Sir Amsha Founder Vigor Properties Malaywing

Sir Amsha Founder Vigor Properties Malaywing Founder Vigor Properties Malaywing
President Vigor FC
(3)

12/06/2026

Dari seorang penjawat awam kepada ejen property sepenuh masa. Satu keputusan berani yang mengubah perjalanan hidup beliau.

Dengan usaha, konsisten dan semangat yang tidak pernah luntur, Naqib berjaya melangkah ke satu lagi pencapaian besar sebagai Branch Manager.

Tahniah atas kejayaan ini. Semoga terus menjadi inspirasi kepada orang diluar sana yang ingin mengejar impian mereka.





10/06/2026

Watikah Pelantikan Shareholder Vigor Kingdom.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada semua Shareholder yang telah dilantik. Semoga anda semua dapat menyumbangkan tenaga, idea, pengalaman serta komitmen yang terbaik dalam usaha memperkukuhkan organisasi dan membawa Vigor Kingdom ke tahap yang lebih tinggi.

Bersama-sama kita membina masa depan yang lebih gemilang, mencipta lebih banyak peluang, dan terus memacu pertumbuhan syarikat ke arah kejayaan yang berterusan.





09/06/2026

Alhamdulillah, salah seorang ejen Vigor Properties Malay Wing yang telah berjaya mengubah kehidupannya bersama kami. Segala usaha, pengorbanan dan konsistensi yang ditunjukkan akhirnya membuahkan hasil.

Perjalanan ini bukan sekadar tentang kejayaan dalam kerjaya, tetapi juga tentang membina masa depan yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai individu untuk berani bermula, terus berusaha dan tidak pernah berputus asa.

Tahniah Aqilah. Ini baru permulaan kepada lebih banyak kejayaan yang bakal menyusul.





07/06/2026

Beras percuma untuk anda !!

Warga Pasir Gudang, jangan lepaskan peluang untuk singgah di booth Vigor Properties di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, buat semakan kelayakan rumah secara percuma dan secara automatik anda akan menerima sekampit beras sebagai tanda penghargaan daripada kami.

Hari ini sahaja sehingga habis. Share video ni kepada keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan di sekitar Pasir Gudang.

Siapa cepat, dia dapat !
Vamos Vigor !





02/06/2026

Bersempena Hari Raya Aidiladha tahun ini, Vigor Properties Malay Wing bersama komuniti Kampung Mulia, Ulu Tiram telah berjaya melaksanakan ibadah korban dengan penyertaan sebanyak 12 ekor lembu.

Program ini bukan sekadar memenuhi tuntutan agama, malah menjadi medan untuk mengukuhkan semangat kebersamaan, perpaduan dan ukhuwah dalam kalangan masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menyumbang tenaga, masa dan usaha dalam menjayakan program ini. Semoga setiap pengorbanan dan amal kebajikan yang dilakukan diterima serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT.

Vamos Vigor !





29/05/2026

Alhamdulillah, untuk Hari Raya Aidiladha tahun ini, Vigor Properties Malay Wing bersama komuniti Kampung Mulia, Ulu Tiram telah bersama-sama menjayakan ibadah korban dengan menumbangkan sebanyak 12 ekor lembu.

Semoga setiap pengorbanan, keikhlasan dan usaha yang diberikan mendapat keberkatan serta rahmat daripada Allah SWT. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga semangat ukhuwah dan kebersamaan ini terus mengeratkan silaturahim sesama masyarakat.

Vamos Vigor !





Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu keberkatan, mengajar kita erti keikhlasan dal...
29/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H

Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu keberkatan, mengajar kita erti keikhlasan dalam berkorban, kesabaran dalam menghadapi ujian, dan kekuatan untuk terus melangkah menuju kejayaan.

Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan, sama ada untuk keluarga, kerjaya mahupun perjuangan membina masa depan yang lebih baik, diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

Buat seluruh umat Islam serta warga dan ejen-ejen Vigor Properties di seluruh Malaysia, selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Semoga ukhuwah terus diperkukuh, rezeki diluaskan dan segala urusan dipermudahkan.

Ikhlas daripada,
Sir Amsha
Founder, Vigor Properties Malay Wing





26/05/2026

Semua orang ada cita-cita untuk upgrade diri, bantu keluarga dan capai kehidupan yang lebih baik. Tapi tanpa konsisten, impian hanya tinggal impian.

Begitu juga dengan aktiviti KPI. Pada awalnya mungkin terasa susah, penat dan mencabar untuk dilakukan secara konsisten. Tetapi apabila anda melatih diri untuk konsisten, ia akan menjadi satu tabiat yang membawa kepada peningkatan prestasi dan hasil yang lebih baik.

Result comes from performance, and performance comes from consistency.

Vamos Vigor !





22/05/2026

Settle sesi Photoshoot Vigor Kingdom 2026 yang menghimpunkan seluruh ejen Vigor Properties Malay Wing dari seluruh Malaysia di bawah satu bumbung bagi menjayakan sesi fotografi rasmi kali ini.

Kesemua 7 branch Vigor Properties dan Terima kasih kepada semua yang memberikan komitmen serta meluangkan masa untuk menjayakan sesi ini. Semoga gambar-gambar yang diambil menjadi kenangan dan lambang perjalanan Vigor Properties dalam melahirkan lebih ramai ejen hartanah yang berjaya di seluruh Malaysia.

Vamos Vigor !





21/05/2026

Tahniah buat Team Futsal Vigor Properties atas kejayaan muncul sebagai Juara RISM Battle of Arena Futsal 2026

Terima kasih atas komitmen dan semangat juang yang ditunjukkan sepanjang kejohanan. Anda semua telah bermain dengan penuh disiplin, kesungguhan dan semangat berpasukan demi lencana di dada.

Kejayaan ini membuktikan bahawa kerja keras, kerjasama dan mentaliti juara mampu membawa kita ke puncak. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Vigor Properties untuk terus memberikan yang terbaik dalam apa jua bidang yang diceburi.

Vamos Vigor !





Address

Kempas

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sir Amsha Founder Vigor Properties Malaywing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sir Amsha Founder Vigor Properties Malaywing:

Share