30/06/2026
PROGRAM LIBAT URUS PESAKA TERENGGANU BERSAMA UNIT PEMBANGUNAN MURID, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU (JPNT)
đź“… Tarikh: 27 Jun 2026
đź—“ Hari: Isnin
đź•™ Masa: 2.30 petang
📍 Tempat: Bilik Mesyuarat Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Gong Badak, Terengganu
Anjuran : Biro Satu Sekolah Satu Silat (1S1S) PESAKA Terengganu
Wakil Pegawai JPNT : En. Hamdan bin Awang, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid (Sukan), Sektor Pembangunan Murid, JPNT
Wakil PSGPS Terengganu : jurulatih Muhammad mubasyir bin che mohd badri, Setiausaha PSGPS Terengganu
Alhamdulillah, telah berlangsung sesi libat urus antara ahli badan gabungan PESAKA Negeri Terengganu bersama pihak Unit Pembangunan Bakat Murid (Sukan), Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT).
Pertemuan ini bertujuan membincangkan hala tuju pembangunan sukan silat di peringkat sekolah, penyelarasan pelaksanaan Program Satu Sekolah Satu Silat (1S1S), usaha mengenal pasti dan membangunkan bakat murid, serta memperkukuh kerjasama strategik antara PESAKA Terengganu dan JPNT.
PSGPS Terengganu sebagai salah sebuah badan gabungan di bawah PESAKA Terengganu sentiasa menyokong segala inisiatif yang mampu memperkasakan pembangunan sukan silat dan membentuk jati diri generasi muda melalui warisan seni mempertahankan diri bangsa Melayu sejak di bangku sekolah.
Semoga hasil pertemuan ini menjadi pemangkin kepada pembangunan silat yang lebih tersusun, bersepadu dan berterusan di negeri Terengganu.