17/04/2026
*PENGISYTIHARAN NAIK TARAF SURAU DIRI JUMAAT ITTIFAQIYYAH KEPADA MASJID JAMEK ITTIFAQIYYAH BEMBAN RAYA DAERAH BATU GAJAH*
Hari : Jumaat
Tarikh : 17 April 2026
Tempat : Masjid Jamek Ittifaqiyyah Bemban Raya, Batu Gajah
Telah berlangsung Majlis Pengisytiharan Naik Taraf Surau Diri Jumaat Ittifaqiyyah kepada Masjid Jamek Ittifaqiyyah Bemban Raya, Batu Gajah dengan jayanya.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Batu Gajah, Tuan Fakhrul Zaman Bin Abu Mansor mewakili Jabatan M***i Negeri Perak. Dalam majlis tersebut telah diumumkan secara rasmi pengisytiharan naik taraf Surau Diri Jumaat Ittifaqiyyah kepada Masjid Jamek Ittifaqiyyah Bemban Raya.
Seterusnya, Watikah Pengisytiharan Masjid Jamek Ittifaqiyyah telah diserahkan kepada Pengerusi Masjid Jamek Ittifaqiyyah sebagai simbolik pengiktirafan secara rasmi sebagai Masjid Jamek Ittifaqiyyah bagi melengkapkan fungsi pentadbiran dan pengimarahan masjid.
Majlis diteruskan dengan Khutbah dan Solat Jumaat yang telah diimamkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Batu Gajah, Tuan Fakhrul Zaman Bin Abu Mansor.
Kehadiran jemaah yang menggalakkan menunjukkan sokongan masyarakat setempat terhadap pengisytiharan dan penaiktarafan masjid ini dan adalah diharapkan dengan pengisytiharan ini, Masjid Jamek Ittifaqiyyah Bemban Raya akan terus menjadi pusat ibadah, penyatuan ummah serta pengimarahan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di kawasan Bemban Raya dan sekitarnya.
*PPMD Batu Gajah*