Ahyat Ishak

Ahyat Ishak Usahawan | Investor | International Speaker | Book Author

Jom tonton Ahyat di Astro Awani pagi ini untuk belajar tentang Data dari NAPIC dan trend yang berlaku semasa Q1
20/05/2026

Jom tonton Ahyat di Astro Awani pagi ini untuk belajar tentang Data dari NAPIC dan trend yang berlaku semasa Q1

18/05/2026

Ramai orang beli hartanah dengan harapan 5 hingga 10 tahun nanti boleh untung besar. Tetapi persoalan sebenar bukan berapa untung. Persoalannya ialah… apa risiko yang orang selalu pandang remeh?

Pertama, mismatch produk dengan permintaan. Rumah yang dibeli mungkin laku hari ini, tetapi pasaran sentiasa berubah. Kedua, leverage terlalu tinggi. Ramai membeli menggunakan kemampuan maksimum, tanpa ruang bernafas jika ekonomi berubah.
Ketiga, perubahan demografi dan gaya hidup.

Apa yang orang mahu hari ini belum tentu sama 10 tahun akan datang. Hartanah bukan sekadar beli dan tunggu naik. Ia keputusan kewangan jangka panjang yang memerlukan strategi, disiplin dan pemahaman pasaran. Pelabur yang berjaya bukan yang paling cepat membeli. Tetapi yang paling jelas memahami risiko.

Selamat Hari Guru kepada seluruh insan hebat yang memilih jalan mendidik walaupun jalannya tidak semudah yang disangka.S...
16/05/2026

Selamat Hari Guru kepada seluruh insan hebat yang memilih jalan mendidik walaupun jalannya tidak semudah yang disangka.

Seorang guru bukanlah sekadar menyampaikan ilmu di dalam kelas. Guru membina keyakinan, membentuk disiplin dan menanam harapan dalam diri anak anak bangsa. Ramai yang berjaya hari ini bermula dengan seorang guru yang tidak pernah putus percaya pada potensi mereka.

Terima kasih cikgu di seluruh Malaysia dan dunia. Jasa anda mungkin tidak selalu disebut, tetapi kesannya hidup dalam setiap kejayaan generasi hari ini dan masa depan.

13/05/2026

MAXXAN Grow,
Less Is More,
Kita Grow!

Terima kasih kepada sahabat Ahyat, Syukri atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan untuk Ahyat bersama team Maxxan h...
13/05/2026

Terima kasih kepada sahabat Ahyat, Syukri atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan untuk Ahyat bersama team Maxxan hari ini. Satu pengalaman yang sangat baik dapat berkongsi dan menyampaikan sedikit energy kepada barisan leader yang sedang membina momentum besar dalam organisasi mereka.

Ahyat percaya setiap launching bukan sekadar permulaan program, tetapi permulaan kepada perubahan mindset, disiplin dan cara bergerak sebagai seorang leader. Semoga Mega Launching Mastery For Leaders bersama team Maxxan ini menjadi titik tolak kepada kejayaan yang lebih besar.

InsyaAllah, semoga Mega Launching ini dipermudahkan dan mencapai kejayaan seperti yang dirancang. Teruskan melangkah dan bina kemenangan bersama.

MAXXAN GROW! KITA BANGKIT KITA GO!

Ramai nak beli rumah.Tapi tak ramai yang benar benar bersedia.Kadang kita tak perlukan rumah dulu.Kita perlukan arah yan...
12/05/2026

Ramai nak beli rumah.
Tapi tak ramai yang benar benar bersedia.
Kadang kita tak perlukan rumah dulu.
Kita perlukan arah yang jelas dahulu.

11/05/2026

Ramai orang masuk pelaburan hartanah dengan satu kepercayaan yang sangat bahaya. “Rumah tak pernah jatuh harga.”

Hakikatnya, hartanah bukan mesin duit. Ia adalah keputusan kewangan jangka panjang yang memerlukan ilmu, kiraan dan disiplin. Masalah terbesar bukan pasaran. Masalah terbesar ialah ramai orang membeli sebelum mereka memahami diri sendiri.

Sebelum mencari hartanah yang betul, kita perlu susun hidup kita dahulu. Kita perlu jelas destinasi kewangan yang ingin dicapai, kemampuan sebenar dan strategi yang sesuai dengan keadaan diri. Tanpa asas ini, pelaburan boleh bertukar menjadi beban selama puluhan tahun.

Hartanah masih relevan sebagai pelaburan hari ini. Tetapi hanya untuk mereka yang membuat keputusan berdasarkan ilmu, bukan harapan.

Ramai tunggu timing sempurna. Tetapi dalam hartanah, orang yang menang biasanya ialah orang yang bersedia lebih awal.
08/05/2026

Ramai tunggu timing sempurna. Tetapi dalam hartanah, orang yang menang biasanya ialah orang yang bersedia lebih awal.

Rumah terbaik bukan rumah paling mahal. Rumah terbaik ialah rumah yang sesuai dengan kehidupan kita hari ini dan masa de...
07/05/2026

Rumah terbaik bukan rumah paling mahal. Rumah terbaik ialah rumah yang sesuai dengan kehidupan kita hari ini dan masa depan.

06/05/2026

Malaysia sedang berubah.

Kita bukan sahaja menuju negara menua. Kita sedang menjadi negara bandar.

Tahun 1970 hanya sekitar 2 hingga 3 juta rakyat tinggal di bandar. Hari ini lebih 20 juta rakyat Malaysia berkumpul di kawasan bandar mencari peluang pekerjaan, ekonomi dan masa depan yang lebih baik. Urbanisasi besar-besaran ini sebenarnya adalah salah satu sebab utama kenapa harga hartanah di bandar terus meningkat sepanjang beberapa dekad.

Tetapi di sebalik pembangunan bandar yang pesat, ada satu realiti yang jarang dibincangkan. Semakin ramai warga emas tinggal bersendirian di kampung kerana generasi muda berhijrah ke bandar. Ini bukan sekadar isu sosial. Ini juga memberi kesan besar kepada arah masa depan pasaran hartanah negara.

Siapa yang faham perubahan demografi, dia akan lebih faham ke mana arah hartanah Malaysia selepas ini.

Ramai diam diam sebenarnya takut membeli rumah. Bukan sebab malas. Tapi sebab mereka sedar ini keputusan besar. Dan itu ...
06/05/2026

Ramai diam diam sebenarnya takut membeli rumah. Bukan sebab malas. Tapi sebab mereka sedar ini keputusan besar. Dan itu tanda mereka sedang berfikir dengan matang.

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ahyat Ishak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ahyat Ishak:

Share