuplah. Tak payah la lagi nak hurai panjang-panjang. Full stop!

Kawan-kawan...

Kadang-kadang kita ni terlalu ikutkan hasutan syaitan. Terlampau ikut rasa marah, benci, dendam dan sakit hati kita tu pada orang yang kita tak sebulu dengan dia. Sampaikan kita saja-saja buat dosa padahal kita tahu bemda yang kita buat tu berdosa.

Almaklumlah, kita nak puaskan hati kita kan? Dosa pun dosa la. Tak kisah asalkan hati kita puas.

Ini semua hasil didikan jiwa yang tak betul sejak sekian lama. Mula-mula takut dan segan nak buat dosa. Tapi lama-lama sebab dah biasa buat, kita tak rasa takut dan segan lagi. Tu yang main langgar aje tu.

Kadang-kadang tu, semua ni berpunca dari perasaan kita yang perasan bagus. Orang lain semua tak bagus. Kita je yang bagus. Orang lain ada aje yang tak kena. Tapi kita ni sempurna takde cacat cela.

So, fikir-fikirlah ye. Nak buat tak tahu je ke atau nak insaf dan balik ke pangkal jalan. Baki umur yang kita ada ni tak la panjang mana lagi. Membazir je kalau kita masih sibuk dengan banyak hal berkait orang lain. Padahal kita pun tak tahu lagi apa nasib kita di akhirat.

Saya berdoa agar Allah selalu bagi kita hidayah untuk buat benda yang baik dan tinggal benda yang tak baik. Supaya nanti kita gembira dan tak sedih di hari akhirat.



KENAPA RAMAI TAKUT BELI TANAH PAJAKAN 99 TAHUN?Ramai yang masih tak jelas tentang konsep tanah pajakan ini.Disebabkan it...
15/09/2020

KENAPA RAMAI TAKUT BELI TANAH PAJAKAN 99 TAHUN?

Ramai yang masih tak jelas tentang konsep tanah pajakan ini.

Disebabkan itu timbul banyak "misconception" tentang tanah pajakan.

Antaranya :

➡️tanah pajakan nilaian nya lebih rendah berbanding tanah status pegangan bebas

➡️kerajaan boleh ambil tanah status pajakan daripada mana-mana pemilik tanpa perlu bayar pampasan.

➡️tak adil selepas tamat tempoh pajakan, tanah jadi milik kerajaan semula.

Sebelum saya jawab tentang misconception di atas, mari kita lihat secara ringkas bagaimanakah sebenarnya status tanah pajakan ini.

▪Dari segi perundangan, kerajaan negeri adalah pemunya asal kepada mana-mana tanah dalam negara kita.

▪Kemudian, kerajaan negeri kurniakan tanah tersebut kepada mana-mana pihak atas status pajakan untuk tempoh 99 tahun di bawah Seksyen 76 (a) Kanun Tanah Negara.

▪️ Sebagai balasan, pemilik perlu bayar cukai tanah setiap tahun kepada kerajaan.

▪Kenapa kerajaan negeri kurniakan tanah tersebut sebagai status pajakan?

➡️Supaya kerajaan negeri masih ada control terhadap tanah-tanah dalam negara kita. Ini kerana kebanyakan tanah pajakan ini mempunyai sekatan kepentingan di dalam geran hakmilik yang perlu dipatuhi oleh pemilik seperti perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa negeri sebelum ianya dipindahmilik, dipajak atau digadai kepada pihak lain. Daripada situ kerajaan boleh pantau.

➡️Dan daripada situ juga kerajaan negeri masih boleh dapat hasil untuk negeri daripada tanah tersebut.

▪️Cuba bayangkan kalaulah semua tanah di negara kita ini adalah berstatus pegangan bebas atau freehold. Sudah pasti tanah tadi boleh sewenang-wenangnya diurusniagakan kepada sesiapa sahaja dengan bebas termasuklah kepada warga asing dengan harga yang sangat tinggi tanpa kawalan secara lansung daripada kerajaan.

▪️Walaupun terdapat sekatan kepentingan daripada pihak kerajaan, dalam tempoh pajakan tersebut pemilik tetap boleh menggunakan dan memanfaatkan sepenuhnya tanah tersebut untuk kepentingan diri mereka sendiri tanpa diganggu oleh kerajaan.

▪Dan mereka juga boleh lakukan apa sahaja urusniaga yang mereka kehendaki terhadap tanah tersebut, seperti menjualnya, menggadaikannya, memajakkannya atau menyewakannya kepada pihak lain, tertakluk kepada sekatan-sekatan kebenaran (consent) yang perlu diperoleh daripada kerajaan negeri terlebih dahulu.

▪Pendek kata selain daripada adanya sedikit kawalan kerajaan, secara keseluruhannya, tidak ada beza pun dari segi urusniaga tanah pajakan atau pegangan bebas. Kedua-duanya mempunyai nilaian yang sama.

▪️Mamandangkan tanah pajakan ini masih lagi wujudnya kepentingan kerajaan terhadapnya, maka selepas tamat tempoh pajakan tersebut wajarlah tanah tersebut dikembalikan semula kepada kerajaan sebagai pemunya asal.

▪Pun begitu sebelum tamat tempoh pajakan tersebut pemilik boleh sahaja memohon daripada kerajaan negeri untuk disambung balik tempoh pajakan tersebut, tertakluk kepada bayaran premium yang akan dikenakan sebagaimana masa mula mula kerajaan menganugerahkan tanah tersebut kepada anda dahulu.

▪️Jadi berdasarkan fakta-fakta di atas, saya tidak nampak di mana yang dikatakan tidak adil nya pada konsep tanah pajakan tersebut?

▪️Mungkin anda rasa tak adil sebab kerajaan tak bayar pampasan bila tempoh pajakan tamat. Begitukah?

🔘 Sebenarnya tempoh pajakan tersebut adalah lama. Dalam tempoh itu pemilik atau waris mereka telahpun dapat memanfaatkan sepenuhnya tanah tersebut sepanjang tempoh pajakan 99 tahun tersebut. Mereka boleh dapat hasil daripadanya. Boleh jual dan sewakan nya kepada orang lain..boleh dapat wang daripadanya..dan lain-lain lagi..tiada sebarang halangan pun untuk mengurus niagakan tanah pajakan ini.

🔘 Satu lagi perkara yang orang silap faham. Mereka kata tanah pajakan ni kalau kerajaan nak ambik tak perlu bayar apa-apa pampasan atau gantirugi.

➡️Sebenarnya persepsi itu silap. Dalam tempoh pajakan, kalau kerajaan mahu ambil tanah tersebut, kerajaan TETAP KENA BAYAR PAMPASAN KEPADA PEMILIK mengikut nilaian semasa.

🔘 Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, kebanyakan daripada tanah-tanah pajakan yang ada dinegara kita memang belum sampai tempoh pajakan 99 tahun itu lagi. Dan jika ada tanah pajakan yang telah tamat tempoh pajakan sekalipun, kebanyakannya tempoh pajakan tersebut akan disambung lagi untuk tempoh yang sama.

🔴Justeru itu, nasihat saya tak perlulah anda terlalu risau dan bimbang untuk membeli atau memiliki tanah status pajakan.

🔴 Dsebabkan takut nak beli hartanah status pajakan, sampai ke tua lah jawabnya tak de rumah / tanah sendiri. Kalau nak cari hartanah status pegangan bebas sahaja berapa banyak sangat tanah pegangan bebas yang ada di negara kita ini.

🔴Jadi baik tanah pajakan atau pegangan bebas, kedua-duanya sama sahaja dan kedua-duanya diiktiraf oleh undang-undang.

🔴Jangan takut sangatlah nak beli atau memiliki tanah pajakan kerana ianya selamat.

Terima kasih.

Oleh Tuan SALKUKHAIRI ABD SUKOR



Partly FurnishedALAM SANJUNG SERVICE APARTMENT @ Seksyen 22, Shah Alam====================DETAILS:============-3 Rooms /...
15/09/2020

Partly Furnished

ALAM SANJUNG SERVICE APARTMENT @ Seksyen 22, Shah Alam
====================

DETAILS:
============
-3 Rooms / 2 Bathrooms
-Size : 864sqft
- Aircond at Master Bedroom
-Water heater
-Kitchen Cabinet
-2 Covered Car Parks

EXCELLENT CONDO FACILITIES :
============
- Swimming Pool
- Gymnasium
- Sauna
- Surau
- Library
- 24 Hours Security
- Dobi

ACCESSIBILITY :
================
-Batu Tiga KTM
-ELITE
-Federal
-NKVE
-KESAS

Rental Price : RM 1400

Interested ?
Kindly contact :
Ahmad Naim
Real Estate Negotiator
Ian Scott International
http://www.wasap.my/60129848465/AlamSanjung





Fully FurnishedALAM SANJUNG SERVICE APARTMENT @ Seksyen 22, Shah Alam====================DETAILS:============-3 Rooms / ...
15/09/2020

Fully Furnished

ALAM SANJUNG SERVICE APARTMENT @ Seksyen 22, Shah Alam
====================

DETAILS:
============
-3 Rooms / 2 Bathrooms
-Size : 912sqft
-Fridge
-Washing Machine
-Sofa
-Bedroom set
-water heater
-2 Covered Car Parks

EXCELLENT CONDO FACILITIES :
============
- Swimming Pool
- Gymnasium
- Sauna
- Surau
- Library
- 24 Hours Security
- Dobi

ACCESSIBILITY :
================
-Batu Tiga KTM
-ELITE
-Federal
-NKVE
-KESAS

Rental Price : RM 1500

Interested ?
Kindly contact :
Ahmad Naim
Real Estate Negotiator
Ian Scott International Sdn Bhd
http://www.wasap.my/60129848465/AlamSanjung



Address

IOI Conezion Putrajaya
Wilayah Persekutuan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ahmad Naim Property posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ahmad Naim Property:

Share

Category