Mpu1022 P Penghayatan Etika Dan Peradaban - Kumpulan 5

  • Home
  • Yemen
  • Kedah
  • Mpu1022 P Penghayatan Etika Dan Peradaban - Kumpulan 5

Mpu1022 P Penghayatan Etika Dan Peradaban - Kumpulan 5 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Mpu1022 P Penghayatan Etika Dan Peradaban - Kumpulan 5, Real Estate, UUM, Sintok, Kedah.

POSTER KUMPULAN 5 !!!TEMA : PENGGUNAAN ICT 💻Assalamualaikum dan Salam Biru Warna, Kami merupakan Kump**an 5 di bawah MPU...
14/06/2024

POSTER KUMPULAN 5 !!!

TEMA : PENGGUNAAN ICT 💻

Assalamualaikum dan Salam Biru Warna, Kami merupakan Kump**an 5 di bawah MPU1022 P Penghayatan Etika dan Peradaban dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

Kami, kump**an 5 akan memberikan maklumat tentang tajuk kami iaitu Etika dan Peradaban dalam penggunaan ICT. Dalam tajuk ini, kami mendedahkan ilmu pengetahuan berkaitan konsep ICT dan etika-etika dalam penggunaan ICT. Harap semua maklumat dapat disampaikan kepada mereka untuk menambahkan pengetahuan yang berkaitan dengan Etika dan Peradaban dalam Penggunaan ICT.

Terima Kasih 🥰

31/05/2024

Posting 22
Tajuk: Etika dan Perabadan dalam ICT Asas Perpaduan Negara.

Kolaborasi dan komunikasi:
Kolaborasi dan komunikasi dalam etika ICT merupakan aspek penting dalam memperkuatkan perpaduan antara negara. Kolaborasi antara negara memungkinkan pertukaran pemikiran dan pemahaman tentang etika dalam penggunaan ICT. Ini termasuk diskusi tentang privasi data, keamanan cyber, akses informasi, dan tanggung jawab penggunaan teknologi. Selain itu, negara-negara dapat berkolaborasi untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran masyarakat tentang etika dalam penggunaan teknologi. Ini termaksuklah kesedaran tentang ‘cyberbullying’, privasi online, dan penggunaan teknologi secara bertanggungjawab. Kolaborasi antara negara dalam penelitian dan pengembangan teknologi juga dapat membantu mempromosikan inovasi yang berkelanjutan dan bertanggungjawab.

Penggunaan bertanggungjawab:
Penggunaan bertanggungjawab dalam etika ICT melibatkan amalan yang selamat, bijak, dan beretika dalam menggunakan teknologi. Setiap pengguna perlu melindungi privasi dan keselamatan data peribadi. Mereka harus menyedari risiko berkongsi maklumat peribadi secara dalam talian dan mengambil langkah-langkah untuk menjaga data mereka daripada akses yang tidak dibenarkan. Pengguna juga perlu memastikan bahawa mereka menggunakan teknologi dengan cara yang selamat, termasuk mengelakkan tindakan seperti menyebar luaskan perisian palsu atau ‘malware’. Mereka juga perlu memberi perhatian kepada keselamatan rangkaian dan peranti mereka sendiri untuk mengelakkan akses yang tidak dibenarkan.

Dalam mempromosikan penggunaan bertanggungjawab dalam etika ICT, kita perlu memahami bahawa ini melibatkan tanggungjawab bersama dari individu dan masyarakat untuk menjaga integriti serta keselamatan ruang digital. Dengan menjaga privasi, keselamatan, akses yang saksama, dan pencegahan penyalahgunaan teknologi, kita dapat mencipta persekitaran dalam talian yang lebih selamat, adil, dan inklusif. Ini bukan hanya tentang tindakan individu, tetapi juga kerjasama antara negara, syarikat, dan organisasi untuk memastikan prinsip-prinsip etika ICT ditegakkan di seluruh dunia. Oleh itu, penggunaan bertanggungjawab dalam etika ICT merupakan landasan penting untuk membina masyarakat digital yang beradab dan beretika.

Nama: ONG CHIN JIE
No Matriks: 299372

Posting 21 Tajuk: Usaha Yang Diperlukan Untuk Meningkatkan Etika Dan Peradaban Dalam Penggunaan ICTMerujuk Posting 10, k...
29/05/2024

Posting 21
Tajuk: Usaha Yang Diperlukan Untuk Meningkatkan Etika Dan Peradaban Dalam Penggunaan ICT

Merujuk Posting 10, kita dapat usaha yang diperlukan untuk meningkatkan etika dan peradaban dalam penggunaan ICT melalui ibu bapa dan pihak kerajaan. Seterusnya, dalam posting ini kita dapat melihat usaha dari segi media massa dan pihak sekolah.

3. Media Massa
Media massa adalah alat komunikasi yang dapat menyampaikan maklumat kepada orang ramai dalam masa yang singkat. Antara contoh media massa adalah televisyen, radio, surat khabar, majalah dan buku-buku. Media massa yang relevan untuk menyebarkan maklumat pada hari ini adalah melalui media elektronik iaitu media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan sebagainya. Hal ini demikian kerana media sosial digunakan dengan sangat meluas oleh masyarakat di seluruh dunia pada hari ini. Media sosial hendaklah memaparkan atau mempromosikan adab dan etika dalam penggunaannya pada hari ini. Perkara tersebut dikatakan demikian kerana masyarakat pada hari ini lebih gemar untuk membaca atau mendapatkan maklumat daripada media sosial berbanding bahan bacaan yang lain.

Selain itu, kita dapat konten yang positif dan kreatif melalui internet. Hal ini dapat menghasilkan program television, artikel dan video yang mengedukasi tentang penggunaan internet yang bijak. Kita dapat bekerjasama dengan pelbagai pihak. Kita boleh meminta kerjasama antara pemerintah, lembaga pendidikan dan organisasi masyarakat untuk mempromosikan etika dan peradaban dalam penggunaan ICT. Hal ini dapat membangun forum atau asosiasi yang fokus pada isu etika digital dan memberikan rekomendasi kebijakan. Sebagai peran media massa, media massa haruslah berperan sebagai penyedia informasi yang akurat dan mendidik. Kita perlulah mengadakan program diskusi atau ceramah yang berkaitan dengan isu-isu terbaru terkait etika dalam dunia digital ini.

4. Pihak Sekolah
Untuk meningkatkan etika dan peradaban dalam penggunaan teknologi informasi dan komunikasi (ICT) di sekolah adalah penting dalam membentuk generasi yang bertanggungjawab dan bermoral. Terdapat beberapa usaha yang dapat dilakukan oleh pihak sekolah kepada murid-murid tentang etika dan peradaban dalam penggunaan ICT.

Pihak sekolah hendaklah mengintegrasikan mata pelajaran etika penggunaan ICT sebagai kokurikulum sekolah. Hal ini dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk melibatkan dalam projek dan mengharuskan mereka untuk menerapkan prinsip etika ICT. Selain itu, pihak sekolah juga hendaklah memberi pelatih atau seminar kepada guru-guru tentang penggunaan ICT. Pihak sekolah menyelenggarakan pelatihan atau seminar kepada guru untuk mengajarkan etika digital dan cara menyampaikan maklumat tersebut kepada murid. Pihak sekolah perlu menerapkan sistem pengawasan untuk memastikan kebijakan dan aturan diikuti seperti penggunaan aplikasi pada perangkat yang digunakan. Pada masa yang sama, pihak sekolah boleh membentuk kelab teknologi yang fokus pada etika digital, dimana pelajar dapat belajar kepentingan ICT. Pihak sekolah mengadakan pertandingan pembuatan video tentang etika dan peradaban ICT dapat memotivasikan pelajar untuk mengetahui ilmu pengetahuan tentang ICT. Dengan usaha ini, pihak sekolah dapat berperan aktif dalam membentuk perilaku ICT yang bertanggungjawab. Akhirnya, kita berharap usaha-usaha ini dapat meningkatkan peradaban dalam penggunaan ICT di masyarakat.

Nama: NG HUI THENG
No. Matrik: 299235
Sumber:
https://api.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2024/02/1208761/akses-internet-celik-teknologi-jayakan-pembelajaran-digital #:~:text=Pihak%20sekolah%20harus%20memberi%20penekanan%20aspek%20etika%20belajar,meluas%2C%20sekolah%20harus%20meneroka%20potensi%20pembelajaran%20mudah%20alih

https://sinarbestari.sinarharian.com.my/guru-komuniti/memanfaatkan-teknologi-pendidikan-digital

PENDIDIKAN sentiasa menjadi bidang dinamik, berkembang dengan perubahan masyarakat dan kemajuan teknologi. Abad ke-21 menunjukkan anjakan paradigma dalam pendidikan dengan penggunaan teknologi digital meluas. Landskap pendidikan juga mengalami transformasi pesat dengan kemunculan teknologi.

29/05/2024

Posting 20
Tajuk: Isu Terbangkit akibat etika dan peradaban yang buruk dalam penggunaan ICT.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kembali kita dengan isu yang muncul akibat buruk jika tidak beretika dalam penggunaan ICT .

1. Kecurian identiti
Isu kecurian identiti berlaku apabila seseorang mencuri maklumat dan menggunakannya tanpa kebenaran untuk sebarang tujuan jahat. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira faktor usia dan jantina . Malah, ada juga kes yang berlaku melibatkan identiti individu yang telah meninggal dunia. Haaa .. adakah kita salah satu daripada mangsanya ? 🤔 Bagaimana ia boleh berlaku? Penjenayah siber mendapatkan maklumat peribadi dengan menggunakan teknik penggodaman, curi secara fizikal , penyamaran melalui telefon, manip**asikan maklumat melalui laman web sosial media. Kes kecurian identiti dilaporkan meningkat 20 peratus kepada 456 kes pada tahun 2019 berbanding 371 pada 2017. Hal ini meningkat secara ketara. Kesimp**annya, kecurian identiti adalah sesuatu yang serius dan boleh menyebabkan kerosakan serta kerugian yang besar. Bertindak segera jika ada menjadi mangsa‼️dengan sentiasa berhati - hati apabila berkongsi sebarang maklumat peribadi.

2. Ketagihan
Telefon pintar sudah menjadi keperluan penting dalam kalangan masyarakat hari ini. Ini kerana banyak memudahkan urusan seharian seperti perniagaan, kewangan, pembelajaran malah dalam urusan tempahan makanan dan minuman. Kemunculan pelbagai aplikasi dan permainan dalam talian laman media sosial mula mempengaruhi gaya hidup masyarakat. Sedar atau tidak, ia boleh menyebabkan ketagihan internet sehingga terjadinya gangguan psikologi, masalah kesihatan, kemurungan dan kurang berkomunikasi dengan orang . Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata kadar ketagihan Internet di Malaysia tinggi berbanding dengan negara-negara lain. Ini bermakna masyarakat sekarang banyak menghabiskan masa lebih 5 jam sehari 😲 untuk melayari internet terutamanya berunsur hiburan. Majoriti masyarakat menghabiskan masa dengan WhatsApp, Facebook, Instagram, tiktok dan sebagainya. Kesimp**annya, menggunakan kemudahan teknologi tidak salah , namun sentiasa lah menjadi penggunaan yang bijak jika menggunakannya dengan bijka membahagiakan masa. Anda pasti akan berjaya 😊

NAMA : ANIS SYAKIRIN BINTI ISHAK
NO MATRIK: 299411

Posting 19Tajuk: Etika yang buruk dalam penggunaan ICTAssalamualaikum hii semuaa, posting kali ni saya akan menerangkan ...
28/05/2024

Posting 19
Tajuk: Etika yang buruk dalam penggunaan ICT

Assalamualaikum hii semuaa, posting kali ni saya akan menerangkan lebih lanjut berkaitan etika yang buruk dalam penggunaan ICT. Terdapat dua point yang akan diterangkan:

Media sosial merupakan aktiviti yang paling pop**ar dalam kalangan pengguna internet kini. Tahun lalu, dianggarkan lebih 3.6 bilion penduduk dunia menggunakan media sosial dan dijangka mencecah 4.41 bilion menjelang 2025. Di Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) pada 2020 melaporkan 93.3 peratus pengguna internet menjalankan aktiviti di media sosial. Golongan yang kurang etika dan peradaban dalam penggunaan ICT merupakan golongan yang tidak bertanggungjawab kerana sanggup mengeluarkan kata kata yang tajam sehingga mencederakan mental dan emosi seseorang.

1. Penyebaran maklumat yang palsu dan berunsur fitnah.
- Maklumat yang palsu sering disebar dalam ICT terutamanya dalam media sosial. Walau bagaimanapun, terdapat juga kes di mana berita terutamanya berita dalam talian menyebarkan maklumat yang salah kepada pengguna media sosial dan menyebabkan salah faham dalam rakyat. Kita selalu mendengar slogan atau perkataan seperti 'Tidak pasti, jangan kongsi', menjadi ungkapan semua dan sering digunakan sebagai peringatan kepada mana-mana individu untuk tidak menyebarkan sebarang berita palsu atau maklumat yang diragui kesahihan nya. Di Malaysia malah di serata dunia didapati berlakunya kes ini iaitu penyebaran maklumat palsu yang berunsur fitnah seperti penyebaran berita palsu yang berbaur provokasi dalam talian ketika tempoh kempen ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang diadakan tahun lalu. Sehinggakan ketika fasa akhir kempen PRU15 iaitu dalam tempoh 48 jam yang berbaki untuk berkempen, wujud pelbagai berita palsu yang sengaja direka oleh pelbagai pihak untuk menarik perhatian pengundi.

2. Penyebaran gambar atau video tanpa izin yang dapat membahayakan privasi individu dan mengancam keamanan digital.
- Ini sering berlaku apabila seseorang berkongsi atau memuat naik foto atau video seseorang tanpa kebenaran mereka, yang boleh membawa kesan yang serius kepada mangsa. Sebagai contoh, imej ini mungkin digunakan untuk memfitnah, merosakkan reputasi, atau malah menghasut tindakan keganasan terhadap individu tersebut. Tindakan ini juga boleh melanggar privasi seseorang, kerana imej atau video mungkin telah diambil dalam situasi atau konteks peribadi dan tidak boleh diterbitkan tanpa kebenaran. Selain itu, apabila imej atau video diedarkan secara meluas di internet, s**ar untuk mengawal penyebarannya, ini boleh memberi kesan jangka panjang pada kehidupan peribadi mangsa. Oleh itu, penting bagi individu untuk menghormati privasi orang lain dan mempertimbangkan kesan tindakan dalam talian mereka sebelum berkongsi atau memuat naik imej atau video orang lain tanpa kebenaran.

Saluran: https://www.bharian.com.my/amp/rencana/komentar/2021/08/856923/ramai-buta-etika-penggunaan-media-sosial

Nama: NURDIYANAH MAISARAH BINTI MAT JOHARI
No matrik: 299371

Media sosial aktiviti paling pop**ar pengguna internet kini. Tahun lalu, dianggarkan lebih 3.6 bilion penduduk dunia menggunakan media sosial dan dijangka mencecah 4.41 bilion menjelang 2025.

27/05/2024

Posting 18

Tajuk : Kesan Buruk Jika Tidak Beretika dalam ICT

Assalamualaikum hi !! semua untuk posting kali ini saya akan menerangkan lebih lanjut berkaitan kesan buruk sekiranya tidak beretika dalam ICT. Jadi point yang telah dipilih adalah seperti berikut:

1) penularan buli siber
2) pengguna terjebak dalam budaya negatif

Pada masa ini, dunia telah mengalami era globalisasi yang membawa maksud dunia tanpa sempadan. Globalisasi telah memberi pelbagai perubahan dalam aktiviti harian masyarakat dunia. Perubahan terhadap gaya hidup yang lebih menjerumus kepada teknologi memberikan impak terhadap etika dan peradaban seseorang manusia. Media sosial seperti Facebook dan Twitter telah menjadi satu medium bagi segelintir masyarakat yang tidak beretika menyalahgunakan kemajuan teknologi sehingga berlakunya penularan buli siber. Apakah buli siber? Buli siber adalah satu kejadian yang biasa berlaku dan kian meningkat. Insiden sebenar kejadian buli sibertidak diketahui kerana ramai mangsa buli siber tidak tampil untuk mendapatkan bantuan.Buli siber adalah perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui mediumelektronik seperti mesej teks SMS chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet.

Jenis-jenis buli siber:

- Mesej yang mengganggu dan mengancam.

- Menyalahgunakan kata laluan atau nama skrin orang lain atau menyamar sebagai orang lain.

- Memanjangkan e-mel, foto atau video kepada orang lain.

- Memuat naik komen atau gambar yang tidak senonoh.

- Sexting (tindakan menghantar gambar, mesej atau video berunsurkan seksual menggunakan telefon bimbit).

- Memulaukan individu tertentu daripada sesuatu kump**an internet dengan sengaja.

Perbandingan antara buli siber dengan buli yang lain. Perbuatan buli siber lebih dahsyat daripada perbuatan membuli yang lain:

- Pembuli siber s**ar untuk dikenalpasti kerana mereka boleh merahsiakan identiti sebenar.

- Pembuli siber tidak seperti pembuli yang lain kerana ia berlaku dalam dunia siber yang tidak bersempadan. Ini menyukarkan mangsa untuk melindungi diri mereka.

- Pembuli siber lebih mudah bersekongkol berbanding pembuli jenis lain kerana bilangan individuyang boleh turut serta tidak dihadkan dalam dunia siber.

Buli siber boleh berlaku selama-lamanya, iaitu 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Apakah kesan buli siber?
Buli siber yang teruk atau kronik boleh menyebabkan mangsa menjadi resah, murung serta penyakit lainyang berkaitan dengan tekanan. Dalam kes tertentu, buli siber boleh menyebabkan mangsa membunuh diri. Buli siber adalah salah di sisi undang-undang.

Akhir sekali, antara impak negatif yang dapat diketengahkan apabila tidak beretika dalam penggunaan ICT adalah pengguna terjebak dengan budaya negatif. Sebagai contoh, alam siber atau internet ini merupakan tempat yang luas dan banyak kebaikannya tetapi bergantung kepada penggunanya. Sebagai contoh, ramai golongan remaja pada masa kini sudah terjebak dalam gejala menonton gejala tidak bermoral seperti laman web lucah dan sebagainya. Jikalau tidak dikawal permasalahan ini akan mewujudkan masalah yang lebih besar seperti dorongan terhadap jenayah seksualiti, kerosakan maruah dan lain-lain. Di samping itu, penggunaan internet tanpa kawalan juga akan menyebakan golongan muda seperti remaja mudah terpengaruh dengan budaya-budaya luar yang akan melemahkan jati diri sebagai rakyat Malaysia. Pengaruh budaya luar ini juga akan menyebabkan golongan belia di negara kita menjadi terpengatuh dengan aktiviti seperti pergaulan bebas, pergaduhan, berjudi dan sebagainya.

Kesimp**annya, teknologi boleh membawa kesan positif atau kesan negatif terhadap kalangan belia. Kewujudan kedua-dua kesan tersebut adalah bergantung kepada tujuan dan cara bagaimana pengguna mengaplikasikan teknologi sama ada dengan cara yang betul atau salah dan sesuai atau tidak sesuai. Internet sendiri tidak boleh membezakan mana yang benar atau salah. Dengan ini, belia perlu betul-betul mempunyai akal dan berfikiran waras untuk menilai apa yang boleh lakukan dan apa yang tidak boleh lakukan melalui teknologi.

Nama: Nurul Aini Binti Jasni
No matrik: 299373

27/05/2024

Posting 17

Tajuk : Etika baik dalam penggunaan ICT

Hi guys, saya di sini ingin berkongsi secara lebih lanjut lagi tentang beberapa etika yang harus diamalkan oleh para pengguna ICT.

Antara etika baik yang berkaitan dengan penggunaan ICT adalah menjaga maklumat peribadi diri. Hal ini adalah penting kerana ini dapat melindungi identiti. Pencurian identiti adalah jenayah serius di mana penjenayah menggunakan maklumat peribadi kita untuk tujuan penipuan. Dengan melindungi maklumat peribadi, kita dapat mencegah orang lain daripada menyamar sebagai diri kita dan melakukan kegiatan jenayah atas nama kita. Dalam konteks ini, kita boleh menggunakan kata laluan kuat dan unik. Kita boleh membina kata laluan kompleks dengan menggabungkan huruf besar dan kecil, nombor, dan simbol seperti *, #, @. Malahan, kita dinasihatkan bahawa jangan gunakan kata laluan yang sama untuk pelbagai akaun. Hal ini akan meningkatkan risiko kita terdedah kepada kesan negatif. Bukan begitu sahaja, terdapat semakin banyak pengguna yang terperangkap dalam kes-kes penipuan kewangan semasa menggunakan teknologi ICT. Penjenayah siber selalu mencuri maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, kad kredit, dan kata laluan perbankan dalam talian dengan pelbagai saluran. Oleh itu, para pengguna ICT harus membudayakan etika baik iaitu menjaga maklumat peribadi diri di alam Internet.

Etika baik yang seterusnya adalah menghormati dan menghargai masa orang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana kita dapat mengelakkan perselisihan faham. Apabila kita tidak mengganggu orang lain dengan mesej atau permintaan yang tidak perlu, terutamanya pada waktu yang tidak sesuai. Ini membantu mereka menumpukan perhatian kepada tugas mereka tanpa gangguan. Tambahan p**a, kita dapat menjalinkan hubungan yang mesra antara satu sama lain sekiranya kita menghargai dan menghormati masa orang lain dalam alam maya. Ini penting untuk setiap bentuk komunikasi bagi tujuan mewujudkan kerjasama yang baik, sama ada dalam projek kump**an, mesyuarat dalam talian, atau komunikasi profesional.

NAMA : CHIN YUK HUEY
NO MATRIK : 299400

26/05/2024

Posting 16
Tajuk: KESAN BAIK JIKA BERETIKA DALAM ICT
1) Tidak terjebak dalam perangkap Macau Scam
2) Tidak melakukan penyebaran berita palsu atau info yang tidak benar kesahihanya

Pada masa kini, masyarakat mempunyai tanggungjawab yang tinggi dalam memastikan keselamatan maklumat diambil berat lebih-lebih lagi dalam menyebarkan maklumat dengan menggunakan peranti digital yang kebanyakannya masyarakat gunakan untuk melaksanakan urusan-urusan yang berkaitan dengan pekerjaan, perkongsian dokumen dan maklumat melalui medium (ICT). Namun begitu, masyarakat menghadapi ancaman besar dalam keselematan siber sehingga membabitkan penipuan alam maya dan pelanggaran salah guna data. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengetahui kesan baik jika kita beretika dalam ICT agar dapat meningkatkan kesedaran dalam menjaga hak pengunna data.

Antara kesan baik beretika dalam ICT ialah tidak terjebak dalam perangkap Macau Scam. Pada masa kini masyarakat terkesan dengan masalah ekonomi negara yang kian merundum sehingga terpaksa bekerja lebih masa bagi mengisi perut keluarga yang berada di rumah. Namun begitu, di mata penjenayah dalam talian atau dikenali Macau Scam ini adalah peluang untuk mengaut keuntungan dan melakukan penipuan kewangan kepada mangsa-mangsa yang perlu kewangan malah ditipu lagi sehingga ditiris selagi boleh dan menumpukan kepada mangsa yang bergolongan seperti ini kerana keterdesakan yang berlaku menyebabkan mereka mudah terpengaruh dalam perangkap scammer ini. Namun begitu jika perihatin dan peka dalam mengenali ciri-ciri scammer ini dan tidak mudah memberi maklumat peribadi seperti contoh nombor kad pengenalan, nombor kad bank, nama penuh, email, alamat rumah dan sebagainya agar tidak berlaku penyelewengan oleh scammer dan kehilangan data-data lebih-lebih lagi duit. Oleh itu pengguna data sewajarnya berhati-hati dengan modus operandi Macau Scam ini kerana sering menggunakan identiti penguatkuasa seperti polis, kastam, imegresen pegawai bank dan sebagainya untuk mengaburi mangsa agar mempercayai mereka dan menyerahkan maklumat untuk diseleweng dan ditipu. Oleh itu benarlah bahawa tidak terjebak dalam Macau Scam merupakan kesan baik jika beritika dalam (ICT)

Selain itu, kesan baik jika beritika dalam (ICT) ialah tidak melakukan penyebaran berita palsu atau info yang tidak benar kesahihannya. Berita palsu merupakan penyebaran maklumat yang salah ataupun olok-olok yang sengaja dilakukan bagi mengaburi mata pelbagai pihak demi kepentingan tertentu. Berita palsu banyak memberi kesan buruk kepada pelbagai pihak terutamanya masyarakat kerana golongan ini banyak menerima maklumat bagi meneruskan kehidupan. Sebagai contoh, berita terkini, makluman keselamatan, pendidikan, bantuan dan sebagainya. Namun begitu ada segelintir pihak yang sengaja membuat berita palsu bagi menarik masyarakat mempercayai maklumat tersebut daripada pelabagai aspek seperti perniagaan yang mereka membuat makluman yang salah berkaitan produk berkenaan sehingga menjatuhkan jualan produk tersebut demi kepentingan produk perniagaan mereka sebagai contoh yang tersebar hari ini kononnya Tealive disahkan haram oleh jakim adalah kandungan dikitar semula tidak benar dan penipuan sindiket menyamar sebagai pegawai NSRC. Perkara ini juga dalam talian kecemasan yangs sering berlaku pada badan uniform seperti Bomba, Polis, KKM dan sebagainya yang kerap kali mendapat berita palsu diterima oleh pemanggil yang main-main. Perkara ini jelas membuang masa dan menjejaskan tindak balas penyelamat sekiranya berlaku kecemasan di tempat yang lain p**a. Oleh itu, kita sebagai pengguna sewajarnya tidak menyebarkan berita palsu agar tidak memberi kesan buruk dan kerenah terhadap pelbagai pihak agar masyarakat dapat menerima maklumat yang benar dan sahih. Kerajaan juga membuat inisiatif dalam usaha memupuk kesedaran penyebaran berita palsu seperti mewujudkan slogan “ Tidak Pasti, Jangan Kongsi”.

Nama: Muhammad Amin bin Abdul Muhaimin
No Matriks: 299417

26/05/2024

Posting 15
Tajuk: SEBAB BERLAKU ETIKA YANG BURUK DALAM ICT:

Assalamualaikum dan hai semua!

Semua sudah tengok posting rakan-rakan kita sebelum ini kan? Kali ini, giliran saya p**a untuk menyambung tajuk seterusnya.

Disini, saya dapat menyatakan beberapa sebab berlaku etika yang buruk dalam ICT ini. Mari kita kupaskan dengan lebih lanjut lagi.

3. Terpengaruh dengan cara pemikiran dan percakapan netizen di dalam media sosial
4. Mempunyai jati diri yang tidak kukuh

Ketagihan penggunaan ICT di dalam media sosial yang melampau di kalangan remaja masa kini telah menyebabkan remaja mudah untuk terpengaruh dengan cara pemikiran dan percakapan netizen di media sosial yang menjadi sebab ketiga berlakunya etika buruk di dalam media sosial.

Memandangkan media sosial masa kini lebih luas penggunaanya. Kalau generasi dahulu, mereka menggunakan akaun peribadi “Facebook” untuk berhubung dengan rakan-rakan sekolah terdahulu.

Berbeza dengan generasi masa kini yang menggunakan media sosial sebagai tempat untuk mencari sumber pendapatan, menjaga tepi kain orang, mengumpat dan menghina serta memprotes terhadap sesuatu perkara yang tidak kena dimata mereka.

Tanpa kita sedar, penggunaan Ict di dalam media sosial yang keterlaluan atau melebihi had ini telah mengundang serta menimbulkan pelbagai masalah kepada kehidupan seseorang individu terutamanya di kalangan remaja.

Peringkat remaja adalah fasa di mana mereka mudah terpengaruh atau terikut dengan apa yang berlaku di depan mata mereka. Memang menjadi satu lumrah dimana semua benda baharu ingin dicuba oleh mereka.

Tidak kiralah remaja itu lelaki atau perempuan, kedua-dua akan mudah terikut dan mempunyai keinginan untuk mencuba.

Hanya tahap kematangan, persekitaran yang berpendidikan serta didikan ibu bapa yang jelas sahaja dapat menyelamatkan mereka daripada mudah terpengaruh dengan cara pemikiran dan percakapan netizen di dalam media sosial itu.

Kita akan dapat membezakan nilai dan kualiti diri seseorang individu itu melalui cara pemikiran dan percakapan mereka. Jika individu itu dikelilingi orang yang berpendidikan, maka mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan apa yang mereka baca dan lihat di dalam media sosial itu. Mereka dapat membezakan mana yang boleh dijadikan contoh dan mana yang perlu dijauhi.

Kebanyakan netizen yang bercakap di dalam media sosial ini datang daripada persekitaran yang tidak jelas atau dalam erti kata lain mereka datang daripada latar belakang yang kurang baik dan kurang terdidik akhlaknya.

Waktu lapang mereka diisi dengan perkara yang tidak berfaedah seperti membuang masa mereka dengan melayari media sosial untuk waktu yang sangat lama serta meninggalkan komen-komen negatif di postingan orang yang hanya dikenali di media sosial sahaja.

Dari sini kita dapat lihat pendidikan, persekitaran yang baik dan tahap kematangan seseorang individu sangat mempengaruhi cara kita menguruskan kehidupan seharian kita.

Sebab terakhir berlaku etika buruk dalam ICT adalah mempunyai jati diri yang tidak kukuh. Bila bercakap tentang jati diri semua orang mempunyai jati diri tetapi adakah jati diri yang diperolehi oleh mereka itu kukuh sehinggakan mereka tidak mudah mengubah persepsi mereka terhadap sesuatu perkara yang sedang hangat menjadi bualan orang ramai.

Individu yang mempunyai jati diri yang tidak kukuh ini lebih mudah terpengaruh berbanding individu yang mempunyai jati diri yang kukuh kerana jati diri itu sendiri membawa maksud kepada sifat-sifat, ciri-ciri, karakter, dan jiwa yang membentuk keutuhan diri melalui lambang identiti diri.

Jati diri yang tidak kukuh ini adalah disebabkan kegagalan seseorang individu dalam membentuk pegangan atau matlamat diri yang utuh serta mengenal pasti kebolehan, kelebihan dan keupayaan diri sendiri.

Perkara ini sering terjadi apabila seseorang individu itu takut untuk kedepan, takut pendapat yang diutarakan itu tidak mendapat sambutan ramai dan sebagainya. Oleh kerana itu, mereka lebih memilih untuk mengikut kehendak ramai daripada menjadi yang pertama dalam menyuarakan pendapat sendiri.

Bagi mereka lebih baik mengikuti daripada diikuti. Situasi dan pemikiran seperti itu menyukar kan lagi untuk mereka menonjolkan diri di khalayak ramai.

Bermula dengan “biarlah aku ikut pendapat orang, asalkan aku ada kawan”, kini ia menjadi satu habit dimana semua perkara mahu diikuti sehinggakan individu ini hilang pendirian dan menyebabkan jati dirinya tidak kukuh lagi.

Antara cabaran ketirisan jati diri masyarakat masa kini ialah mereka lebih terdedah kepada unsur-unsur negatif yang bertaburan di dalam media sosial. Perkembangan teknologi yang semakin maju ini telah meningkatkan lagi kandungan-kandungan berunsur negatif dengan kewujudan aplikasi yang mempunyai pelbagai fungsi media.

Kepelbagaian teknologi digital seperti komputer riba, tablet dan telefon pintar ini telah memudahkan masyarakat masa kini untuk mengakses kandungan yang dibenarkan atau yang dilarang tanpa pengetahuan serta pengawasan orang dewasa mahupun ibubapa.

Penapisan penggunaan ICT yang lemah dan tidak ketat juga telah memberi peluang kepada individu yang mempunyai jati diri yang tidak kukuh ini terutamanya golongan remaja untuk terdedah kepada video yang tidak bermoral serta memberikan impak negatif kepada yang menonton.

Peluang ini menimbulkan rasa ingin tahu dalam kalangan remaja serta mendorong mereka untuk menonton dan meniru perbuatan yang tidak bermoral dan beretika itu.

Secara ringkasnya, etika yang buruk dalam ICT ini tidak akan berlaku jika semua pihak bertanggungjawab terhadap kemudahan teknologi yang ada pada masa kini.
Hargailah dan gunakanlah ICT ini ke arah yang lebih baik agar kehidupan kita akan lebih terus maju kehadapan seiring dengan kemajuan teknologi.

Nama: SITI NUR BAHIYAH BINTI KAMARULZAMAN
No.matriks: 299270

Posting 14Tajuk: CARA ICT MENGUBAH KEHIDUPAN MANUSIAAspek buruk:1. Pengingatan menjadi buruk2. Kesihatan terjejas3. Hubu...
25/05/2024

Posting 14
Tajuk: CARA ICT MENGUBAH KEHIDUPAN MANUSIA
Aspek buruk:
1. Pengingatan menjadi buruk
2. Kesihatan terjejas
3. Hubungan semakin terasing

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini telah menjadi sebagai keperluan harian masyarakat untuk berkomunikasi, berhibur, dan bekerja. Dalam post ke-3, kita telah membincangkan cara ICT mengubah kehidupan manusia secara positif jadi perbincangan kali ini adalah fokus pada pengubahan terhadap kehidupan manusia secara negatif.

Dalam perspektif yang negatif, ICT menyebabkan masyarakat kini mudah untuk terganggu oleh pelbagai aliran media. Menurut TIME (2015), penyelidik mendapati purata rintang fokus masyarakat kini telah menurun daripada 12 saat kepada 8 saat. Ini bermakna purata masyarakat zaman ini hilang fokus selepas 8 saat semasa melakukan sesuatu perkara akibat daripada peningkatan pengaruhan ICT terhadap gaya hidup masyarakat. Sebagai contoh, seorang pelajar semasa menyiapkan tugasan kerjanya mudah terganggu apabila telefon bimbit menerima mesej, mereka akan berhenti aktiviti menyiapkan tugasan dan mengambil telefon mereka untuk membalas mesej dan akhirnya melayari media sosial dengan mengetepikan tugasan kerja mereka disebabkan kekurangan berdisiplin. Hal ini akan menyebabkan pengingatan seseorang individu menjadi lemah kerana mereka tidak dapat fokus pada sesuatu perkara dan pada masa yang sama sentiasa menerima maklumat baharu melalui rangkaian digital. Seterusnya, masyarakat juga akan menyebabkan ingatan jangka panjang menjadi buruk dengan mengamalkan tabiat kurangkan mengingati maklumat, di mana mereka anggap kebanyakkan maklumat dapat dilayari melalui internet.

Selain itu, ICT juga akan menjejaskan kesihatan kita jika kita menggunakannya dengan cara yang kurang bijak. Pada zaman moden ini, ramai masalah gangguan penglihatan muncul daripada penggunaan ICT dalam kalangan masyarakat terutamanya kalangan remaja disebabkan media sosial telah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka. Kekurangan disiplin dalam kalangan remaja telah menyebabkan mereka tagih kepada media sosial dan menghabiskan masa yang panjang atas media sosial dalam kehidupan harian mereka dan akhirnya menimbulkan masalah gangguan penglihatan seperti miopia dan astigmatisma yang memerlukan mereka memakai cermin mata dalam aktiviti kehidupan seharian mereka. Sejajar dengan itu, masalah mental juga semakin meningkat akibatnya penggunaan ICT. Menurut Sinar Harian (2019), penggunaan gajet dan media sosial secara berlebihan bukan sahaja menyebabkan masalah mental malah semakin banyak kajian saintifik telah menunjukkan perkaitannya dengan kes-kes kemurungan, keresahan melampau, dan perilaku impulsif. Hal ini disebabkan berlakunya kes jenayah sosial seperti buli siber dan penipuan atas talian. Sebagai contoh, menurut Astro Awani (2024), dua guru kerugian lebih RM158,000.00 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan dalam talian termasuk dalam urusan pembelian barangan. Kejadian ini mungkin menimbulkan masalah kemurungan kepada mangsa jenayah dan melakukan tindakan yang tidak rasional seperti membunuh diri.

Di samping itu, hubungan masyarakat antara satu sama lain menjadi semakin terasing atas penggunaan ICT. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat lebih meluangkan masa untuk melayari media sosial dan menyebabkan masyarakat kini tidak sering berinteraksi dengan orang sekelilingnya seperti ahli keluarga dan rakan-rakan. Masyarakat kini juga lebih mendorong untuk duduk di rumah melayari internet berbanding dengan keluar bersama rakan atau ahli keluarga untuk melancong atau membeli-belah. Kejadian ini juga menyebabkan semakin ramai sifat masyarakat bertukar daripada sifat ekstrovert kepada introvert, di mana mereka lebih s**a bersendiri berbanding dengan berinteraksi dengan orang lain. Fenomena ini akan menjadikan suasana masyarakat menjadi hidup tanpa berinteraksi dan generasi muda akan kurang keyakinan semasa berkomunikasi dengan orang lain.

Kesimp**annya, ICT boleh mempengaruhi kehidupan kita dalam arah yang positif dan juga negatif. Oleh itu, kita harus mengawal masa melayari internet dalam kehidupan harian kita dengan rasional supaya tidak menyebabkan pengaruhan negatif seperti pengingatan menjadi buruk, kesihatan terjejas, dan hubungan antara satu sama lain terasing berlaku terhadap kita.

Saluran:
1.TIME (2015). You Now Have a Shorter Attention Span Than a Goldfish, Kevin Mcspadden. https://time.com/3858309/attention-spans-goldfish/
2. Sinar Harian (2019). Banyak kajian bukti media sosial punca isu kesihatan, Azimah Ghazali. https://www.sinarharian.com.my/article/32135/sinar-aktif/kesan-buruk-media-sosial

Nama: YEOH CHEE YEN
No. matriks: 299389

The study reveals a major ...

Address

UUM, Sintok
Kedah

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mpu1022 P Penghayatan Etika Dan Peradaban - Kumpulan 5 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category